Jan 5, 2011

Muntah

(PERHATIAN: Ini cerita lama)

Gua baru lepas hepi-hepi sama amoi gua. Gembira gua bukan main. Banyak juga gua melantak ni hari.Kami hanya ronda-ronda di Brighton sampai malam.

Burppp!!

"Oi awek gua, gua balik dulu", lantas gua menghidupkan enjin motosikal Norton. Baru sahaja gua ambil motosikal ini di kedai minggu lepas di Donington Park Grand Prix Circuit Derby.

Gua mesti la yang paling depan yang bawa gadis.

Dengan rambut gua sikat ke belakang, jambul naik, berkilat. Sideburn panjang. Memang sekali pandang ada sedikit macam Elvis. Itu gua dah biasa dengar.

*      *      *

"Wooossshhh... wooooshhh..", telinga gua disapa dek angin malam. Sejuk. Macam wanita datang bulan.

Gua tak ambil endah bila suasana macam ini. Gua endah kalau gua nak terberak ketika keadaan macam ini. Itu sangat gua endah.


Tak semena-mena gua pantas menyelak pelindung depan helmet.

"Bluek", sempat gua pandang kiri.

Gua pandang kanan pula, ada motosikal sedang memotong. Gua lap mulut.

"Cis, bahana makan piza".

*      *      *

Pagi ini cerah. Gua suka. Bakar sebatang surya, gua tarik panjang. Naga. "Haha", gua tergelak kecil sendirian.

Sambil memanas enjin motosikal untuk ke kelas, gua duduk depan pintu memerhati burung tiong emas jiran sebelah. Gua kaget sebentar,

"Celake burung, gua hisap rokok pun lu nak tiru jugak ke?!", gua bentak depan pintu sangkar burung itu. Si tiong terus membuat gaya orang menghisap rokok.

"Celaka burung, gua hisap rokok pun lu nak tiru jugak ke?!", tiong itu mengulang kata-kata gua sebentar tadi.

"Cis, tak guna", malas gua melayan haiwan tak bermoral. Tidak tahu menghormati khalifah di muka bumi.

"Cis, tak guna", kedengaran tiong itu mengulang lagi.

Terus gua ke kelas. Masih lagi rambut sikat ke belakang.

Gua sampai kelas terlewat lima belas minit. Semua pandang gua macam gua Ketua puak Syiah. Sial.

Gua cari tempat duduk.

"Pert", seorang sahabat bertanya pada gua.

Gua perhati beliau atas bawah. "Apehal mamat ni?", gua bentak dalam hati. Gua dah la lewat, mesti gua ketinggalan banyak ilmu, datang pula orang menyibuk.

"Kat baju ko tu apa?", beliau menyambung sambil menuding ke arah bahu jaket gua.

"Muntah", ringkas gua jawab.


p/s: lepas makan banyak sila naik motor. Nescaya anda jaguh.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

20 comments:

eszol raar said...

sapa suruh ko pelahap sgt

gua everytime mn kdai balik naik moto

alrite je

lu lyan lebih ni bro

lu minum tapai byk sgt ni

Pert Doherty said...

haha,, cilake lu,. tapai kedajah apa.. haha. pizahut xde tapai..

cicok said...

hahahahhahahaha.bangang!.......5 minit aku gelak bace

Pert Doherty said...

Sial.. gua menulis kisah serius lu boleh gelak?

ijan de bunks said...

bangang la..ptut ko jd ketua puak zionis lg bgs hahaha

Pert Doherty said...

jan cb lu.. gua masih sayang agama gua

TunTeja said...

hahahaha..pert.ko ni nak kate bengong.tak.tp memang sengal lah :p

Pert Doherty said...

Lu nk bgtahu lu ada penyakit ke Tun Teja?

± said...

cis!menaga pun bleh muntah? lu ada masalah usus kot

Anonymous said...

sistem pencernaan ko da x betol ni cilake...

ijan de bunks said...

sblm pegi kelas sile amalkan berat 2 minit supaya x muntah2 sprti gadis tiada dara mengandung...nsihat ikhlas gua

ijan de bunks said...

*berak

Anonymous said...

gua berak kt komen lu...creeetttt!!!haha

Pert Doherty said...

To Darkhalf, gua ada dengar macam tu dari mak gua.. mungkin ada benarnya

Pert Doherty said...

To Anonymous, entah la mungkin cecair pencernaan gua dah semakin berkurangan.

Pert Doherty said...

To ijan, gua rasa lu ni pengikut ayah pin

Pert Doherty said...

To Anonymous 2, berak la kalau mampu

ijan de bunks said...

ayah pin ape brg??
x best haha

Pert Doherty said...

to ijan, cibailek.. apa yg best?

Anonymous said...

gua pon pandai bawak motor.. manusia apatah lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...