Dec 12, 2014

Skuter Modenas Agaknya

Sebenarnya membaca ni bagus..


Tapi gua bizi ni.. gua bizi.




Jadi gua bawa ke hadapan niat tu kepada masa masa yang tertentu.

Cerita hal gua nak bawa ke hadapan tu besar dan berat halnya jika disusur elok elok dari cara gua sampaikan ayat tersebut. Kalau dikaitkan dengan hal hakikat segalanya jadi tidak keruan. Punggung kau boleh jadi gatal tiba tiba. Dan adalah baik merenung ke dalam diri sendiri dan beristghfar.

Saya kemudiannya terpandang suatu gadis cantik menunggang skuter. Dia bertudung merah. Dan bodinya juga solid. Saya beristigfar dan menoleh ke tempat lain.

Dan skuter tadi berlabuh di belakang tempat saya duduk. Saya jadi kaget.

Saya cuba pandang wajah gadis itu guna ekor mata saya. Saya nampak sipi sipi.

Saya kembali menoleh ke meja. Gadis tadi itu rupanya menonong duduk di meja saya.

"Ya tuhan, adakah ini ujian?", terdetik dalam hati saya sambil saya mendongak ke langit.

Kemudian kami pun makan bersama sehingga saya dapati yang rambut saya sudah mulai busuk.

Jadi saya pun balik untuk bersyampu.

Gadis tersebut pun ghaib.


p/s: tapi serius cantik
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 1, 2014

Seribu Tahun Takkan Mungkin

Saya bergerak pantas dari District 1.5 ke District 1 menaiki sejenis kenderai. Namun walaupun pantas, bila hujan saya juga boleh basah kerana tiada bumbung. Dan dengan kuasa Tuhan, hujan pun tidak semena-mena turun. Saya hendak ke District 1 bukan tiada sebab musabab, saya ke sana untuk berjumpa dengan satu pegawai atasan dari pihak pemerintah, Presiden Snow. Di sana saya mendengar cerita dari teman-teman dari District 8, pegawai atasannya boleh memberi suatu cap yang membolehkan saya hidup senang sedikit berbanding sekarang.

Jadi sekarang sudah hujan. Hujan yang bukan main lebat lagi. Saya hampir-hampir tidak faham proses hujan dari pegewapan, pemejalwapan sehingga menjadi hujan ketika mengenderai. Dalam hati saya cuma berdoa agar saya dapat sampai ke District 1 dalam jangkamasa singkat. Hujan semakin lebat sambil kenderaan kenderaan berbumbung lain bukan main celake tak bagi aku lalu dengan pantas sambil mereka macam sengaja melanggar air bertakung di jalan supaya hamburannya mengenai saya yang sudah sedia basah. Tambahan brek saya sudah makan tidak makan, saya semakin redho dengan keadaan basah itu.

Dipendekkan cerita saya tiba di kawasan District 1 dalam hujan lebat. Saya bergegas ke bangunan yang diceritakan dalam kedaan berlari anak. Sambil sengaja saya berlari di kawasan ada lopak air, dengan perasaan 'alang-alang dah basah, sedap jugak basah terus'. Saya segera menerpa masuk melalui pintu tepi bangunan dan meluru ke arah lif. Dalam melangkah dalam bangunan tersebut, saya dapat lihat beberapa orang Peackeeper berkeliaran. Tiga dari empat lif semua terbuka luas. Saya nyaris masuk. Namun, setelah beristighfar dua tiga kali saya dapat rasakan ini hanyalah umpan. Ini hanyalah lif umpan. Saya ternganga-nganga mencari punca saliran lif lain yang boleh digunakan, dan saya terlihat tangga. Tingkat yang perlu dinaiki adalah tingkat sebelas, dan kepala saya boleh jadi basah juga kalau menaik tangga ke tingkat sebelas pada ketika pukul 4.30. Itu belum cerita pengepaman darah yang bertambah pantas tidak fasal fasal kalaupun saya berjaya tiba di tingkat 11 menaik tangga.

Jadi saya cekalkan semangat dengan saya bersiul intro lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin nyanyian Bumiputra Rockers sambil telapak tangan kiri saya kucup kemudian segera saya angkat dan depang sedikit tangan tersebut ke atas melepasi kepala. Dan saya rasa ada spirit masa tu. Rasa macam boleh bertinju dengan sesiapa. Dan saya mula menegur seorang Peacekeeper.

"Nak naik tingkat 11 macam mana?", sambil saya berkerut-kerut dan menyisir rambut mengguna tangan.


Peacekeeper itu tenang jawab, "Belakang sana, ambil lif yang pertama", sambil tangannya menunjukkan ke arah yang disebut.

Saya yang tadi spirit bukan main terus hilang rasa rebel terhadap penguatkuasa dari Capitol ini. Ini semua disebabkan dia tidak mengesyorkan saya menaiki tangga. Jadi saya berlari terus ke lif yang diperkatakan tadi dalam keadaan basah seluruh badan. Habis basah lantai bangunan tersebut akibat sikap acuh tidak acuh saya.

Ketika tiba di lif, saya dapat lihat seorang lelaki asia masuk ke dalam salah satu lif, dan saya mengejar sambil pintu lif itu semakin tertutup, dan saya sempat mengejar ke depan pintu itu, dan lelaki asia itu lihat saja saya dari dalam. Saya kembali kepada sikap redho dan menunggu satu lagi lif turun.

Saya akhirnya dapat juga lif.

KAH KAH KAH KAH.. Saya ketawa kuat sambil masuk ke dalam lif. Masing-masing yang keluar dari lif tersebut melihat saya atas bawah seperti saya ini baru lepas memukul suami mereka. Namun saya kekal tenang. Pada hemat saya, mereka mungkin berasa iri hati tidak dapat masuk lif dalam keadaan basah kuyup.

Saya tiba ke tingkat 11 dengan pantas.

Gembira bukan kepalang. Saya terus gegas ke pintu masuk pejabat pihak atasan wakil dari Presiden Snow. 

"Urusan BRIM ke?", perempuan di kaunter pertanyaan bertanya pada saya. Dia juga lihat saya atas bawah seperti saya ini pernah menghasut anaknya merokok.

"tidak, saya hendak matikan setem", saya jawab dalam keadaan huru hara sambil hendak mengeluarkan dokumen untuk diuruskan.

"bukan dekat sini, dekat tingkat 9"

"yeke?"

"Tapi dah tutup kaunter sekarang ni"

"yeke?", saya tidak jadi keluarkan sebarang dokumen.

Saya menghela nafas panjang. Sambil melihat-lihat papan kenyataan di pejabat itu. Kemudian saya tunduk melihat seluruh pakaian saya yang basah lencun. Dan akhirnya saya pandang perempuan tadi pula.

"hhmmmmm, kalau macam itu esok sajalah", saya ambil keputusan yang bakal menyusahkan diri sendiri. Dan saya nampak senyuman halus di wajah kakak itu. Senyuman bermakna 'nasib baik budak ni bengap nak minta cop esok, kalau tak leceh aku tak boleh balik awal'.

Saya faham betul kerja berkaitan servis, mereka terikat dengan masa dan perasaan nak balik rumah. Dan celake betullah bukak kaunter cop tu sampai pukul 3.30 je. Alasannya lunch hour dia bukak. 

Saya yang mengalah bukan kerana kalah tadi pun melangkah keluar dengan perasaan 'sudahlah hujan lebat, basah kuyup, bende ni tak setel lagi'. Saya yang berasa sedih tadi sudah memikirkan hendak port di luar bangunan menunggu hujan reda sambil merokok.

Keluar saja dari lif, saya lihat luar bangunan.

Bukan main cerah.

Saya keluar dari bangunan dan pandang langit sambil bersiul intro lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin.


p/s: peh.. lepak beb macam ni.. lepak... Katniss ni celake jugek nak dua laki.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 9, 2014

Palm Strike

Pada beberapa tahun lepas, saya bersama seorang lelaki kaukas telah mengembara ke kawasan Roma. Kami pergi ke sana melalui jalan sutera. Sepanjang perjalanan kami cuma minum air dan makan sayur sahaja. Daging kami tolak tepi. Namun kebanyakan hari dalam perjalanan kami berpuasa dengan tekun.

Lelaki kaukas baru sahaja selesai kencing di balik pohon oak. Saya tunggu di tepi unta. Sambil mengezip seluarnya, lelaki kaukas itu memanggil saya. Tiba-tiba lelaki kaukas itu memekik bukan kepalang. Saya jadi tidak tentu hala. Dan lelaki kaukas itu terjelopok dan mengerang. Saya terus mendekatinya sambil memerhati sekeliling, takut takut ada kumpulan perompak yang menyumpit lelaki kaukas itu. Saya masih dalam keadaan berjaga-jaga tertoleh toleh ke merata pelusuk semak pokok holly. Lelaki kaukas itu masih mengerang menumbuk numbuk tanah. Kelihatan darah membasahi tanah.

"Mungkin ada tembakan anak panah mini tadi...", persoalan muncul di kepala saya.

Lelaki kaukas itu menjerit jerit lagi.

"Woi diam sikit, aku nak dengar mana tahu ada penjahat dekat dekat sini", aku menegur perbuatan lelaki kaukas itu.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

"Senyap sikit la syaitan!!", suara saya mula meninggi.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

"Kau ni fuck betul", saya merendahkan kembali tona suara sambil menghunus pisau rahsia yang tersisip di pergelangan tangan kanan belah dalam. Pisau ini dilengkapi dengan satu suis yang membolehkannya keluar dan masuk dengan lancar.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

Tangan kiri saya memegang bahu kanan lelaki kaukas itu dan tangan kanan saya membuat suatu palm strike ke arah halkumnya. Dengan itu, saya punya pisau rahsia itu merodok masuk ke dalam esofagus.

PLUP... PLUP.. PLUP..

Darah menghambur keluar dari kawasan tekaknya.

Dan saya kembali mengamati keadaan sekeliling, takut takut ada perompak.



p/s: saya pernah membaca fakta bahawa palm strike ni lebih power berbanding tumbukan biasa. Tumbukan biasa akan menyebabkan tangan anda sendiri sakit. Ada fakta juga mengatakan, bila berlawan dengan beruang, palm strike ni amat berguna. Entahkan benar entahkan tidak.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 7, 2014

Pemetik Api

Suatu hari siang di suatu negara yang agak dingin.

Di suatu bangku di sebuah taman, gua sedang membalut tembakau mengguna kertas Wayang. Kertas lain gua ok je, tapi takda manis. Tak berapa ngam.

Sedang gua menggentel kertas bagi ketat, tiba tiba seorang wanita memakai shawl rupanya persis Rosamund Pike namun lebih asian melintasi hadapan gua lalu menegur, "encik, boleh pinjamkan saya pemetik api?".

Gua terpegun melihat raut wajahnya. Tangan gua berhenti menggentel.

Di belakang wanita persis Rosamund Pike itu muncul pelangi berbentuk segitiga sama sisi. Dan gua lihat beberapa ekor dolfin berenang di celah pelangi itu. Gua merasakan bumi bukanlah lagi berbentuk sfera, namun bumi sudah menjadi bentuk dadu. Bahawasanya kapal yang belayar sehingga ke sudut  hujung bumi akan merasakan penerbangan sementara dan jatuh kembali ke permukaan bumi yang seterusnya. Di belikat gua tiba tiba macam tumbuh otot baharu yang kadar pertumbuhannya terlalu pantas sehingga gua kaget dan berpeluh-peluh di hujung mata. Wanita persis Rosamund Pike itu masih di hadapan gua, mulutnya macam memekik sesuatu. Gua rasa tak sedap hati mungkin otot tambahan di belikat gua ini adalah kesan ilmu hitam perbuatan wanita ni. Mungkin wanita ini sedang baca mentera.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, gua nampak wanita itu mencabut sandal belah kanannya lalu menghayun ke arah wajah gua. Pandangan gua gelap.

*      *      *

Gua tiba-tiba bingkas bangun lalu merasakan pipi gua pedih macam kena lempang cikgu disiplin yang paling gua tak suka. Rupanya sejak dari tadi gua berbaring di pangkuan wanita persis Rosamund Pike ini.

Gua pandang dia.

Dia senyum sedikit sambil mengangkat kening. Macam bermaksud, "kau ok?".

Gua senyum sambil berkerut dahi.

Gua ushar belikat gua, sayap gua dah tumbuh habis rupanya.

"Boleh pinjam pemetik api?", wanita itu bertanya lagi.

Gua mengeluarkan pemetik api dari kocek seluar menghulurkan padanya.

Dia menyalakan api dan membakar shawlnya dan kemudian api membakar seluruh tubuhnya dan dia menjadi abu dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah debu dan juga pemetik api.

Gua ternganga. Namun tangan gua sembung menggentel rokok, dan gua cuba cuba mencapai pemetik api yang termasuk dalam timbunan debu.

Sedang gua cuba mendekati timbunan debu itu, suatu letusan muncul dari debu itu. Wanita persis Rosamund Pike itu muncul semula lengkap dengan sut armor seakan akan pejuang angkasa. Tangannya memegang cota.

"Adakah kau ahli silap mata?", gua bertanya.

"Bukan, aku adalah spesis Phoenix", wanita itu seraya menjawap.

"waaaaaa...", gua berasa kagum bukan main.

"Jadi kau boleh terbang?", gua bertanya lagi.

"Haah", wanita spesis Phoenix itu jawap pantas.

"Jom kita mengembara ke kawasan pergunungan", gua memberikan buah akal.

"Mari", wanita itu terus mengikut.

Kami pun terbang ke kawasan pegunungan sambil berpimpin tangan.



p/s: Abe membeli piza dan kami makan di rumah. Namun piza sudah sejuk. Gua telan pakai neskefe.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 2, 2014

Rasukan

Ramai (baca: 2-3 orang) bertanya mengapa saya tidak menulis lagi di blog.

Saya pun tidak tahu menahu sebab musababnya. Ada yang mengatakan ini adalah satu keadaan di mana seseorang itu dihasut syaitan, jadi mereka yang dihasut ini akan menjadi malas yang tak fasal-fasal. Saya pun dah tak menulis perkara-pekara yang jenis melawan, perjuangan atau apa-apa pendapat mengenai hal semasa, contohnya hal pegang anjing, saya tak masuk campur. Tapi saya ada pendapat sendiri juga. Cuma kali ini saya tidak berminat hendak berpendapat sangat.

itu belumorang bertanya tak tangkap gambar lomo lagi ke. Lagi tak tahu aku nak cerita. Tapi kalau ada sponsor filem dengan cuci filem, aku sambung tangkap gambar jugek ni.

"woi, datang meru lah", husen talifon gua.

"jap ah", gua terus letak talifon.

sebenarnya gua tengah tune balik nak menulis ni.

asik melukis je pun boleh jadi gila kau tahu.

sesungguhnya gua ada beberapa projek tak jalan ni.

dan sesungguhnya kali ni gua tulis macam kena rasuk syaitan yang tak best. Gua harapkan dirasuk syaitan penulis atau typist.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 15, 2014

Power

"Ok, ini hal lama, ini hal 2012", Auditore mengeluh ke Cesare.

Cesare mengangkat kening kirinya sambil mukanya masih separuh menghadap cawan extrajoss. Anak matanya sipi sipi menghala ke muka Auditore, fokusnya lebih tertumpu pada wanita genit berlalu di belakang Auditore. Wanita Courtesan memang kerap membuat jantungnya mengepam laju. Ini suatu sains yang agak aneh. Tapi sekejap Cesare terus kembali melihat Auditore. "Tu la", kata Cesare sambil terangguk angguk mengiyakan kata Auditore. Sikap Cesare ni kalau tak kena gaya boleh mendatangkan perasaan bercampur baur, regu berbual mungkin akan terhenti seketika kalau tengah menaik bercerita.

"Sepanjang zaman aku rasa fighting benda sama", Aditore memberi pandangan yang tiba-tiba. Boleh jadi munasabah.

Cesare menghirup sedikit air extrajoss anggur susu. Sambil matanya terpejam kejap menelan air. Berdasarkan perlakuannya, dia nikmat.

"Mana kau tahu?", Cesare membantah acuh tak acuh sambil mulutnya mencebik sedikit dan kedua keningnya terangkat dengan matanya separuh terkatup.

"Sejak dari zaman purba lagi manusia bersikap mahu berkuasa atas yang lain, dalam kata lain nak jadi tuhan, secara langsung atau tidak", panjang Auditore menerangkan sambil mengakhiri ayat dengan satu tumbukan lembut ke muka meja. Berkocak jugek air dalam cawan Cesare.

Cesare membetulkan reaktor pada bahagian abdomennya. Cesare perlukan tenaga, reaktor yang ada padanya adalah buatan zaman neokolonisme, dia perlukan sumber tenaga yang lebih up-to-date. Yang dia pakai sekarang adalah jenis reaktor yang perlu henjutan elektrik direct dari plug rumah, dan sekarang kedai yang dia minum ini tiada plug langsung, malah masak air mengguna kayu api. Yang terbaru dengar ceritanya adalah mengguna Vibranium yang boleh menyerap tenaga sekeliling. Perkara ini sudah jadi trending di stesen stesen tv, namun berita angin seperti ini ada sepanjang zaman. Dan sebenarnya dia sudah tidak fokus dengan perbualan Auditore sejak awal minum tadi.

"Abis macam mana?", Cesare membuka soalan tidak mahu Auditore kecil hati pula berbual sendirian.

"Macam mana apa?", Auditore menjegil.

"Yela macam mana nak setel bende ni?", Cesare memberi sedikit pencerahan.

"Kita kena mula dari punca dia. Duit. Duit ni toksik utama. Kita hancurkan sumber duit orang yang nak jadi tuhan ni, kita boikot!!", Auditore bercakap pesen orang yang penuh hasad dengki.

"Lepas tuuuu?", Cesare bertanya lagi. Layu suaranya kali ini.

"Lepas dari tu mereka akan lingkup dan hilang kuasa dan kepercayaan orang ramai, masa itulah kita datang dengan bawa seruan kebenaran, apa macam?", terang Auditore sambil jari telunjuk kiri dan kanan dikeluarkan gaya macam cowboy menembak ke arah Cesare.

Cesare diam. Matanya tertutup rapat sambil tersandar, tangannya tergantung kebawah.

Auditore menjadi kelam kabut. Dia minta bantuan dari tuan kedai.


*      *     *

Hari ini Auditore pergi kerja. Dia kerja dengan orang yang nak jadi tuhan.

Cesare. Cesare sudah berpindah ke bahagian gelap bulan.


p/s: aku rasa dewa zaman greek tu jin la.. aku rasa laaa.. dan baru aku tahu Zeus dan Jupiter mempunyai sejarah yang sama namun dari kerajaan berbeza.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 10, 2014

Viva La Palestine, Matar Judios

Becakap pasal minggu ini, gua sebenarnya sudah lama tidak membuka laman sosial yang biasa-biasa sehinggalah kelmarin. Dan gua dapat lihat pelbagai berita dunia yang lebih menjurus kepada hal Israel-Palestin, dan bukannya hal World Cup. Dalam hati gua, "Hmm, ada humanity lagi rupanya budak budak ni". Namun gua tak baca hal sebenar yang berlaku di Palestin, dari segi pembacaan serius di akhbar mahupun perpustakaan. Jadi gua tidak tahu sama ada perang ini adalah perang yang 'seperti biasa' itu atau ada perbezaan. Jadi gua ambil serangan Israel kali ini adalah 'serangan yang seperti selalu' itu namun yang membezakannya ialah trup yang bertempur. Yang sudah meninggal bagi kedua-dua pihak mana mungkin berperang lagi, jadi ini adalah generasi kedua pada hemat saya. Tapi bila kita membuat pembacaan mendalam, kalau boleh, mungkin kita akan jumpa mengenai apa yang Tuhan janjikan kepada tanah Jerusalem/Baitulmaqdis ni. Ya, kita lihat hari ini mungkin perkara ini agak menyedihkan, pembunuhan merata-rata, nyatanya Israel adalah salah dari segi hal kemanusiaan dan agama. Jika dirujuk semula kepada Nabi Musa pun, gua tidak rasa yang Israel ada hak untuk semua yang berlaku sekarang. Tapi.. tapi.. tapi.. kita pernah dengar pada beriman pada qada' dan qadar tak? Kenapa sikap orang Israel jadi sebegini waktu sekarang ni? Kenapa susunan Tuhan sebegitu? Kenapa yang dipilih untuk menjadi kaum yang jahat itu adalah Israel dan bukan Melayu atau Cina atau Afrika? Apa yang mereka telah buat salah pada Tuhan pada alam sebelum ini? Kenapa mereka dilahirkan di jasad orang Israel? Mungkin soalan gua agak menyalahkan Tuhan, namun dari soalan macam ini gua boleh berfikir. Apa yang kau rasa kalau kau di dalam golongan Israel itu? Apa perjuangan kau? Apa faith yang dipegang sehingga yakin peperangan ini perlu? Nampak seperti gua menyokong tindakan Israel kan?

Sebab lu bukan gua, jadi lu tak tahu apa yang ada dalam hati gua. Tindakan lu orang dan gua berlainan. Gua tidak gemar mengambil jalan perang sebenarnya, gua lebih kepada cara yang win-win. Contoh dua orang fight to death, gua cuba untuk tidak membiarkan dua dua tu mati katak, jadi gua akan minta dua dua berdamai jadi sekurang-kurangnya mereka sempat bertaubat kalau ada buat salah (jangan nak tipu kau takda buat salah, hari hari ada, setiap minit ada, malah setiap detik, kau ingat kau dah beriman sangat, ni belum masuk hal iman secara mendalam lagi ini). Dan ada certain manusia akan cakap pada gua, "Dah nyata Israel salah, nak kata apa lagi?". Dan gua akan cakap, "Tuhan ada kira kau bangsa apa ke kalau nak masuk syurga? Dah kalau tiba-tiba esok hari semua umat Israel-Zionis ni bertaubat masuk Islam, dan tiba-tiba semua rakyat palestin jadi Yahudi kau nak buat apa?". Future ini suatu yang misteri, jadi jangan kau anggap kau dah kawal segalanya bila kau dah rancang segalanya. Sebab yang memastikan benda kau rancang itu jadi atau tidak bukan engkau, Tuhan yang kawal semuanya, even perbuatan 'kau rancang' tadi tu pun kau takda hak nak claim itu kau yang buat. Jadi apa kata kita mula berdoa agar dunia aman, dan seluruh warga dunia beriman pada Tuhan Yang Esa. Selain itu di Malaysia kita perlu percaya pada produk-produk IKS. Kita beli barang IKS, dan kurangkan pembelian dia gedung-gedung membeli belah kerana di sana kita mudah 'tak sengaja' terbeli produk Israel. Dan apa kata bila kita rasa nak makan fast food, kita pergi la ke Pecel Lele. Paling baik sebenarnya DIY, kau memasaklah. Memasaklah kamu. Kenapa? Sebab sekurang-kurangnya bila memasak benda yang sedap, kau boleh lihat kegembiraan orang yang lapar makan masakan engkau. Lagi baik lagi jika beri masakan engkau pada fakir.

Masuk isu DIY ni, bila segalanya kau DIY-kan, kau mampu melumpuhkan sedikit Israel yang kau benci ni. Aku rasa lah. Contohnya kau buat almari sendiri, maka kau dah tak perlu ke kedai membeli almari, kau boleh kutip bahan asas bina almari di tong sampah besar. Malah paling syok kau boleh bina almari tu terus dalam bilik. Lagi lah kalau rumah kau adalah rumah flat, lagi lah bermanafaat perbuatan DIY kau tu. Asas Israel berjaya adalah berpegang pada kapitalisme, dan gua sendiri adalah penyokong kapitalisme. Jadi apa yang gua cakap mengenai DIY tu gua cuma buat sikit sikit sajalah, sebab hampir semua peniaga, pemegang tampuk ekonomi bermula dari DIY pada hemat gua. Jadi contohnya DIY gua ni menjadi, maka gua akan jadi power, dan gua perlu production lebih, jadi gua perlu jadi kilang, gua perlu bayar orang, dan lu orang expect gua akan letak harga macam nak bantu masyarakat? No way, bila gua dah conquer certain business, gua akan ketuk harga. Tapi peniagaan produk nyata ni tak menguntungkan sangat sebenarnya. Orang tahu kira zaman sekarang, jadi gua akan jual produk yang orang tak boleh kira, tak boleh timbang, tak boleh sukat. Dan kenakan sedikit riba' namun berterusan.

Selain itu kita kena support piracy dari segi perisian komputer, kebanyakan perisian yang popular mesti ada penglibatan orang takpun duit Israel. Jadi kita pakai la yang cetak rompak supaya mereka rugi. Cetek betul pemikiran gua. Entah, dari segi ni, gua pun terfikir dosa-dosa gua menggunakan Windows pirate sejak Windows XP. Takut takut komputer bapa gua dulu tu Windows 95 dia pun cetak rompak. Gua terbawa-bawa hal piracy software ni sehingga mendownload lagu secara percuma. Itu macam mana kira tu? Lu rompak perjuangan seni orang. Ini gua sendiri buat. Kalau lu di tempat pemuzik tersebut macam mana rasanya? Mesti lu rasa macam lu ini sangat Palestin kan? Tidak fikir pula betapa Israelnya engkau sebelum ni.

Habis hal itu, kita akan pergi ke ibadah. Dan tiba-tiba, "Ah lu, lu ingat lu bagus sangat nak cerita pasal ibadah?". Gua diam, maka gua pun tak cerita.

Namun, gua pernah terdengar pasal kalau umat Islam penuh pergi sembahyang subuh dekat masjid seperti sembahyang jumaat, maka Israel kalah. Try lah buat. Daripada sibuk nak pergi fighting dekat medan perang yang lu tak tahu hujung pangkal, ada baiknya berdoa di kala subuh di masjid. Daripada buang air liur maki Israel, ada baiknya kita menjalankan tuntutan. Dan gua pula tiba-tiba rasa berdosa, mengingatkan orang, namun gua yang tidak pergi. Sebenarnya ada hukuman untuk golongan seperti ini, mengingatkan orang pasal agama, tapi dia tak buat. Dan gua tak pasti apa dia. Dan gua harap perkara sebegini tidak berterusan, gua harap gua akan membantu memenuhkan masjid pada subuh esok hari. Dan gua juga berharap seluruh flat gua ni pergi Subuh esok bersama gua.

Dan gua tiada kawan dari Bani Israel, jadi pendapat gua mungkin lebih menyebelah kepada Anti Israel.

p/s: sebenarnya gua pernah juga terfikir kalaulah Baitulmaqdis ni hilang (kiranya Tuhan ghaibkan langsung takda sisa), apa lagi yang Israel akan buat? Tawan Malaysia?

Lagi satu, sebenarnya gua ada dapat meset jadi Aman Palestin itu hari, tapi gua takda sen dan gua tengah sibuk hal keduniaan seni gua (bunyi yang agak selfish kan?, tapi itulah dunia, membuatkan kau sibuk dengannya), jadi gua pun padam meset tu.



Deutschland wird Weltmeister

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 23, 2014

Joe Strummer dan Panggong Punggok

Sebenarnya gua lapar ni. Dan sekarang gua nak buat poster Panggong Punggok ni. Dan lapar ni doh. Lapar gila ni. Aku rasa ketiak pun bukan main berpeluh lagi menaip sambil lapar ni.

Semalam gua bancuh akrilik bukan main terlebih lagi. Gua jadi berang dengan kejadian kejadian tidak munasabah di dunia, sebagai contoh remaja membunuh ibu sendiri. Itu apa bende tu? Gua tak tekankan isu dosa pahala dekat sini, pasal akaun tu tak ada bukunya, boleh tengok dividen ke, tapi ini isu manner. Etika bende bende gini kena ada, kalau tak sampai bila manusia asik nak mengagungkan alien.

Dan bila lapar memang gua menaip tak tentu hala. Kadang gua ingat real jugek tindakan gua menahan lapar ni, sekurang kurangnya dajal hendak merasuah gua dengan makanan pun boleh putus asa ni.

Pasal akrilik gua bancuh lebih tu macam gini cerita dia.



Dan sekarang akibat menyapu cat dahulu kemudian baru melakar, tangannya sudah seperti bapuk.

Saya baru baru ni terbuka instagram kawan saya, saya sungguh kagum dia sambung melukis. Saya harap sketch booknya yang dibeli pada tahun 2012 yang gambar depannya ada gas-mask tu semakin penuh. Saya sungguh bersyukur beliau kembali melukis, malah semakin handal. Saya doakan dia dapat buat buku kartun. Kalau boleh saya nak jadi pelukis latar belakang buku kartunnya. itu sahaja.

Tapi sampai sekarang saya nak cuba memberbaharui perbendaharaan kata saya mengenai ayat penutup ketika memberi ucapan berbahasa inggeris, balik balik "That's all for today", aku rasa berang ni.. aku berang ni. Bende entah.

Tapi ni serius ni lapar woi.

p/s: kamera ni apahal macam syaitan ni dia punya gambar ni. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 24, 2014

Bau Syaitan

Malam itu Zanariah terpaksa balik sendiri berjalan kaki dari kedai makan. Ini semua gara-gara kawan-kawannya mahu karaoke. Mereka mula ke pusat nyanyian bersari kata ketika habis separuh masa pertama perlawanan di Cardiff City stadium. Zanariah tidak mahu ikut kerana kedudukan terikat 2 sama. Hal ini boleh menimbulkan gundah gulana buat Zanariah jika dia juga ke karaoke. Ibarat memasang lagu 'We Can't Stop' ketika majlis pengebumian. Perkara sedemikian adalah ditegah, begitu juga dengan hal Liverpool masih belum leading ini dan mahu pergi bernyanyi. Jadi Zanariah menolak mentah mentah ajakan kawan-kawan yang mahu bernyanyi pada malam minggu. Dan akhirnya, segala penantian Zanariah menimbulkan hasil selain air kopi di meja juga bertambah secawan. Puntung rokok di kaki sudah seperti sekoi nak diberi pada burung banyaknya. Liverpool berjaya menggembirakan malamnya dengan persembahan yang sedikit meyakinkan di separuh masa kedua. Ketika gol keenam, Zanariah menjerit "Yeargh!!" secara perlahan sambil menggenggam tangannya di bawah meja sambil ekor matanya melirik pada sekawanan pakcik yang sibuk memuji muji persembahan Cardiff City sejak dari awal permainan. Ini semua atas dasar etika dan sikap menghormati orang yang lebih tua.

Jadi Zanariah terus menerus berjalan di bawah pencahayaan lampu jalan yang masih membenarkan matanya melihat dalam jarak 50-60 meter ke hadapan. Masih dalam jarak selamat untuk bertindak jika terlihat zombie jenis 'Shaun of The Dead', namun jika di depan adalah zombie 'World War Z', Zanariah mungkin cuma perlu lebih banyak mengucap dan redho. Bulan malam itu menimbulakan syakwasangka juga, belahan separuh dalam bentuk kocek Doraemon, situasi seperti ini jarang dapat dilihat Zanariah.

Ketika sampai di rumah, Zanariah mengamalkan amalan Melayu pun mencabut selipar sebelum masuk ke rumah selain matanya meliar-liar melihat sekeliling, mana tahu jika terdapat sekumpulan hyena ingin menyerang hendap. Masuk sahaja ke rumah, Zanariah segera mengunci grill dan terus pergi buang air kecil. Habis segala perlakuan tesebut, Zanariah jadi buntu tanpa diketahui puncanya. Melihatkan di rumah tersebut tiada apa-apa yang boleh dibuat, jadi Zanariah mengambil buku lukisan. Zanariah menyambung lukisannya yang terbengkalai. Membuat lukisan untuk Zanariah adalah seperti suatu apungan ruh, melupakan permintaan dunia, penghargaan pada tangan dan otak. Sama juga seperti idea Mark Renton ketika mendapat heroin, "Choose Life. Choose a job. Choose a career. Choose a family. Choose a fucking big television, choose washing machines, cars, compact disc players and electrical tin openers. Choose good health, low cholesterol, and dental insurance. Choose fixed interest mortgage repayments. Choose a starter home. Choose your friends. Choose leisurewear and matching luggage. Choose a three-piece suit on hire purchase in a range of fucking fabrics. Choose DIY and wondering who the fuck you are on Sunday morning. Choose sitting on that couch watching mind-numbing, spirit-crushing game shows, stuffing fucking junk food into your mouth. Choose rotting away at the end of it all, pissing your last in a miserable home, nothing more than an embarrassment to the selfish, fucked up brats you spawned to replace yourselves. Choose your future. Choose life... But why would I want to do a thing like that? I chose not to choose life. I chose somethin' else. And the reasons? There are no reasons. Who needs reasons when you've got heroin?".

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

Bersahut sahutan bunyi anjing di pintu belakang rumah. Suasana yang sungguh khayal tadi terhenti sekejap akibat bunyi anjing yang tiba-tiba memenuhi ruang belakang rumah. Bunyinya terlalu dekat. Otak Zanariah terus menangkap imej-imej iblis. Ketika dia balik dari kencing tadi, dia melalui bilik tengah yang terbuka pintunya, dan dia terpandang suatu kelibat dalam bilik tersebut berbalam antara putih dan hitam. Dan bilik tersebut kosong tiada apa-apa yang boleh membuatkan Zanariah berspekulasi bahawa, "Oh, itu reflection diri saya pada cermin", Tidak, tiada apa pun di bilik itu. Tapi isu 'terpandang' itu berlaku dengan pantas, satu per 200 saat tempohnya, jadi Zanariah cuma menganggap matanya mengantuk mungkin pada ketika itu. Namun, bila sikap anjing menjadi gila tidak fasal-fasal membuatkan Zanariah tidak senang duduk.

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

Anjing-anjing masih bising, lebih lebih lagi kawasan kejiranan ini masih baru, jadi penduduk tidak ramai dan tiada siapa mahu marah anjing.

Tatkala Zanariah sedang melukis, dia terhidu bau yang agak busuk yang membuatkan dia semakin berfikiran negatif, "Ini bau syaitan ni", hatinya berdetik. Zanariah menumpukan matanya hanya pada lukisannya dan sambung melukis. 'Bau syaitan' tadi semakin meliar. Zanariah tidak senang duduk. 'Bau syaitan' kembali reda, hilang entah ke mana. Anjing-anjing semakin aman, hati Zanariah sedikit lega.

Zanariah leka semula melukis, kali ini dia melukis dengan postur mencangkung. Lenguh barangkali menongkat dagu. Dia menambah bulatan bulatan kecil pada lukisan. Tiba-tiba 'bau syaitan' kembali. Zanariah meletakkan pen. Berhenti. Menghidu sekeliling. Pen dihidu, takut takut bau dakwat di kala malam memang busuk, dia menghidu permaidani, dia menghidu alas tidur, dia menghidu kertas, dia menghidu bantal, dan paling teruk sekali dia air mineral. Semuanya tidak membuahkan hasil. 'Bau syaitan' samar-samar hilang ketika Zanariah sibuk menghidu perkara-perkara lain.

Pada ketika dia mahu sambung melukis, 'bau syaitan' mengganggu lagi. Berkerut-kerut dahi Zanariah memikirkan isu 'bau syaitan' ini. Kali ini, Zanariah semakin berani, dia sudah nekad, jika benar syaitan itu muncul, dia akan membuatkan syaitan tersebut insaf dan tidak lagi bermain-main dengan 'bau syaitan'. Sedang bau itu masih berlegar legar di kawasan pendudukannya, Zanariah yang dalam keadaan bercangkung itu terpandang pada kawasan kelengkangnya.


*        *        *

"Kah Kah kah kah!!!", Aniza berdekah-dekah bukan main.

"Aku lupa doh.. seharian tak duduk rumah", Zanariah pun terkekeh-kekeh.

"Kah kah kah kah kah!!!", Aniza masih tak berhenti-henti, kadang-kadang ketawanya macam dibuat-buat pun ada.

"Kah kah kah, setan betul, pagi tu jela aku last mandi, kah kah, pulak jalan jauh, berpeluh jugek celah bontot kah kah kah", Zanariah pula seperti orang hilang akal, ceritanya diselang selikan dengan ketawa pun yang agak dibuat-buat.

"Tapi cilake doh kau, tuduh syaitan, padahal dia lepak luar rumah je.", kata Aniza yang masih terhinggut hinggut menahan ketawa, air mata mula terbit di bibir matanya.

"Kah kah kah, mampus ah, dah selalu orang cerita hantu ada bau busuk", Zanariah masih nak memenangkan dirinya.

"Cerita hantu selalu ada wangi dulu, baru busuk, yang kau ni terus terus busuk", Aniza sudah tersedu-sedu sambil mengelap matanya.

PRANGGG!!!

Tiba-tiba sliding door runtuh.

Iblis muncul.

Tiada bau tiada angin.

Zanariah bangun melempang Iblis.

"Siapa nak bayar pintu ni celake?!!!", Zanariah bertempik.

"Selalu dalam filem boleh je?", kata Iblis.

"Filem bapa kau lah! Ini rumah manusia, manusia mengamalkan ekonomi, lebih lebih di sini mengamakan ekonomi kapitalis, jadi kene bayar, kau terai pergi rumah depan tu kau masuk macam tadi, kalau tak kene hambat kau!", Zanariah mengamuk betul.

"Baik kak, saya pergi betulkan pintu", Iblis takut takut.

Zanariah dan Aniza sambung berborak.

Iblis pula pergi ke kedai membeli sliding door baru.



p/s: tiba-tiba aku lapar ni dah apahal?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 18, 2014

Paus Biru

"Ini adalah tragedi!! Ini adalah tragedi!!", Yunus membentak bentak secara tidak tentu hala. Saya yang sedang membaca. Ya, membaca buku ilmiah berasa tidak senang dengan sikap Yunus itu. Namun, saya pendamkan sahaja perasaan tidak senang itu. Saya sambung membaca mengenai 'Kepupusan Paus Biru'.

"Kau tahu tak pasal bende ni?", Yunus mengaju soalan kepada saya.

"Pasal kapal terbang?", saya bertanya semula untuk kepastian sambil dahi saya bekerut. Untuk memahami cara ikan paus bersetubuh dan memikirkan berita masa kini pada masa yang sama adalah sesuatu yang agak rumit jika dibandingkan dengan pengamiran tiga peringkat. Jadi secara tidak langsung kerutan dahi akibat rangsangan otak akan muncul secara tidak fasal-fasal.

"Bukan!!!", Yunus memekik.

"Abis pasal apa bende?", saya bertanya semula padanya.

"Ini adalah tragedi!! Ini adalah tragedi!!, takkan itu pun kau tak tahu?", Yunus act macam bagus dengan menyoal pula, bukan bertanya lagi. Ini adalah suatu sikap yang fucking terrible. Dan saya sudah mula tidak faham dengan bacaan saya yang mengaitkan kapitalisme dengan kepupusan paus biru, dan Yunus ini pula boleh jadi akan meninggal akibat sikapnya.

"Bende kau ni?!", saya pula rasa naik angin.

"Ini adalah tragedi!! ini adalah tragedi!!", Yunus tidak sudah sudah memekik-mekik.

"Pasal bomoh lawan KJ?", saya mula mengikut rentak Yunus.

"Bukannn!!! Ini adalah tragedi!! Ini adalah tragedi!!!", Yunus semakin rancak memekik, dan kini dia semakin berani, dia mula membuat tarian golongan aztec meraikan tuhan matahari. Saya semakin tidak senang dengan perlakuannya. Sebenarnya tidak mudah bersahabat dengan golongan yang berpegang pada animisme. Jadi saya biarkan sahaja dahulu apa tidakan Yunus selepas ini.

"Ini adalah tragedi!! Ini adalah tragedi!!" Yunus yang semakin rancak itu sudah mempunyai rentak dari segi alunan suara dan juga tariannya.

dan saya tanpa berlengah terus memberi suatu henjutan keras menggunakan kaki kanan tepat pada ari-arinya. Dan skrotumnya pecah akibat serangan yang terlalu pantas yang tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar itu. Lantas Yunus terduduk sambil mengerekot memegang kelengkangnya yang sudah berdarah teruk. Darah tidak henti-henti keluar.

"dan ini adalah tragedi dari erti kata sebenarnya!!!", saya mengeluarkan suara yang agak kuat. Tatkala habis saya bersuara kilat sabung menyabung. Dan darah Yunus semakin laju keluar dari pembuluh darahnya. Suasana menjadi hanyir bukan main. Saya tiba-tiba ketawa kuat macam orang hilang pedoman. "Ini adalah tragedi.....", Yunus masih bersuara namun masih dalam postur tadi.

Saya berjalan mengundur sambil ketawa dan saya terbang bersama buku ilmiah tadi menggunakan suatu tukul yang datang entah dari mana. Saya menjadi risau juga jika penerbangan ini diancam pengganas. Namun saya cekalkan hati, sambil mulut tidak henti henti membaca ayat kursi. Saya terus terbang melepasi komulonimbus dan akhirnya tiba di Asgard. Saya pun menampar semua penduduk Asgard yang tidak menutup aurat. Dan mengajak semuanya memeluk Islam. Namun mereka menolak, kerana mereka juga ada ajaran yang menyuruh mereka menyembah Tuhan Yang Esa. Mengikut kata merekalah, jadi saya tidak mahu berbalah yang bukan bukan, saya pun kembali ke bumi normal dan membuka peti sejuk untuk minum air sejuk.

Kemudian, saya mencari kerusi dan sambung membaca 'Kepupusan Paus Biru'.

Yunus meninggal.

p/s: boleh tahan lama jugek gua tak tulis ni..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...