Showing posts with label PREKTIKEL. Show all posts
Showing posts with label PREKTIKEL. Show all posts

Sep 8, 2012

Duha

Hari ini hari pertama Farid bang di masjid. Farid punya seronok bukan kepalang. Yalah, manakan tidaknya tidak seronok pula, suara boleh didengari seluruh kampung. Boleh jadi pula akan dipanggil untuk mewakili kampung untuk peraduan bang peringkat negeri.

Farid pun ke bilik muazin bersebelah mimbar. Mimbar kayu jati, zaman Farid kecil lagi mimbar ni dah dipakai. Dari bilal zaman bilal yang dah mati tu pun pakai mimbar ni. Power tak power lah mimbar ni. Salah salah hemat orang boleh jadi menurun dekat mimbar ni.

Farid dalam bilik muazin terus seting-seting jack mikrofon ke amp.

DUB! DUB! DUB! Farid menepuk nepuk kepala mikrofon.

Farid kemudiannya berselawat dan bertasbih. Tapi stail bisik yang orang boleh dengar. Lebih-lebih lagi berbisik di mikrofon. Seluruh kampung dengar.

"Eh farid!", suara tiba-tiba muncul dari arah kanan Farid, di muka pintu bilik muazin.

Farid toleh.

"Oh, Imam Husin", Farid menyapa serta merta menyalam.

Imam Husin menyambut salam.

"Imam dah apahal tak pakai jubah dengan serban?", Farid tengok Imam Husin atas bawah.

Imam ikut tengok dirinya atas bawah.

"Kau ni nak bang sembahyang apa?", Imam Husin tanya kepada Farid.

"Duha", Farid jawab pendek.


BOKKKKK!!


Farid terduduk. Kepala terus terlentok di meja dalam bilik muazin itu. Farid memegang perutnya. Kemudian mendongak melihat Imam Husin.

Imam Husin berdiri siap tangan berpenumbuk masih terhunus dan berasap.

"Peh power jugak jurus orang tua ni", getus gua. Gua yang sedari awal ada atas loteng masjid sebenarnya.



p/s: Hari semalam sungguh seronok..
cc: Suhail Hadri, Ahmad Firdaus dan Siti Alina.










Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 6, 2012

Saya seorang ustaz

Saya seorang ustaz. Saya tampan. Saya menjaga tutur kata saya ketika bertemu dengan segala makhluk. Saya menjaga amalan saya. Saya baik. Saya juga harum semerbak.

Saya pun pergi berkelana.

Dalam sedang berkelana, saya terjumpa sebuah gua.

Gua itu gua ais. Hairan juga saya. Saya berkelana di kawasan Brickfields tadi. Tiba-tiba sahaja ada gua ais. Jadi saya pun masuk.

Wap keluar dari mulut. Saya terketawa sendiri.

"Macam filem mat salleh pula cakap siap keluar asap", getus hati saya.

Saya senyum sambil meneruskan perjalanan jauh lebih dalam. Gua itu sangat sejuk. Saya yang hanya memakai jubah dan serban rasa sejuk pula.

Dihadapan saya ada jalan gua yang lebih dalam. Tiba-tiba muncul seekor penguin raja.

Saya kaget.

Saya menelan air liur.

"Slide....", kata penguin raja itu.

Dan penguin raja itu terus menggelongsor melalui jalan gua yang rekabentuknya seperti gelongsor.

Penguin raja itu hilang dari pandangan.

Saya pula tiba-tiba berada di Mesir. Berpeluh peluh saya.


p/s: dah nak abis woi. besok abis woi. ahaks.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 30, 2012

Kehidupan

Gua perati benda ni dari tadi asik '7 Minutes and 40 Seconds remaining'.

Si Patimah tanya gua kuote gua pasal kehidupan

Gua jawab,


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 31, 2012

Desaru (cerita tak best)

Tenutetenutetenenewnew (Nokia punya ringtone)

'Basri 2' nama naik.

Gua angkat.

"Ha. apa benda?", terus gua sergah.

"Woi ni asri la woi, asri"

"Aku tahu la. ingat aku tak sep nombol kau?"

"Hihihihi", Asri mengelekek. Kalau gua dah tampar baru tak nak mengelekek kau bulan-bulan puasa macam ni.

"Ha, ada apa benda?"

"Woi jalan nak ke desaru lalu mana? Dia kena lalu kota tinggi kan?", Basri tanya gua.

"Ha, lalu kota, tak pun kau ambil jalan baru yang ada jambatan, turun senai ke pasir gudang.. aku tak ingat. senai rasanya"

"Yeke? aku rasa macam bukan"

" Ntah aku bukan ingat sangat, nanti kau tanya la sapa-sapa yang kau jumpa macam mana nak ke desaru lalu jalan baru, dah woi dah dah"

"Kau bizi ke apa?"

"Ha lah, aku pasang kereta, kang kalau gua tak pasang takda production kang kilang ni.. kah kah kah kah, penting beb gua"

"Yela, yela"

p/s: ok cerita tak best. pergi mampus. cuma gua rasa nak menulis. jadi gua tulis la.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 27, 2012

Tanah

"Long, takde tanah-tanah kosong ke? Tolong la ejas-ejas sikit", kata Daim sambil tersengih-sengih.

"Feewwwiitt!", Long men'suwit' ke kiri.

"Feewwwiitt!", Long men'suwit' ke kanan pula.

"Dah buat mende tu?", Daim mengangkat kening hairan perlakuan Long.

"Dah kau suruh ejas, aku ejas la tu"

"celake"




p/s: Tiba-tiba gua jadi ahli pengakap semalam. Hihihihi
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 18, 2012

Control Panel

"Ceh senang je."


lepas sejam.


"Apasal susah sangat sistem bende ni"

"Hahaha, tadi dia yang kata senang"

"Bukannnnn... cuba la label betul-betul dekat control panel tu, ini tidak nama panel tu apa pun tak tahu, lain dengan cheklist"


p/s: damn gua tak bawak laptop
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 16, 2012

Air Cond

Jumaat belajar pasal aircond. Cik Din yang bagi talk.





"Pepatah cina ada mengatakan, Setajam-tajam mata pedang, tajam lagi mata pena", Cik Din cakap.






p/s: kbai
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...