Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Sep 10, 2012

Kuki



Saya berasa sangat lucu bila membaca kuki.





Kukikikiikukukuiikikikiki





p/s: okbai
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 20, 2011

Syatain

Kawan: kau dah makan?
jom makan

Gua: blum mari

Kawan: 930
mana mau?

Gua: xtahu
bgtau tnpt

Kawan: sofia
930

Gua: chare jugek
orait2

Kawan: jumpa di sana jangan lewat kerana lewat itu perangai syaitan

Gua: saya syatain
babi salah eja
nampak naaa manusia


p/s: kalau dah manusia tu manusia jugek..kawan gua ni penah jadi cikgu sementara. Sayur jugek dia kene kencing dek budak sekolah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 31, 2011

Sehari menjadi seorang makwe


bosan betul melayan lelaki-lelaki gatal nak hai hai..

Siap ada orang arab tulis arab.. Haram gua tak paham.


Barangkali mengurat.

p/s: penat rupanya jadi seorang makwe ni.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 16, 2011

Kakak

Semalam kawan gua ada announce hari jadi mak dia di Facebook. Jadi gua macam biasa menyibuk. Gua alihkan topik hari jadi mak dia kepada'Orang Jun' memandangkan maknya lahir pada bulan Jun.

Ok, baik gua lekas sebelum meleret sampai ke hal-hal komunisme serta freemason.

Tak lama lepas dari gua komen-komen melalut dekat announcement tu, tiba-tiba ada notification. Mula-mula gua ambil mudah.

Dia tulis ini macam:

PD ni 2 alam ke? gmbar puan nma laki.......
-Kakak Cun (gelaran gua yang bagi.. kah kah)
Gua steady terus balas. Memang etika gua macam tu. Penerangan mesti diberikan agar orang tahu sebab musabab yang buat orang puas hati. Gua memang macam tu. Lantak ah. Tak suka boleh pergi kandang babi makan tahi.


bukan kak.. gmbr profile ni cume mcm satu ekspresi pada pemikiran saya.. cth: skg sy nga kagum sama zooey deschanel.. jadi gmbr pun letak gmbr dia.. hahaha
-ini gua balas
Ok cerita gua tak mungkin tamat macam setan. Ada lagi sambungan.

pert.. tu mak gua la gila..
-kawan gua balas


Gua terlopong. Sekejap je. Lepas tu gua balas semula.

Yang lu orang semua nak tahu ni apahal? Cukup la sampai situ. Itu je main point dia. Kakak. Gua dah terpanggil mak kawan gua kakak.

*      *      *

Semalam kawan gua tadi tu sempat menyenaraikan perihal 'Orang Jun' untuk gua. (TQ). Dari mana dia dapat gua tak pasti, tapi yang pasti bukan dari amil-amil zakat ataupun orang tabung haji. Tak tahu pun tak mengapa. Ada banyak hal lagi penting dari tahu dari mana dapat benda ni. Jadi gua pamerkan beserta komen gua. Mana yang gua bold merah tandanya gua setuju.

Jun
  • Berfikiran jauh & berwawasan. - ini dah tentu-tentu ada dalam diri gua
  • Mudah ditawan kerana sikap baik. - ini gua ragu
  • Berperangai lemah lembut. - ini pun gua ragu-ragu
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. - ini macam betol, lu orang tak boleh baca tindakan gua.. kah kah kah..
  • Idea yang terlalu banyak di kepala. - ceh, ini dah pasti la
  • Bersikap sensitif. - sensitip jadah, gua batu la woi, batu!!
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). - makin lama makin banyak betol lak.
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera. - ini mungkin, tapi gua jenis boleh handle
  • Bersikap suka menangguh-nangguh. - babi apahal ulang benda sama?!!
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. - certain benda la.
  • Cepat marah & cepat sejuk. - hahahahahaha
  • Suka bercakap & berdebat. - gua lebih suka menyendiri.. ahaks (tak pandai tipu)
  • Suka buat lawak & bergurau. - gua jenis serius sampaikan gua tengok maharaja lawak tak ketawa
  • Otaknya cerdas berangan-angan. - lagho ni.. lagho.. tahyul
  • Mudah berkawan & pandai berkawan. - maaf, saya bukan jenis suka berkawan dengan orang kelas atasan
  • orang yang sangat tertib.  - yang ini sangat betol.. tiada was-was.. 'sangat' tu tak boleh tahan.
  • Pandai mempamerkan sikap. - cepat kantoi.. bangang Pert
  • Mudah kecil hati. - tak juga. zzzzz
  • Mudah kena selsema. - ni apahal bodoh na? tibe-tibe selesema
  • Suka berkemas. - of course.
  • Cepat rasa bosan. - kepala hotak. Gua jenis tak reti bosan lu tahu..
  • Sikap terlalu memilih & cerewet. - pundek apa? ni siapa ni yang buat list ni? bangang.
  • Kurang mempamerkan perasaan. - betol, gua kerap memendam rasa. kah kah
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. - lu nak kata gua kuat dendam apa?
  • Suka pada barang yang berjenama. - jenama apa sangat gua suka. gua pakai gamis je ke mana-mana
  • Mudah menjadi eksekutif. - eksekutif ni apa?
  • Kedegilan yang tidak terkawal. - kah kah kah..
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan. - I like.
Gua ingat orang yang buat list ni macam main reka-reka je.

p/s: lepas ni mungkin gua akan berhati-hati dengan kawan-kawan gua yang lain. Tak terpikir pulak mak kawan gua tu jenis rajin nak godek-godek facebook. Gua jadi segan trus kaver dengan cara berkomentar dengan 'kakak' tu.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 7, 2011

Trend Gerak Tari Masa Kini

 
Video asal dikirim ke Facebook oleh Best of Me 123

 p/s: Lu orang gelak kenapa? Ok apa gerak tari mamat ni. Tapi gua dah pukul dia. Pasal langgar gua ketika nak ambik nasi minyak. Apehal menari macam setan. Bangang
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 2, 2011

Poster

Dulu zaman gua kecik gua pernah join tampal poster ahli politik sekeliling kampung. Masa tu gua tidak fikir pasal wang. Yang penting dapat jalan keluar dari rumah. Kuih ke air teh ke pun gua tolak tepi.

Zaman tu Surya pun gua tak kenal lagi. Jadi petang petang dapat curi kelapa minum airnya pun dah boleh kata puas. Poster gua buat alas. Bila bapak kawan gua tanya dah tampal, kami jawab pantas, "Dah!!!".

p/s: Sekarang scene ni macam dah takde.. Tak tahu kalau adik-adik lu orang masih tiada Facebook..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 9, 2011

Dilarang Komen

pui!

 p/s: bagus juga.. kalau tak gua tak berhenti main.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 22, 2011

Masuk kandang kambing mengembek

"Bekkkkkkk!!!", sayup kedengaran biri-biri. Sekali lalu persisi kapas bergolek.



Kalau gua nak semua biri-biri mengaum apa tak boleh?

Apesal mesti gua kena mengembek?

Gua mesti follow orang?

Abis gua semua salah ke?

Ok.. Gua bukan bawa motor laju, gua bukan penagih kokain, gua bukan peminum arak.

Abis tak boleh ikut gua mengaum ke?

Ok.. lu orang betol.

"Eh, dah pukul tiga petang, gua nak pergi ambil negative slide kat kedai..", gua bermonolog.

Baik gua tangkap gambar kat serata muka bumi daripada gua main facebook. Semalam rekod gua paling handal: Hari tanpa update status facebook.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 8, 2011

Facebook nak gulung tikar 15 Mac?

Mark Zuckerberg.. Kalau gua kata gua nak memeluk Islam, apa lu orang setuju?

"Pert, lu pernah ingat tak kita nak tawan satu pulau, kita buat taman tema untuk kita sendiri?", Mark Zuckerberg tiba-tiba bertanya pada gua.

"Hmm", gua dehem tanda setuju.

"Gua penat la Pert nak layan kerenah dunia ni.. Semua orang nak main Facebook bodoh itu.. Pastu jenis perangai macam cilake, upload sesuka hati", Mark Zuckerberg mengeluh. Gua pula jadi buntu. Kelihatan matanya berkaca-kaca, air semakin bertakung di kelopak mata menunggu untuk terjun gua fikir.

Gua tarik nafas panjang.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 9, 2010

Suka sangat kat Facebook kan? (Edisi Negatif)

Sambungan daripada Suka sangat kat Facebook kan?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 8, 2010

Suka sangat kat Facebook kan?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 29, 2010

Akhirnya 666




666
Nombor makhluk ganas aneh lagi gerun (The Number of Beast) adalah konsep dari Kitab Wahyu (Book of Revelation) dari Perjanjian Baru dari Alkitab Kristian, yang berkaitan dengan ciri-ciri "The Beast". Nombornya adalah 666 dalam kebanyakan manuskrip Perjanjian Baru, dan dalam terjemahan moden dan edisi penuh kritikan dari teks Greek.

Cerita di atas mungkin berkaitan dengan kisah yang aku ingin sampaikan. Ceritanya bermula dari Eddie..

Eddie: Aku jumpa "The Beast" dan aku lagi beast dari "The Beast"


 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 15, 2010

Facebook Comments di Otak dan Jantung (BETA)

Kalau korang perasan kat blog ni dah ada sistem komen baru. Aku rembat dari facebook. Haha.. Tapi semuanya masih dalam percubaan. Saya pun tak berapa mengharapkan sangat penggunaan FACEBOOK comments ni. Tapi sebagai penulis yang mengutamakan pembaca yang kena sawan Facebook, aku terpaksa sediakan. Haha.. Amacam?? baik tak gua.. 

Sekarang dah boleh cuba sistem komen baru ni. Tapi bagi peminat setia sistem komen lama, anda masih berpeluang kerana saya open dua-dua sistem.

Macam ni la rupa comment form yang mungkin akan memudahkan pengkomen yang gila FACEBOOK.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 1, 2010

Nama Saya Alice

Beberapa hari lepas.. Aku main Facebook. Walaupun aku tahu rupa aku cukup kacak. Tapi belum cukup handal untuk menarik perhatian ramai. Haha.

Aku pun try la tukar gambar profile Facebook aku. Serta aku tukar nama kat Facebook jadi Alice.

Menarik tak?

Maka ramai lah orang add aku, ushar-ushar aku serta macam-macam lagi. Haha. Gila betol. Kasi mesej la, chat la komen la. Haha. Sengal. Rakyat Malaysia mudah tertipu. Buek!!

p/s: tapi lagi banyak kena maki dengan kengkawan. hahaha.. time kasih semua.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 15, 2010

If you happy and you know you........

Hari ni aku hepi pasal Facebook Fan untuk Otak dan Jantung dah 100 orang

Terima kasih semua yang menyokong hasil tulisan saya ini.

dan orang yang ke-100 adalah

Wewet Wowot
(ni dia yang ckp.. aku tak perasan pon.. hahaha)

Lagi satu aku hepi pasal....


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 9, 2010

Otak & Jantung @ Facebook

Ini adalah Facebook Fan Box untuk blog Otak & Jantung
tiada Fan langsung. Haha.. Pasal aku baru je bikin semalam

Kepada sesape pengguna Facebook tu, boleh la jadi peminat Otak Dan Jantung.. hahaha promosi blog siot.. Kalau dah tengah bosan-bosan boleh layan baca hasil tulisan aku yang agak menarik poyo ni. hahaha...

Kalau nak add boleh la tengok kat belah kanan blog ni. ada la tu. hehe.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...