Hari itu sungguh kelam kabut. Maximilian terhilangkan geran motosikalnya. Secara literal, itu adalah motosikal bapanya kerana geran itu tertera nama bapanya. Maxi membongkar segala khazanahnya yang tertumpu dalam erti kata fail. Dari fail akedemik, kerja, kerja seni, penulisan, sehingga fail berkenaan projek meletupkan bangunan kapitalis pun terpaksa dipunggah. Maxi menyemak secara pantas tanpa menggunakan akal. Tiada. Langsung tiada kelibat geran moosikalnya itu. Maxi sedikit hampa melihat dari gaya mulutnya yang sedikit herot dan sedikit dikemam.
Maxi ke ruang tamu dan terus menghala ke tingkap. Tingkap ruang tamu rumah Maxi menghadap matahari terbit namun sesikit ke kanan dari arah matahari. Ketika itu langit sudah tiga suku gelap. Budak budak yang tadi berkinja main bola dia taman permainan pun sudah mula perlahan lahan beredar sambil menjerit jerit. "Kaua senja senja jerit jerit, kalau dah kena sampuk baru kau nak beringat", kata Maxi sendirian dalam hatinya yang paling luar. Sebenarnya, Maxi tak berniat langsung hendak mendoakan yang bukan bukan terhadap budak budak bola itu, namun ini semua kerana geran. Geran motornya ghaib.
Maxi memandang jam.
"Dah nak masuk waktu ni, adalah baik kalau saya membaca doa akhir tahun", Maxi berkata pada iblis berdekatan dengannya. Iblis berasa hairan bagaimana Maxi boleh tahu kehadirannya.
"Hei bilis, kau tak nak join baca doa akhir tahun kah?", kata Maxi kepada iblis yang masih terlopong.
Iblis bertambah hairan. Iblis menjadi sebak tidak tentu fasal.
Iblis mengambil tempat duduk menhadap kiblat bersebelahan Maxi.
Mereka pun membaca dengan tenang dan teratur
P/s: peh ni kalau kena gaya azam ni menjadi ni
No comments:
Post a Comment