Oct 10, 2013

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 14)

Bertebaran bangkai bangkai babi-babi, tidak kira babi empat kaki mahupun dua kaki, semuanya bergelimpangan. Debu masih menyelubungi kawasan depan kilang menghala ke stesen minyak. Banyak kereta dari arah Sri Gading tersangkut tidak bergerak. Yang dari bandar juga sudah awal-awal membuat pusingan U di Batu Pahat Mall. Bau darah menyelubungi kawasan perindustrian itu.

Dari kesamaran debu dan asap, satu lembaga muncul dengan berjalan megah memikul senapang gatling Glagolev-Shipunov-Gryazev lengkap dengan beg peluru. Dia berjalan terus menghala ke Parit Haji Salleh. Setiap derapan tapaknya bagai hentaman piling. Bergegar bumi.

Tiada satu pun manusia yang ada di kawasan tersebut apabila pada awalnya semuanya sudah bertempiaran ke arah bandar. Lengang bagai bandar zombi. Suasana yang suram macam hati Johnny yang remuk sebentar pada awalnya.

*      *      *

"Ohh macam tu ke?", Gary mengangguk angguk mendengar cerita dari Johnny.

KELENCANGGG!! TENGG!! TENGGG!!

"Waoiii!!! apahal woi apahal woai?", Johnny kelam kabut merendahkan pusat gravitinya sambil memegang tempat bersandar pada pew. Tangan kirinya pula lekas memaut lengan Gary.

Kelihatan satu cawan perak dekat altar jatuh dari tempatnya.

BRRRR!!! BRRRR!!! bergoncang juga lantai bumi sedikit demi sedikit.

Mereka berdua kini sedang bercangkung.

"Gempa bumi apa ni?", mereka bertanya sama mereka sendiri.

"Bukan kita terletak di luar lingkaran api pasifik ke?", tanya Johnnya kehairanan.

"Kau tak boleh memandang rendah kebolehan Tuhan, John. Dia boleh buat apa saja yang luar jangkaan engkau", Gary menenangkan persoalan mereka dengan menyerahkan soal hal-hal yang pelik kepada Tuhan.

"Betul juga, abis ni macam mana ni?!!", Johnny bertanya dalam keadaan memekik untuk menimbulkan suasana panik.

"Entah!!! Aku rasa baik kita keluar dari bangunan, kita ke tanah lapang di luar sana!!!!", Gary memberi idea yang cukup berakal pada ketika yang huru-hara, suasana bertambah panik apabila mereka berbual dengan gaya memekik-mekik.

KELENTUNGGG!! TUNGGGG!!!

Satu lagi cawan perak jatuh dari altar.

Mereka bersegera lari ke muka pintu.

Di luar satu tiang talian telefon jenis kayu telah tumbang menghempap satu warung berdekatan. Mujur pemilik warung sudah lama meninggalkan perniagaan makanan dan beralih kepada peniagaan multi-level dalam hal penjualan ubat kurus. Bermakna tiada nyawa yang melayang atas sebab tiang telefon itu.

"Apahal ni doh, apasal macam sangkakala dah ni woi?", tanya Johnny dalam nada kurang memekik, namun masih beramplitud tinggi.

"Kau cuba tenang John, aku lempang kang, aku pun mana la tahu, aku ni paderi, bukan ahli nujum!!", Gary memekik, tapi bila dilihat seperti bangang juga memekik kerana tiada angin yang kuat. Bermakna tiada gangguan untuk gelombang bunyi dari mulutnya sampai ke telinga Johnny.

BRRRRRR!!!! BRRRRRR!!!

Bumi bergegar lagi, mereka berdua pantas meniarap sehingga kedua-duanya senak telur akibat hentaman pada tanah dengan kadar jatuh bebas bantuan graviti. Masing-masing kelihatan memegang kawasan kelengkang masing-masing untuk mengurangkan kadar senak. Terpejam-pejam mata mereka. Kemudiannya ketawa terbahak-bahak. Suasana panik tadi hilang begitu sahaja.

Selang 10 minit kemudian frekuensi gegaran tidak terlalu banyak seperti awal tadi dan semakin lama semakin halus gegaran yang diterima, dan mereka pun berani untuk bangun dan berjalan. Johnny bergerak ke arah basikalnya, "Woi nak ikut aku pergi minum tak?", Johnny mengajak Gary. "Ala, dekat sini pun ada banyak air, nak pergi minum buat apa", Gary menyarankan. "Air bende je la ada dekat sini cilake", Johnny mengerutkan dahi sambil memonyokkan muka. "Air holy, kah kah kah", Gary terus naik membonceng di belakang Johnny sambil masih ketawa.


Mereka terus berbasikal ke Pak O.


bersambung

p/s: mana hujung mana pangkal aku dah tak tahu ni.. gampang gampang..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...