Sejak gua jaga sekolah ni, gua macam ada terkenang sedikit sebanyak kisah-kisah silam gua.
Sepanjang gua darjah satu sampai la ke darjah enam, gua ingat-ingat gua tak pernah ada baju persatuan beruniform. Gua macam tak tahu ada scene baju uniform. Yang gua tahu pakai baju sekolah putih seluar warna biru. Songkok gua tak lupa. Gua jenis mesti pakai songkok ke mana-mana, hatta ke gelanggang sepak takraw di kawasan kejiranan gua.
Gua ingat-ingat macam gua ada join Pesatuan Bulan Sabit Merah. Tapi itu pun atas dasar suka-suka gua, pasal gua dengar-dengar budak-budak Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah gua tiada aktiviti kawat. Gua tak pernah apply pun gua punya persatuan. Gua kadang-kadang musykil juga, apa hala tuju hidup gua ni. Macam tiada etika (pasal etika ni gua start join kira-kira umur dah masuk 15 rasanya). Lu bayangkan, kalau gua ke bilik Pengakap pun orang kata gua pengakap (kalau budak sekolah gua dulu tak sebut pengakap, dia orang sebut "Pengangkap". Mana datang 'ng' tu gua tak tahu, budak-budak sekolah gua memang advance bab-bab bahasa, lu orang jangan ketawa.). Kalau gua ke bilik Puteri Islam pun gua ingat orang kata gua persatuan Puteri Islam.
Benda ni berlarutan sampai gua habis sekolah darjah enam. Sampai buku rekod dipulangkan. Dan gua rasa dalam buku rekod dan surat berhenti sekolah tu dia tulis gua bukan Persatuan Bulan Sabit Merah.
Sejak dari itu, gua mula ada prasangka pada guru-guru di seluruh Malaysia. Dia orang ni buat kerja ke tidak?
18 comments:
kah kah kah.. lu mcm invisible si sekulah :P
hurm..sekolah mane ni?
tirah.. lu dulu persatuan apa? hahaha
al-hakim.. SKPBLH (sekolah gua dari darjah 1 hingga darjah enam)
perghhh kita punya persatuan ni..
dulu bangga woo masuk persatuani lagi2 kena jaga padang bila ade sukan..miahahahahahah
aku lagi suka 'bulan sabit yang jatuh di pelantaran'
aku suka bulan jatuh ke riba..... he he..... -pengerusi PBSM SRSS2 kuala terengganu. =)
pelancau kerja? gaji dapat jugak.
hahhaa..gua skong lu manchiss..
kami bg ruang pd budak2 bentuk identiti masing2..hahaha..
PBSM : persatuan berehat sepanjang masa...
puan tia.. semangat naa??
syafiq.. xyah bolak balik sangat ayat lu tu.. hahahaha
cikpia, apa benda jatuh ke riba? tak payah sandiwara sangat
kepala manchis.. marah naaa? kah kah.. xpe.. lu jgn cuci sgt minda budak2.. kah kah
cryclown.. wah lu nak buat pakatan pulak sama manchis..
kah kah.. identiti tu gua suka
gua bulan sabit merah cm lu jgak.. tapi xpenah active.. wa asyik kuar masuk spital ja.. kah kah kah.. tapi cikgu gua buat kerja.. sijil gua ada persatuan bulan sabit merah :P
lu tlg org ka org tlg lu? hahaha
kerja sama berganding bahu..
tolong menolong, bantu membantu.. (ikot nada lagu ok :P)
tirah: kah kah.. mcm setan..
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
hahaha..
Post a Comment