Jun 4, 2016

Synesthesia

Nice and warm snow
under my bare feet
The moment of lust
just slip through
the pretty moon

we are just some innocent teenager


p/s: sebenarnya gua tak tahu hujung pangkal petikan ayat ayat inggeris kat atas.

gua terjumpa dalam buku lama gua. kah kah kah..
bila perhati balik macam power jugek.


Baru baru ni saya ada membaca pasal Synesthesia. Sindrom orang boleh melihat bunyi dalam bentuk lain, sebagai contoh setiap notation music dia akan nampak dalam warna berlainan. Perkara ini adalah berlainan bagi setiap orang yang ada synthesia. Ada orang nampak not E sebagai merah, ada yang nampak sebagai ungu. Kajian saintifik masih berterusan.

Saya membaca perkara perkara tahyul seperti ini kerana saya ada projek berkaitan perkara seperti ini. Saya sedang cuba memvisualkan muzik. Banyak benda ni dah dibuat sebagai contoh waveform yang berjaya digenerate bagi setiap lagu. Itu adalah salah satu pemvisualan bunyi. Namun saya ada pemikiran lain, macam mana saya nak rekodkan muzik atau bunyi dalam bentuk lukisan. Ramai yang cuba dan hasilnya adalah abstrak. Saya masih cuba lari dari konsep abstrak. Contohnya Melissa McCraken berjaya menvisualkan lagu Life On Mars oleh David Bowie, Karma Police oleh Radiohead dan juga Imagine oleh John Lennon. Banyak lagi dia buat, namun dia adalah orang yang mengalami sindrom synesthesia ini. Kiranya dia superhuman. Jadi penghasilan seni abstrak ini saya anggap tidak sesuai untuk golongan normal. Sebagai contoh orang yang tiada asas dalam seni cuba memerhati lukisan abstrak seperti yang dihasilkan oleh McCraken, pengakhirannya tiada input yang dia dapat melainkan dia cuma mengucapkan, "Wahh menariknya" yang dia sendiri tak tahu hujung pangkal.

Saya juga ada pemikiran bahaya lukisan ini satu komunikasi visual. Jadi hampir setiap penghasilan karya perlu mengambil berat tentang audien. Kalau dahulu bolehlah saya cakap 'art for art's sake' namun sekarang lain, saya kena ambil tahu macam mana orang biasa melihat. Orang ramai tidak peduli tentang garisan, tekstur, perspektif, value, warna dan sebagainya. Orang peduli tentang subjek. Orang peduli pasal apa benda yang ada atas kanvas tu. Apa yang dia kenal. Apa yang boleh dia bandingkan dengan apa yang ada dekat dunia yang membuatkan dia lagi dekat dengan lukisan tu. Dari situ dia boleh rasa dia boleh hayati. Apa yang saya faham la. Pedulik la sama orang orang art lain nak fikir apa. Itu dia punya fahaman sebab pada saya seni yang saya cuba bawa adalah seni rakyat biasa. Mungkin saya bawa seni jenis yang boring.

Saya ada terfikir juga dalam penghasilan karya untuk projek ini, "Macam mana orang pekak menghayati muzik". Pada pemikiran saya ramai sudah orang buat kajian macam ini. Ada satu pendekatan muzik yang saya pernah terlihat di internet, sekumpulan budak budak pekak diajak ke satu orkes. Namun caranya lain bukan seperti kita yang tidak pekak ini yang menghayati muzik secara duduk atau berbaring (kerana boleh mendengar). Mereka diberikan peluang menyentuh peralatan muzik ketika orkes sedang berlangsung. Ada suatu kejadian, mereka dibenarkan duduk di bawah grand piano sambil pemain piano bermain. Mereka disuruh menyentuh piano dari bawah supaya dapat rasa getaran ketika piano dimainkan. Itu salah satu pendekatan muzik kepada orang pekak. Jadi bagaimana pekak yang tiada piano?

Entahlah. Saya pun tak tahu.

Saya mengambil jalan lain. Saya sebenarnya masih belum jumpa jalan.

Saya pening kepala.

Jadi saya pun membuat air milo.

Lalu berbaring secara relaks.


Perkara ini jika benar benar dikaji secara mendalam mungkin akan membantu manusia sedikit sebanyak.

Tapi entahlah. Adakah manusia benar benar mahu dibantu?

Sebenarnya dalam hal kritik sosial ada satu jawapan untuk semua projek projek sains sosial.

"Semua atas engko!"

Perkara ini pernah saya bahaskan dahulu ketika duduk duduk sahaja bersama rakan rakan. Kau boleh cuba racun pemikiran manusia dengan pelbagai cara dari printed material, digital, sculpture, painting, muzik, televisyen, bahan bacaan, dan macam macam lagi. Namun semua itu akan teracun bergantung atas mereka sendiri. Mereka boleh pilih untuk tidak ikut pun apa yang kau cuba advertisekan.

Panjang benda ni kalau nak diceritakan satu persatu.

Jadi saya mengambil inisiatif agar terus skip ke bahagian penutup.

Sekian.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...