Nov 26, 2018

Hak dan hormat

Akur dan tunduk pada semua arahan adalah baik pada suatu pihak yang memberi arahan. Namun, bagi pihak yang menerima arahan boleh jadi tidak semua baik. Ada yang sesuai dengan pihaknya dan ada yang tidak.

Hal ini berkait rapat dengan hak. Setiap individu mempunyai hak masing-masing. Sama ada hak itu semua ditunaikan atau diabaikan. Sebagai contoh, golongan yang memberi arahan itu berhak memberi arahan di kawasan itu, manakala yang menerima arahan pula tiada hak untuk melawan di kawasan itu. Dari segi undang undang, kedua-dua pihak mendapat bahagian, namun dari segi etika dan kemanusiaan, penerima arahan adalah golongan tertindas kerana dia tidak diberi pilihan. Sedangkan Tuhan memberi pilihan kepada makhluknya. Ini kau pula seorang manusia mahu menghilangkan hak individu seseorang.

Terdapat situasi berlainan, yang memberi arahan terus menerus memberi arahan walaupun bukan dalam lingkungan haknya. Dia sudah berada di luar kawasan kuasanya, tapi masih memberi arahan. Dan penerima arahan pula tidak berasa tertekan, hanya layankan walaupun kurang gemar kerana pada pendapatnya hal ini tidak mendatangkan penyakit kulit pun. Namun hari berganti hari, tiba-tiba datang sebuah arahan yang seakan-akan mahu menjajah norma norma dan kedaulatan kawasan itu. Mentang mentang si penerima arahan selama ini ikut saja. Banyak pulak permintaan yang semakin merepek. Si pemberi arahan makin hari makin kurang menghormati dasar yang telah wujud lama di kawasan si penerima. Akhirnya, si penerima menyuarakan pendapat mengenai hal ini dan untuk mengukuhkan pendapatnya, dia perlu mengungkit hal terdahulu agar si pemberi faham yang si penerima sudah ditekan terlalu lama dan telah redha pada awalnya. Namun, setelah tekanan terbaru ini akhirnya membuat redhanya itu menyusut.

“Saya tidak menyangka selama ini, kamu cuma pura pura bersetuju”

“Adakah saya punya pilihan? Saya sudah menyuarakan pandangan suatu ketika dahulu tentang pilihan kedua dalam menyelesaikan masalah itu. Namun pihak tuan beriya iya mahukan idea pihak tuan berjaya, jadi saya pun mengalah”

“Sepatutnya kalau tidak suka bagitahu dari awal.”

“Adakah saya ini bisu atau tuan sendiri pekak? Saya ini sudah memberitahu dan sudah ada jalan penyelesaian. Namun atas dasar nafsu dan kehendak tuan. Tuan akhirnya mahu mengawal dunia. Sampaikan di luar kawasan kuasa tuan pun tuan mahu kawal. Sedangkan bila di kawasan kuasa saya, sepatutnya tuan rendah diri dan hormati pilihan pihak saya”

“......”

“Saya ini bukan seorang yang bagus dalam membuat keputusan, namun bila sebut pasal rasional, saya punya pilihan kerap kali rasional berbanding tuan, jadi sekali sekala tuan ambillah yang baik dari saya. Tidakkah dunia ini dicipta untuk ramai kepala? Kalau semua nak ikut kepala tuan nescaya binasa dunia ini. Sedangkan Tuhan bersikap terbuka untuk hambanya melakukan apa pun, pernah perasan ke seorang manusia melakukan kesilapan pda Tuhan terus kepalanya meletup? Jika tidak bermakna tuan perlu betulkan hati. Sebenarnya tuan pun tak tahu tuan nak apa. Tuan hanya ikut ikut orang. Betulkan hati. Tahu tujuan asal tuan nak apa. Dari situ bolehlah dibetulkan banyak benda”

Akhirny dari situ, kita akan nampak yang sebenarnya jiwa kita ini sebenarnya tidak tahupun nak apa sebab kita tersalah isi sebenarnya. Kita masih ikut jalan tuhan tapi kita kerap isi dengan kehendak kita. Kita hanya baca apa yang kita mahu. Kita hanya makan apa yang kita mahu. Kita memilih dengan cara yang salah iaitu ikut nafsu saja. Bila nafsu yang kawal tubuh, nescaya pilihannya akan mudarat untuk jangka masa panjang. Untuk dibetulkan itu sebenarnya amat payah bila sudah jadi penyakit. Nanti timbul ego pula akibat dari pilihan nafsu tadi. Jika ditegur akan ada jawabnya seperti ini, “selama ni boleh je, takda siapa larang pun!!”. 

Tapi dunia ini kalau hendak difikirkan segalanya adalah tidak mungkin untuk kita rasai segalanya. Cukup sekadar tahu. Beramal sepuasnya. Saya bukanlah boleh memandang masa depan, namun saya tahu saya bukan dilahirkan untuk memegang dunia kerana ada suatu ketika nanti cinta dunia ini akan luput dari hati saya. Dunia hanya medium.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Derhaka

Kenapa kadang kadang terasa sangat susah untuk memahamkan orang mengenai pendapat kau dan juga masalah yang kau hadapi. Bila sudah dimaklumkan pun masih tak faham faham. Ataupun kerana cara hidup mereka membantu untuk tidak faham langsung apa struggle dan masalah aku. Ada pendapat mengatakan, hidup ini terlalu singkat untuk kau merungut dengan sikap manusia. Namun, aku ada alasan sendiri kerana orang lain pula tidak guna quote tadi malah merungut dengan sikap aku macamlah aku ini bukan manusia. Banyak perkara sudah aku mengalah pun dalam hidup kerana bila nak kejar dunia tak mungkin kau akan miliki segalanya. Sebab itu kena faham konsep pengorbanan untuk suatu kejayaan lain.

Entahlah. Mungkin hidup aku saja perlu berkorban untuk permintaan dan pendapat orang lain sampai aku meninggalkan dunia. Tak mengapalah. Kalau ikutkan hati banyak sahaja yang mahu aku lakukan dan aku miliki dalam dunia tanpa mempedulikan pandangan orang. Tapi mungkin kerana genetik aku sendiri gemar mengalah agaknya. Walaupun hati membuak buak nak memperjuangkan pendapat kau yang akhirnya kau tak buat pun. Kau hanya berani dalam dimensi mimpi saja akhirnya.

Sebab itu kadang kadang saya lebih gemar tidur untuk menenangkan fikiran. Dengan tidur say berharap masa berlalu dab masalah pun berkurangan. Paling tidak di alam mimpi aku boleh jumpa kejayaan yang aku mahu. Segala pendapat aku diterima. Jadi adakalanya aku ambil jalan tidur itu. Sebab terlalu tertekan dengan dunia sebenar.

Ada satu pendapat diberikan kepada saya, layankan saja bukan lama pun struggle tu. Entah. Jika mereka boleh mengeluarkan pendapat, saya juga boleh mengeluarkan pendapat. Apa kesan baik dan buruk terhadap layankan itu? Cantik di mata orang sakit di hati sendiri? Saya dari kecil sudah mengalah dan berharapan suatu hari ada yang mendengar pendapat saya. Namun, bila saya sudah letak kepercayaan bahawa pedapat saya akan didengari, rupanya jangkaan meleset. Tiada satu pun pendapat saya dipeduli atas kerana nak memuaskan hati semua orang. Saya hany perlu jadi boneka untuk menjalani cerita yang mereka tulis untuk jiwa mereka puas. Dan jika saya mahu memberi pendapat kepada cerita itu, akhirnya saya pula diminta senyap dan ikut saja. Walhal yang perlu jadi bonekanatau pelakon itu saya. Persetujuan harus dibuat. Tapi itu semua tak mungkin jadi kerana kan sudah diberitahu bahawa pendapat saya ini tidak berguna sehingga tiba masanya.

Saya mahu mengadu pda Tuhan agar diberi kefahaman kepda masyarakat tentang cerita jiwa saya. Kenapa saya sering dituduh memberontak? Kenapa air muka saya tidak mudah menyorokkan perasaan saya? Kenapa saya kerap membantah? Kenapa segalanya terjadi begini? Jika boleh, aku mahu minta dari Tuhan agar hati hati yang tidak mahu fahami pendapat saya itu dibukakan jiwa dan mindanya agar dapat menyelami masalah dan keperluan bantahan saya. Ya Tuhan, tunjukkanlah pada mereka kebenaran kata kata saya ini. Kenapa saya sering berbeza pendapat dengan masyarakat. Bukakanlah pintu hati mereka agar tahu kenapa saya begini. Berbeza pendapat bukanlah durhaka, berbeza pendapat hanya kerana hidup saya berlainan dengan orang. Jadi pemikiran saya itu bukanlah seratus peratus salah. Kajilah semula agar kamu faham kenapa. Jangan terus tuduh saya seorang penderhaka.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 25, 2018

Kepercayaan

Semua orang punya pegangan atau kepercayaan masing-masing terhadap sesuatu perkara. Hampir segalanya dalam dunia ini memerlukan kepercayaan untuk kelangsungan sistem dan kefahaman.

Pembukaan suatu karangan dengan kepercayaan misalnya. Percaya yang karangan ini boleh dibuat dengan cara begini. Jika tidak percaya, jadi penulisan itu pun tidak dapat dihasilkan mengikut hukum yang dipercaya itu. Hal mengenai percaya ini tidak semestinya betul atau normal di mata masyarakat. Namun jika tersalah laluan, kepercayaan yang dipegang itu mungkin akan dituduh sesat oleh masyarakat sekiranya tidak sehaluan dengan semua orang. Tapi boleh jadi akan jadi ikutan. Itu semua bergantung kepada Yang Maha Mengetahui. Jika fahaman itu Dia sudah luluskan dalam ‘novel dunia’, jadi tidak mustahil. Hal mengenai percaya bahawa tida satu perkara pun yang mustahil terjadi pun melibatkan kepercayaan, betapa besarnya percaya dalam jiwa itu sendiri untuk meyakini kekuasanNya.

Dari hal sebegini pula membawa kepada kepercayaan yang direka khas oleh sesuatu bangsa untuk didoktrinkan kepada penyambung riwayat bangsa itu sendiri. Kadangkala, keperluan itu wujud pada awalnya untuk mencipta satu sistem kepercayaan itu disebabkan ruang lingkup masyarakat itu sendiri. Atau akhirnya bila dicuba untuk buat semula oleh keturunannya menjadi suatu perkara yang tidak munasabah pada zamannya. Banyak juga ritual ritual masyarakat yang akhirnya jadi ikut ikutan saja tanpa tahu keperluan dan kesannya. 

Habis bercakap mengenai bangsa atau kumpulan masyarakat yang besar, kita akan ke ruang yang lebih kecil. Kepercayaan yang dicipta dalam skop keluarga. Setiap keluarga pun ada nilai sistem masing masing. Sistem itu biasanya dicipta oleh yang lebih tua secara tidak langsung bukan dengan niat mencipta sistem. Secara tidak sengaja kebiasaan itu telah ditanam ke dalam jiwa yang ada dalam keluarga tersebut. Sebagai contoh, seorang bapa bisa akan meletakkan kunci kereta di dalam mangkuk yang diletak di atas tv atas sebab tv itulah laluannya ke arah ruang makan dan juga bilik mandi. Perbuatan asalnya adalah hanya kerana keselesaan dan tiada kaitan dengan kepercayaan. Namun generasi berganti, maka timbullah suatu mazhab “Jangan galihkan kunci dekat mangkuk atas tv tu, nanti atuk marah” didoktrinkan kepada generasi cucunya. Kemudian setelah dia meninggal, timbul pula mazhab, “Nanti kunci letak dalam mangkuk atas tv”. Terus menjadi suatu sistem tanpa bantahan kerana jalurannya masih rapat dengan bapa yang meninggal itu. Sampai suatu ketika, berlakulah pertembungan antara masyarakat yang lebih besar, keturunannya membawa mazhab itu kepada orang selain keluarga. Akhirnya dipertikai, “kenapa pula aku kena letak kunci dalam mangkuk atas tv?”. Pertikaian ini muncul akibat, nilai yang berbeza diterap oleh setiap keluarga. Ada keluarga mengatakan meletak kunci dalam mangkuk atas tv itu suatu yang menggembirakan. Ada keluarga tidak rasa demikian mungkin kerana pernah trauma akibat mangkuk jatuh ke mukanya atau apa saja. Jadi tidak berkesan jika mahu memaksa orang ikut kepercayaan kita jika kepercayaab itu hanya dibuat oleh minoriti.

Contoh lain, ini berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin orang yang membaca cerita ini akan kata perjalanan hidup saya adalah loser. Namun, anggap sahaja ini suatu perkongsian.

Keluarga saya tidak bermain mercun ketika perayaan. Dan acara bermain mercun adalah forbidden dalam ruang keluraga saya dan rumah saya. Jadi atas sebab kebisaan dan kepercayaan ini, saya secara tidak langsung menjadi seorang yang kurang gemar dengan mercun dan rasa sangat sakit telinga jika orang bermain mercun. Waktu muda dulu, siap menyumpah lagi. Tapi apakan daya, berdasarkan kisah awal tadi, secara automatik saya boleh dilabel minoriti. Jadi suara saya tidak perlu didengari masyrakat. Mungkin bagi ramai pihak saya seorang golongan yang rugi hidup di dunia tidak suka pada mercun, tapi kesan baik pada saya pula saya fikir adalah setiap kali perayaan tak perlu saya fikir nak berhabis duit hanya untuk beli mercun yang akhirnya membawa kegembiraan palsu yang dibuat buat. Dan simpanan itu adalah baik kalau saya buat beli buku. Lagi sedap. Saya bukanlah seorang ulat buku. Tapi saya lebih suka membaca berbanding melihat mercun dan bunga api. Sangat berbeza mungkin dengan semua orang.

Kadang orang pernah juga menyuarakan pendapat mengenai kelainan fahaman dan kepercayaan saya atas sesuatu hal. Mereka berkata saya punya pemikiran tidak normal. Namun di pihak saya pula saya rasa saya normal. Entahlah sebab itu hal ini dibincang dalam konteks kepercayaab. Jika kau pergi bersembang dengan orang kristian tanya mengenai Nabi isa, mereka akan becakap perihal lain mengenai Nabi isa. Sama juga dengan fahamn saya tentang mercun. Tidak semestinya sekumpulan majoriti boleh mengubah pendapat minoriti dengan senang. 

Berbalik kepada kepercayaan itu, jika kau pula seorang yang mengaku dirinya islam dibawakan berita bahawa lahirnya nabi pada tahun 2018. Kau juga akan mengamuk sebab fahaman dan kepercayaan kau adalah tiada nabi selepas Nabi Muhammad. Namun dibahagian kpercayaan mereka rupanya ada. Nak dibetulkan itu pula masalah. Paling tidakpun kau cuma boleh perangi dan kata mereka sesat.

Entahlah. Pada asalnya aku nak menulis pasal benda lain. 

Maaf.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...