Sep 27, 2010

Al Pacino adalah pensyarah di UTHM?


"Let the mathematician do it, you're not a mathematician. All you need is just the table"

-Lecturer Statistik Gua-

Gua kagum dengan lecturer gua yang sekali sekala gua lihat macam Al Pacino. Beliau mengajar Statistik. Beliau mengutarakan ayat di atas ketika mengajar tajuk 't distribution' dan 'F distribution'. Gua suka kata-kata beliau yang gua nampak erti 'ambil mudah'. Gua suka 'ambil mudah' dalam sesetengah perkara supaya tidak serabut. hahaha.

AL PACINO.. Gua kadang-kadang jadi lecturer jugak

p/s: gua masih dalam mood kagum hingga hari ini.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 26, 2010

Agger: Gua lupa dah masuk 2nd half la Wak Roy, sori...

PENGURUS BOLA PANTAI dan WAK ROY.. Kat mana nak cari tempat murah hitamkan rambut?


Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA

LIVERPOOL yang berbakat memimpin awal tapi masih harus bergantung pada skipper Steven Gerrard untuk menyimpan blushes mereka demi satu petang mengecewakan di Anfield.

Hari ni aku saja lalu jalan lama, iaitu melalui Harrington St. untuk ke Anfield. Saja lalu situ sambil beraya rumah Mak Cik Susan, Mak Cik Scarlett, serta beberapa mak cik serta pakcik yang baik-baik dengan aku sewaktu tinggal di sana. Lagipun Pak Cik Robert ada buat kerja kahwin, memang la aku kena pergi.

Aku saja gerak pagi, malas nak tengok orang putih bersanding.

*      *      *

Dalam pukul 2.55 petang waktu Anfield, aku pun sampai Anfield. Dengan melalui jalan yang penuh kabus, aku pun tak paham kenapa. Sepertia biasa bersama 'Ijat Bonggo 2'. Seperti biasa juga aku dapat seat sebaris Kenny Dalglish. Biasa je aku rasa lepak dengan dia.

Tak lama game bermula, aku rasa lain macam hari ni.

Dalam 3 minit baru start, aku nampak Torres. Skor!!...

Skali offside daaa.

Tengah tergelak-gelak berbual dengan 'Ijat Bonggo 2', aku rasa perubahan dia atas padang. Tiba-tiba, team yang pakai baju merah seluar merah menjadi baju merah seluar putih. 

"Bila masa diorang tukar baju?", aku bermonolog.

"King, ape kes ni? apesal Arsenal pulak main kat sini?", aku mengajukan soalan kepada Kenny Dalglish.

"Gua rasa ni ada kena mengena dengan konspirasi Yahudi menawan dunia", Kenny Dalglish menjawab sambil mengerlingkan matanya ke arah dada seorang penonton wanita di hadapannya.
"Siot", tak habis-habis yahudi, bentak aku.

Tak semena-mena lepas aku bentak, datang seorang Kopties berbangsa cina. Duduk sebelah aku. Dia pakai jersi baru yang original rasanya.

Tanpa banyak cakap, beliau terus menyalakan sebantang rokok Winston Light.

"Sini memang tak tunjuk game Liverpool ke?", tiba-tiba beliau bertanya kepada aku yang sedang kusut dengan masalah siaran di Anfield ini.

"Gua rasa ni ada kena mengena dengan konspirasi Yahudi menawan dunia", aku terus mengulangi alasan yang diberikan Kenny Dalglish.

"Oh, ok", kami terus melayan tontonan terhadap pemain-pemain Arsenal yang buat kami resah.

"Jom ar cari tempat lain, kat Anfield pun bukan boleh tengok game Liverpool, ape cerita?!", lagi sekali tiba-tiba. 'Ijat Bonggo 2' mengajak aku.

"Jom cari tempat lain", aku bercakap dengan cina tersebut sambil buat isyarat tangan.

"Kat mana mau tengok?", cina itu tanya pada aku.

"Ntah la, sana kot, tak pon sana", aku memberitahu sambil menghayun-hayun tangan menunjuk arah.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 24, 2010

Puisi: Sephia

Jika kau mau,
bisa aja,
Aku bawakan kembali kisah lama,

Di sini sungguh pikuk,
Aku mahu kembali sephia,
Biar yang itu-itu berkumandang semula.

Sambil aku kembali bersandar statik di bawah ru itu.



Pert Doherty
11.47 pagi
25 September 2010
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 22, 2010

Lucas Leiva: Semua sebab aku tiada itu hari

LUCAS LEIVA.. Wak Roy tak percaya pada aku lagi ke?
Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA
(Maaf ini cerita lama, gua lambat update, susah nak dapat jumpa sama Lucas ni)

Reina
Johnson - Carragher - Skrtel - Konchesky
Meireles - Poulsen
Maxi - Gerrard - Cole
Torres
"Akibat Wak Roy tak letak gua 1st eleven", kata Lucas ketika ditemuramah.

"Hahaha", gua gelak kecil ketika berbual dengannya.

"Lu hebat sangat ke Cas?", gua tanya sinis sambil tenung siku beliau.

"Paling tidak gua lebih hebat dari Torres ketika ini", Lucas jawab angkuh.

Gua terkedu.

Perbualan terhenti di situ.

*      *      *

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 18, 2010

Provokasi Perlawanan: Manshitter United v Liverpool FC (part 2)

Semalam ada seorang fan Manshitter kata dia nak catwalk bogel kalau team dia kalah. (Sila lihat Provokasi Perlawanan: Manshitter United v Liverpool)

Tapi ada sedikit preview.

Budak-budak Manshitter memang suka buat benda-benda macam ni

_
_
_
_




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Provokasi Perlawanan: Manshitter United v Liverpool FC


Gua sedang khayal korek lubang hidung. Tiba-tiba dikejutkan dengan satu notification di Facebook.

Malas-malas gua klik. Gua tahu kebanyakan notification di Facebook tak mendatangkan faedah. Gua banyak ambil tak endah.

Tapi, kali ni gua lihat agak luar biasa.

provokasi pertama dari fan Manshitter

Ini gua amat ambil endah. Kerana.. gua teringat mak gua..

Gua ada terpikir kenapa budak-budak Manshitter gemar buat hal-hal berkenaan BOGEL..

gua kaji hal-hal sejarah Manshitter.

gua ada jumpa.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 16, 2010

Edisi Syawal Gua: JOHOR dilanggar Naga

Kawasan berwarna merah adalah kawasan yang
dilitputi sekumpulan naga tersebut
5 & 6 Syawal baru baru ni, daerah JOHOR BAHRU, PONTIAN, dan BATU PAHAT - Satu kumpulan naga berjaya dirakaman menghurung kawasan pesisiran pantai dari Tambak Johor hingga ke Senggarang. Kumpulan naga itu telah menutupi sebahagian besar kawasan Negeri Johor. 

Jenis naga yang melanggar itu tak dapat dipastikan. Kerana ada yang berupa seperti haiwan lain. Ada juga yang berupa manusia. Tapi yang penting Johor berjaya ditawan sekumpulan naga. Akhirnya - BERTAPA.



___________________________________________________________

Sume mesti tak paham gua menulis tentang apa kan?
Antara ahli kontinjen GEGOR RAYA: ODC DI SINI dari daerah Pontian
(dari kiri: Encik Mesut KÖrd, Cikgu 'Tak Bertatabahasa' Pow, dan Raul Albiol)

Pemandangan highway ke mana hala ntah, gua folow je.
Yang penting hala nak pegi raya
Pun mana hala.
Pun lagi sekali mana hala
lagi sekali. Tapi rasa-rasa ni masa nak ke rumah Haziq. ahhh bedal je lah..
ZAKI




Salah satu naga yang berjaya ditemui di pesisir pantai JOHOR

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 13, 2010

Reina: Gua sorang je ke pemain Liverpool?


PEPE REINA... Saya gemar kuih bahulu, raya kali ini saya masih tak dapat makan langsung
.

LIVERPOOL mempunyai alasan untuk berterima kasih kepada kiper Pepe Reina untuk keluar dari St Andrew dengan titik. (ayat Google translate)

Petang tu dalam pukul 4 (waktu Malaysia), aku tiba dia rumah kekasih di Sungai Pulai, berdekatan dengan Victoria Park. Ada kenduri kahwin sebenarnya, katanya akaknya kahwin. Berbekalkan Ahpeng dan Stajak, aku ke sana bergerak dari bandar retropolis Liverpool menunggang motor. Dalam beberapa minit sahaja. Tak jauh mana.

Liverpool ke Sungai Pulai: lebih kurang 31.3km rasanya. Gua agak-agak sahaja.

Sampai je sana, salam-salam dulu mak dan bapak kekasih. Aku serta Ahpeng dan Stajak cari pinggan, isi nasik. Layan nasi baryani kambing sepam sambil ditemani Erry Warhol dan juga kekasih aku, Nancy Doherty. (Nasik tu sedap, tapi aku tak dapat mkan banyak sebab aku selalu macam tu setiap kali datang umah kekasih, hilang mood untuk makan. Celaka betol hilang mood... sumpah sedap. Kalau boleh aku nak minta resepi)

*      *      *

Kami semua gerak ke St. Andrews di Birmingham dalam pukul 10 waktu Malaysia. Kami naik motor saja. Sedap juga jalan jauh naik motor ni.

Tak jauh mana pun
Kitorang sampai tepat game mula. Hooligan-hooligan dari Merseyside aku nampak agak kurang. Mungkin masih berhari raya.

*      *      *


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 8, 2010

Kad Ucapan Hari Raya dari Barbari Kruger

Itu hari, masa aku gerak balik dari Merseyside. Kan ada peristiwa gila sepanjang perjalanan balik aku tu. (Boleh rujuk Apekah neraka ini? Apesal jarak Anfield ke Pekan Nanas jadi 140.1 km hari ni?).

Ada juga perkara yang aku tak sempat cerita.

Aku ada bertemu dengan Barbari Kruger dalam perjalanan kembali ke Pekan Nanas. Katanya dia  adalah adik-beradik dengan Barbara Kruger. Kami tak berbual panjang, memandangkan aku masih dalam pencarian talifon bimbit. Sebelum menghabiskan bicara, dia sempat menyerahkan satu kad raya buatannya. Persis seni tangan dari Barbara Kruger.

Barbari Kruger..... Selamat merokok di pagi raya


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 7, 2010

Apekah neraka ini? Apesal jarak Anfield ke Pekan Nanas jadi 140.2 km hari ni?


(PERHATIAN: Cerita kali ini cerita benar)

Hari ni gua balik kampung. Lama juga gua menetap kat Anfield. Raya kali ni gua balik naik motor je. Apedehal. Anfield bukan jauh mana pun.

Anfield ke Pekan Nanas lebih kurang 84.5 km


Hari ni hujan renyai sepanjang hari. Sejak dari subuh tadi. Gua tak amik pusing. Cuma gua harap-harap malaikat turun dengan banyaknya ke bumi.

Selepas hantar Lok balik ke rumah sewa dia dalam pukul 3 lebih, gua lepak baring sepam dua. Pastu lincah gerak ke kampung halaman gua. Gua lari dalam 60-80 cam tu je. Pasal hari hujan. Bawak laju pun takde guna. Pasal rumah gua tak pernah lagi buat pasal jalan pergi ke mana-mana.

Dah lepas Benut, gua cuba agak masa terkini ketika atas motor. Tak dapat dipastikan bila tengok langit gelap je. Gua capai talifon bimbit, lihat masa. Dalam pukul 5.

"Orait gak ni, sampai rumah boleh buka bersama keluarga", kata gua dalam hati sambil bayangkan keadaan itu.

Gua simpan balik talifon bimbit dalam saku baju sejuk Bionicle warna hijau yang gua pakai.

Gua terus jalan macam biasa.

*      *      *

Sampai Pontian, gua nampak masjid. Kira-kira macam dah lama masuk asar ni. Gua serbu masuk masjid. 

Dalam masa gua buka kasut, gua seluk saku baju sejuk Bionicle warna hijau yang gua pakai. Gua cari talifon bimbit.

Tiada.

"Apekah neraka ini?", gua bisik dalam hati.

Gua raba saku seluar.

Juga tiada.

"Wat der fuk!", gua jerit lagi dalam hati.

"Mesti jatuh lepas keluar dari daerah Mersyside ni", gua cuba menaakul.

Hati gua runsing.

Orang-orang kuat agama cakap, "Kalau runsing pergi ambil wudu'". Gua cuba.

Masih runsing.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 5, 2010

Antara gua, mak gua dan juga Mutiara

Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin menjelang tiba. Tahun itu tahun lompat. Gua tak amik pusing. Belajar gua pun gua mula tak amik pusing.

Hari-hari habis sekolah tengah hari, gua makan-makan dan siap ke sekolah agama. Gua pakai samping warna hitam. Gua ni tak berapa nak penting dalam organisasi. Gua suka ke sekolah, sebab gua nak main KungFu Fighter kawan-kawan punya. Gua tiada barang elekronik demikian. Kalau gua cuba menyatakan hasrat pada bapak gua, nescaya gua tak boleh pergi main belon acah, polis sentri, rounders, gasing, basikal, serta main-main.

Banyak juga permainan elektronik yang gua dekati ketika umur gua masih tiada 'bulu'. Tapi walau apa pun jenis permainan itu, yang penting itu semua bukan gua punya.

Tapi permainan elektronik tak berjaya buat gua ketagih. Paling gua ketagih ialah sikap membaca. Gua dari kecil-kecil rajin juga membaca. Sampaikan buku modul pengajaran cikgu sekolah tadika gua pun gua baca. Nak tunjuk gua punya handal membaca, sampaikan Ensiklopedia Tree Of Knowledge pun gua sebat baca. Bukan setakat ensiklopedia, malah plat-plat kereta yang lalu lalang juga gua tapau.

Berbalik pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang semakin hampir. Makin dekat nak Ujian, makin gua gila membaca. Semua benda gua nak baca. Kalau Kamus Dewan tu tak usah cakap la. Kotak-kotak rokok semua gua baca. Naik hapal diorang punya tagline. Paling gua hapal, Harum Gurih Nikmat.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 3, 2010

MS Paint: Kad Raya dari Otak dan Jantung

Dam Dam Dum..
Kepada semua kawan-kawan, maaf zahir batin. Saya sayang kamu semua.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 2, 2010

Kasim Bawal: Aku nak.... (Muted version)

Malam tu memang hening seperti biasa. (Dah masuk pagi pun pukul 2.45 rasanya)

Tenang untuk aku bercengkerama bersama Ijat Bonggo 2.

"Jat, ko dah...", aku tak sempat menghabiskan ayat.

"Ko katak puru", Ijat Bonggo 2 serta merta mengeluatkan ayat penyata.

"Haha, aku memang katak puru", aku terus sahaja mengaku. Kalau dilayan nanti sampai azan Subuh tak habis perang. Haha.

"Peh, main safe le syel", kata Ijat Bonggo 2 sambil menyuapkan nasi goreng kampung dengan perlahan-lahan ke mulut. Ijat Bonggo 2 kalau makan memang slow. Sebab kalau dia laju, makanan akan sememeh kat pipi dia.

"Aku katak puru", aku masih mengulang ayat penyata itu.

"Haha", tergelak kecil Ijat Bonggo 2.

Perbualan kami berterusan sehingga cerita-cerita zaman dahulu kala semua keluar. Ijat Bonggo 2 kalau dengan aku memang tak pernah berahsia. Alangkan dengan orang lain dia tak berahsia, apa lagi dengan Scousers.

*      *      *

Nasi sudah habis, aku mula menyalakan baki Surya 12 terakhir aku.

"Jat, tadi aku jumpa Tiz Zaqyah lagi", aku mulakan bicara dengan topik yang agak hangat bagi kita-kita. PEREMPUAN. Bak kata Mohd Jayzuan, "Perempuan macam ahli sihir".

"Pehhhhhh...", panjang 'peh' yang dikeluarkan dek Ijat Bonggo 2. Tak macam selalu. Beria benar dia kalau aku buka cerita Tiz Zaqyah atau Ayu Raudah mahupun Lisa Surihani. Apa ntah yang di'high'kan dengan perempuan-perempuan itu semua.

"Aku tak boleh tahan betol kalau ko cerita pasal Tiz Zaqyah", dia menyambung lagi.

"Tu la ko, lambat. Cuba ko skali lepak dengan aku kat burger tu. Bukan setakat Tiz, Mascherano pun ko boleh jumpa", kata aku dengan gaya kerek sambil meghembus asap Surya 12 ke muka Ijat Bonggo 2.

Ijat Bonggo 2 menjelirkan lidah tanda tidak puashati terhadap pernyataan aku tadi.

Aku buat tak layan.

Dalam sedang aku dan Ijat Bonggo 2 bergurau senda, aku nampak EX5 plat ACY. "Badat", terdetik nama Badat di hati aku walau aku belum nampak siapa yang tunggang.

Tak lama, Badat tiba di hadapan kami. Terus duduk dan buat gaya timer. Aku masih buat biasa.

Dia oder makan. Kami bual-bual.

Tiba-tiba,..............


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 1, 2010

100penulis: Gabungan 100 penulis blog

Gua tak mau cakap banyak la pasal ni.

Lu orang boleh pegi sana sendiri.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...