Jun 14, 2013

Pengembaraan Ruh

Saya perlu berjalan-jalan. Walau macam mana pun saya perlu berjalan-jalan. Saya perlu berikan saya sedikit masa untuk saya berjalan-jalan. Jadi saya mengambil masa tidur saya untuk saya berjalan-jalan. Buat masa ini. Buat masa ini, saya perlu latih ruh saya berkhidmat secara berkesan. Saya perlu latih ruh saya mengembara ke negara-negara yang siang pada ketika di sini waktu malam. Jadi saya boleh berjumpa dengan macam macam manusia. Saya perlu latih ruh saya berinteraksi dengan jasad lain. Lebih kepada perbualan. Perbualan adalah penting. Jadi saya perlu belajar bahasa asing untuk menjadikan pengembaraan saya itu bermakna dan boleh dibuat kenang-kenangan. Apabila tiba di Amerika Syarikat saya boleh berbual dengan pengedar dadah yang datang dari Sinaloa. Mungkin saya tak bertanya soal dadah atau cara pengedaran, saya mungkin bertanya hal tentang "Bagaimana kamu beriman?" atau "Ada apa dengan cinta?" atau "Bro, nampak motor gua tak?". Soalan terakhir macam babi jugek. Mungkin kalau saya berjaya kawal ruh saya ke tempat yang tidak pernah dijelajahi manusia, contohnya mantel bawah lapisan kerak bumi. Saya berenang-renang dalam lava barangkali. Entah-entah saya dapat berbual dengan hidupan yang wujud di sana. Siapa tahu.

Jadi malam ini paling jauh mungkin saya akan ke bank berdekatan dan berbual dengan pengawal keselamatan. "Pakcik, saya tengok pakcik ni tidur je dari tadi, senapang tu load ke tak sebenarnya?". Mungkin saya akan bertanya demikian. Tidak sudah dengan itu, saya mungkin ke England sekejap. Jangan kata tak logik, bila saya di zon ruh, segalanya mungkin. Masa itu tidak terpengaruh. Kerana masa juga perlu masa untuk bersiar-siar.

Kalau semua mungkin di alam ruh, apa yang tak mungkin? Entah. Bila bercerita soal ruh, ramai ingin melarikan diri tak mahu ambil peduli. Mungkin mereka kata bila ruh bergerak sendiri tanpa jasad, itu tidak realistik. Tapi apa jadi kalau jasad bergerak tanpa jiwa, tanpa ruh. Zombie? Zombie kepada duit-duit kau? Zombie kepada gadjet kau? Zombie kepada lagu-lagu yang kau nyanyikan? Zombie kepada persembahan kau? Mungkin kata-kata gua tidak realistik, 'Mahu kawal ruh sendiri ke tempat yang disukai'. Tapi siapa tahu perkara itu boleh. Yang berkenang-kenangan adalah ruh, yang merasa adalah ruh, yang menikmati adalah ruh. Kau pernah rasa menggigil yang kau tak tahu kenapa ketika tim bola pujaan kau memenangi piala? Zombie kau? Entah aku pun tidak tahu. Kau pernah rasa rindu kepada mak kau, dan rasa sebak? Zombie kau sebak?

Tapi ramai akan menentang sebab saya banyak timbulkan kata 'mungkin'. Ya, soal yang depan memang saya letakkan perkataan mungkin. Itu halnya bertitik tolak dari ketidak tahuan. Proses meneka masa hadapan tidak berlaku dalam keadaan yang telalu mengikut kiraan matematik. Contohnya, saya minta pada seorang pelayan kedai minuman, "Hai encik berbulu dada lebat, saya mahu minum air kopi tarik". Dia jawab, "Ok!". Lat berapa ketika, encik berbulu dada jadi bodoh yang saya tidak tahu datang dari mana bodoh dia tu. Yang tiba di meja saya adalah air laici. Kebarangkalian untuk masa hadapan walaupun masa hadapan itu hanya tiga minit adalah mungkin untuk segalanya. Saya hanya boleh kata selepas saya meminta air kopi awal tadi, "Mungkin saya akan dapat air kopi ni kejap lagi". Hal ini, kerana segalanya yang ada di depan, walhal di belakang adalah qodok dan qadar.

Berbalik kepada kawalan ruh.

Ada yang pernah berbicara dengan saya soal astral. Tapi saya tidak mengkaji dalam-dalam ilmu itu. Kerana zaman sekarang bukanlah zaman mencari ilmu secara real. Cuma untuk bergaya-gaya sahaja dengan sijil. Kalau mahu sijil apalah kiranya kita ke kedai percetakan dan cetak la satu sijil. Dan apalah kiranya jika kita mencari kawan yang menjaga sistem data pembelajaran Malaysia ini supaya memasukkan nama kita menjadi orang yang mempunyai keseluruhan sijil yang kita mahu. Soalnya sekarang aplikasi pembelajaran dan silibus pembelajaran di sini kurang ertinya, ini daripada pengalaman sayalah. Dan sekarang kisah ruh sudah terpesong sampai ke cerita apa bende ni cilake.

Jadi saya mahu keluar berjalan-jalan ini. Saya mahu jumpa kawan-kawan saya. Jikalau saya rasa perlu untuk menyambung kisah pengembaraan ruh ini, saya pun baring.

Saya mahu meraikan hidup ini selagi boleh. Kenapa saya perlu duduk sahaja sedangkan tanah masih luas.





p/s: Saya perlu cari sponsor. Projek ini kalau tidak ada sponsor mati kutu jugak.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...