Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Jun 4, 2016

Synesthesia

Nice and warm snow
under my bare feet
The moment of lust
just slip through
the pretty moon

we are just some innocent teenager


p/s: sebenarnya gua tak tahu hujung pangkal petikan ayat ayat inggeris kat atas.

gua terjumpa dalam buku lama gua. kah kah kah..
bila perhati balik macam power jugek.


Baru baru ni saya ada membaca pasal Synesthesia. Sindrom orang boleh melihat bunyi dalam bentuk lain, sebagai contoh setiap notation music dia akan nampak dalam warna berlainan. Perkara ini adalah berlainan bagi setiap orang yang ada synthesia. Ada orang nampak not E sebagai merah, ada yang nampak sebagai ungu. Kajian saintifik masih berterusan.

Saya membaca perkara perkara tahyul seperti ini kerana saya ada projek berkaitan perkara seperti ini. Saya sedang cuba memvisualkan muzik. Banyak benda ni dah dibuat sebagai contoh waveform yang berjaya digenerate bagi setiap lagu. Itu adalah salah satu pemvisualan bunyi. Namun saya ada pemikiran lain, macam mana saya nak rekodkan muzik atau bunyi dalam bentuk lukisan. Ramai yang cuba dan hasilnya adalah abstrak. Saya masih cuba lari dari konsep abstrak. Contohnya Melissa McCraken berjaya menvisualkan lagu Life On Mars oleh David Bowie, Karma Police oleh Radiohead dan juga Imagine oleh John Lennon. Banyak lagi dia buat, namun dia adalah orang yang mengalami sindrom synesthesia ini. Kiranya dia superhuman. Jadi penghasilan seni abstrak ini saya anggap tidak sesuai untuk golongan normal. Sebagai contoh orang yang tiada asas dalam seni cuba memerhati lukisan abstrak seperti yang dihasilkan oleh McCraken, pengakhirannya tiada input yang dia dapat melainkan dia cuma mengucapkan, "Wahh menariknya" yang dia sendiri tak tahu hujung pangkal.

Saya juga ada pemikiran bahaya lukisan ini satu komunikasi visual. Jadi hampir setiap penghasilan karya perlu mengambil berat tentang audien. Kalau dahulu bolehlah saya cakap 'art for art's sake' namun sekarang lain, saya kena ambil tahu macam mana orang biasa melihat. Orang ramai tidak peduli tentang garisan, tekstur, perspektif, value, warna dan sebagainya. Orang peduli tentang subjek. Orang peduli pasal apa benda yang ada atas kanvas tu. Apa yang dia kenal. Apa yang boleh dia bandingkan dengan apa yang ada dekat dunia yang membuatkan dia lagi dekat dengan lukisan tu. Dari situ dia boleh rasa dia boleh hayati. Apa yang saya faham la. Pedulik la sama orang orang art lain nak fikir apa. Itu dia punya fahaman sebab pada saya seni yang saya cuba bawa adalah seni rakyat biasa. Mungkin saya bawa seni jenis yang boring.

Saya ada terfikir juga dalam penghasilan karya untuk projek ini, "Macam mana orang pekak menghayati muzik". Pada pemikiran saya ramai sudah orang buat kajian macam ini. Ada satu pendekatan muzik yang saya pernah terlihat di internet, sekumpulan budak budak pekak diajak ke satu orkes. Namun caranya lain bukan seperti kita yang tidak pekak ini yang menghayati muzik secara duduk atau berbaring (kerana boleh mendengar). Mereka diberikan peluang menyentuh peralatan muzik ketika orkes sedang berlangsung. Ada suatu kejadian, mereka dibenarkan duduk di bawah grand piano sambil pemain piano bermain. Mereka disuruh menyentuh piano dari bawah supaya dapat rasa getaran ketika piano dimainkan. Itu salah satu pendekatan muzik kepada orang pekak. Jadi bagaimana pekak yang tiada piano?

Entahlah. Saya pun tak tahu.

Saya mengambil jalan lain. Saya sebenarnya masih belum jumpa jalan.

Saya pening kepala.

Jadi saya pun membuat air milo.

Lalu berbaring secara relaks.


Perkara ini jika benar benar dikaji secara mendalam mungkin akan membantu manusia sedikit sebanyak.

Tapi entahlah. Adakah manusia benar benar mahu dibantu?

Sebenarnya dalam hal kritik sosial ada satu jawapan untuk semua projek projek sains sosial.

"Semua atas engko!"

Perkara ini pernah saya bahaskan dahulu ketika duduk duduk sahaja bersama rakan rakan. Kau boleh cuba racun pemikiran manusia dengan pelbagai cara dari printed material, digital, sculpture, painting, muzik, televisyen, bahan bacaan, dan macam macam lagi. Namun semua itu akan teracun bergantung atas mereka sendiri. Mereka boleh pilih untuk tidak ikut pun apa yang kau cuba advertisekan.

Panjang benda ni kalau nak diceritakan satu persatu.

Jadi saya mengambil inisiatif agar terus skip ke bahagian penutup.

Sekian.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 27, 2015

Puisi Suatu Jaman

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Cilake betul.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.


p/s: apa benda la lu ni. kah kah kah. Gua ingat nak pergi minumlah malam esok. Ahaks
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 24, 2012

Puisi: Petir Cinta (gua tak tahu tajuk sebenar, gua bedal)


Ini adalah tribute aku pada seorang sahabat. Dari dulu aku minta balik semua tulisan-tulisan dia waktu dia tulis dekat pabilakomamindanya.blogspot.com. Blog yang dah ke mana entah. Kalau search dah tak jumpa. Tapi waktu pertama kali aku baca puisi ni, aku tiba-tiba rasa nak bercinta bersungguh-sungguh. Kah kah kah.

tajuk puisi ni aku tak tahu. Tapi aku suka. Kau orang tak suka pergi meninggal sana.


Pabila dipanah petir cinta..
Tubuh bagai direnjat voltan berjuta nilainya..
Tubuh tidak seksa, tidak lecur..
Walhal arus tidak henti-henti menziarah aku dari segala arah..

Ya, nadi hampir berhenti..
Kerana tidak percaya wujudnya cinta sebegini agung..

"Wahai petir, panahlah aku jangan berhenti!"

oleh Ahpeng Mohamad

entri dia dalam blog ni: Pabila koma mindanya

yang lain-lain boleh terai dekat Puisi Pantas Pendek

p/s: Yang gua ni dah kenapa nak review orang. Dah takde kerja?

Peng, sori doh.. gua sangap nak publish. kakakaka. Kalau tak suka kau roger. nanti aku padam.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 19, 2012

Hai


Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai
Hai

p/s: ini adalah puisi

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 8, 2012

Puisi: Nyamuk

Oi bengap!
Lagi sekali kau datang aku lepuk

-Dekat bilik kawan
3.28am
9/4/2012

p/s: kasi chance la gua nak tulis puisi. kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 9, 2012

Nah

Gusti: Kau mahu apa?
Aku: Aku hendak sayap
Gusti: Nah.

Aku: Eh, kenapa aku tak boleh terbang ni, Ya Gusti?
Gusti: Bukankah kau minta sayap tadi?
Aku: Ya kalau gitu, aku mahu terbang.
Gusti: Nah.

Aku: Eh, kenapa aku tak boleh mendarat ni, Ya Gusti?
Gusti: Bukankah kau yang minta "Aku mahu terbang"?
Aku: Ya kalau gitu, aku mahu mendarat.
Gusti: Nah.

DUPPPP!!!


-Di Rumah
1655

p/s: Gua tak fikir apa dah ni. Gua nak habis belajar cepat. Lepas tu nak berkelana ke negeri orang. Tak sudah-sudah pemandangan sama. Gua nak ke Tibet lagi dua tahun.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 16, 2011

Bertumbuk

Ah nanti lah tulis.












Gua nak baca buku akademik. Gua nak kejar dunia.

Kah kah kah..


p/s:
He may got the heaven, 
but he was lost with the seven.
A man releasing a pigeon,
Another man goes to prison.


I see a friend holding his boner,
after a while become a sailor,
Finding back his trousers,
where he first met his lover.
-Pert Doherty
10:41pm

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 12, 2011

Puisi: Rahsia

Runtuhkan semua
Runtuhkan
Biar semua jadi jelata
wajah itu biar ke neraka
moga yang mati kembali bernyawa

Bukakan aku buku itu,
Biar tahu rahsia yang haru,
yang memang macam hempedu,
Baru mahu tahu malu.


Pert Doherty
12/7/2011
SMKDM
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 28, 2011

Ya Besok

Usah kelat ya sayang
Kan besok kita ke angkasa
Virus ini kita tanam dalam-dalam
biar terus cerna di neraka
pun tak mengapa
Cuma tinggalkan hati-hati bogel untuk besok

Gambar sebat dari Ldesign


Pert Doherty
Rumah Sepah
0800am
29 hari bulan Juni tahun 2011Masihi

p/s: asalnya gua nak tulis pasal Bersih 2.0. tapi gua ingat ini lagi sho..

Banyak sial job design gua minggu ni.. Syaiton
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 20, 2011

Puisi: Murahan

'Puki' murahan,
Masih di situ ya?
Masih birah lagi ya?
Masih miang lagi ya?
Masih cari 'timun segar'?
Atau cari 'timun emas' yang sudah busuk?


Dasar murahan.
Puih!


Pert Doherty
POS KAWALAN SKKD
20/6/2011

p/s: puisi ke anjing laut ni?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 18, 2011

Tugu (part 0.5)

lihat tugu 'indah'mu
tegak berdiri
yang dipahat oleh
tangan asing
seperti mengalirnya
darahmu untuk orang lain

- Usman Awang
Gua tak tulis full. Nak full cari tempat lain.. Kah kah.

p/s: Lu pernah terfikir wujud lontong semangkuk (gua pakai tapawer aiskrim besar tu), harga dia RM1? Sampai sekarang gua tak dapat selidik macam mana mak cik tu niaga. Duit roling datang dari mana. Tapi yang penting memudahkan gua dan orang sekeliling. Terima Kasih Mak Cik Lontong "Telur Nak? Kacang Nak?" Yang Steady.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 8, 2011

Ada

'Perempuan',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.

'Lelaki',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.

'Kawan',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.

Tuhan,
....

tika kau perlukan dia,

.....

Sentiasa ada.


p/s: Maafkan aku Tuhan

.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 5, 2011

Puisi: Terbang

Percik api yang sejuk terus terbang
Melintas pantas jalan yang jalang

Terus terbang dan terbang dan terbang
ke tempat yang senang-senang.

Pert Doherty
2:15am
6 April 2011
PC Karim

Gambar dari Google.
Diperkenal kepada gua oleh Hariz Yusuf diriwayatkan oleh Ahmad Haniff

p/s: Perlukah gua terbang?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 29, 2011

Puisi: Sendiri

Kalaupun bintang itu dekat,
Takkan ku gapai untukmu,
Kalau kau mahu,
Cobalah ambil sendiri.

Kalaupun Al-Jahim itu sejuk,
Takkan ku jejak untukmu,
Kalau kau mahu,
Lakukanlah sendiri.

Ya, sendiri!


Pert Doherty
30 Maret 2011
9:14am

p/s: Bila la masa sesuai gua nak try horizon... Dan gua rasa macam nak bikin darkroom sendiri di rumah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 20, 2011

Puisi: Nancy


You were my little baby girl
And I knew all your fears
Such joy to hold you in my arms
And kiss away your tears
But now you're gone
There's only pain
And nothing I can do
And I don't want to live this life
If I can't live for you.
-John Simon Ritchie


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 13, 2011

Peluru Cinta Itu

Dalam aku kebogelan
Kau acukan ia ke dahiku
Klik!
Kau berang aku ketawa
Kan namanya Russian Roulette
Takkan kau tak tahu
Kan kau yang mulakan permainan

Dalam kau kebogelan
Aku batal acukan ia ke dahimu
Kau gembira
Kan senang begitu

Dalam aku kebogelan
Kau acukan ia lagi sekali ke dahiku
Aku senyum

Bang!!!

Terima kasih untuk peluru cinta itu..
Kan lebih senang jika begitu dari awalnya..

Hearts at War 
An exhibition by Paul Louis Villani based on a fictitious character created, 
developed and modelled by the beautiful and multi talented Jessica Tremp 
The exhibition will also be featuring Michael Alesich


12.15 pagi
Sambil gua menghabiskan sebatang Surya

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 24, 2010

Puisi: Sephia

Jika kau mau,
bisa aja,
Aku bawakan kembali kisah lama,

Di sini sungguh pikuk,
Aku mahu kembali sephia,
Biar yang itu-itu berkumandang semula.

Sambil aku kembali bersandar statik di bawah ru itu.



Pert Doherty
11.47 pagi
25 September 2010
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 26, 2010

Puisi: Aku tidak bohong

Semua yang logik adalah dusta,
Kerna alam bukan di pentas logika,
Sayap Gabriel pembawa berita,
Serta cinta.

Apakah zat an nas bukan begini?
kerna yang logik adalah dusta,
Kau juga boleh ke sana,
Biar di sana memang tiada.

Aku tidak bohong,
Dunia jua tidak bohong,
Yang bohong itu kau,
Kau yang sering ada dalam Adam.

Pert Doherty
17:26
Khamis
26/8/2010
Bilik Gua
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 27, 2010

Puisi: Di mana dia Al-Azizku?

Bila mencari cinta,
yang aku jumpa benci,
Bila mencari nyawa,
yang aku jumpa mati,
Bila mencari itu,
yang aku jumpa ini,
Bila mencari Na’iim,
yang aku jumpa Sijjin,

Aku marah,
Tapi pada siapa?
Bukan hak aku yang itu semua,
Bukan mahu aku yang itu semua,

Aku cuma mahu tahu mana dia,
Di mana dia Al-Azizku?
Pert Doherty
12:22pm
28/7/2010

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 8, 2010

Puisi: Cinta Yang Paling Klasik

Ya, ia yang di situ,
Aku tahu dan aku sayang,
hari ini aku masih sangat sayang,

Ya, aku masih tahu,
Dia masih di situ,
Aku juga masih sayang......

Sampai hari ini aku masih belum dapat menyentuhmu,
Biarpun kau masih di situ,
Aku tahu,
Kau juga cinta aku,
Jika kau tidak, tiadalah aku,
Tapi aku belum pernah lihat rupamu,
Biarpun kau sentiasa ada denganku.

Aku bernafas,
Kau menghidu,
Yang lihat aku,
Yang tengok engkau,
Bila-bila bila kau tak di situ,
Kau lihat sendiri hujungnya,
Indah buruk cantik durjana,
Jalankau bukan dengan aku,
Wisel cinta klasik sudah berbunyi.

Pert Doherty
8/7/2010
10:43pm

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...