Jun 6, 2013

Skinafik

"Fuck government! Fuck capitalist! Fuck police! Fuck democracy! Fuck monarchy!! Fuck integrity! Fuck eltabina! Fuck monorail! Fuck electricity! Fuck off!! Fuck all the fucking fuck!!"

Hamit itu menjerit sambil memejam mata. Tidak berapa detik kemudian dia membuka mata dan sengih terhadap gua.

"itu dulu la, zaman bodoh, semua benda nak di'fuck'kan", tenang Hamit menenangkan keadaan sambil disudahi dengan ketawa berdekah-dekah. Malam itu tidak sunyi. Lebuhraya utara-selatan jarang-jarang sunyi. Lagu-lagu dalam pendrive itu terus dimainkan di radio kereta.

Zaman sekarang ini sungguh menawan hati, pada ketika saya kerap menaiki kereta ayah, saya hanya dapat pemain kaset sahaja. Ulang-ulang kaset UK's. Sampailah suatu ketika pula ayah saya menukar kereta Honda Accord keluaran tahun berapa saya tidak tahu. Ada pemain cakera padat. Namun apa yang menghairankan, kesemua cakera padat perlu dimasukkan ke dalam suatu kotak yang boleh menyelitkan saya rasa dalam 10 keping sahaja. Dan yang paling menyakitkan hati apabila kotak yang boleh diisi 10 keping cakera padat itu letaknnya di boot kereta. Dan radio akan memainkan lagu dari cakera padat yang dimasukkan di sana. Jika kita memasukkan cakera padat Sweet Charity (yang ini bapa gua kerap pasang) pada slot nombor 3, jadi dekat radio kita perlu pilih slot nombor 3. Jika tidak, mahu tak mahu kau kena dengar Los Indios Tabajarasm sebab yang itu pakai kaset, lancar mudah boleh ditukar-tukar tanpa berhentikan kereta. Zaman sekarang mp3, mp4, wma, entah apa benda format muzik semua boleh dimainkan di dalam kereta sambil memandu tak perlu berhenti dan buka boot kereta.

Gua terketawa melihat gelagat Hamit. Mana tidaknya, betul juga apa dia kata, pada usia muda remaja sering terikut-ikut ajaran yang bukan-bukan. Tapi kalau nak dilihat sampai sekarang, Hamit memang ganas. Memang skinhead yang harcore. memang. Dari raut wajahnya sahaja cukup boleh membuat seorang imegresen menahannya di lapangan terbang. Tuduhan-tuduhan seperti membawa senjata api, perampas kapal terbang, penembelih dajal adalah tuduhan biasa. Kalau tidak ya-ya, tidak berani nak tegur Hamit. Namun Hamit seorang yang periang sebenarnya.

Lagu 'Still into you' berkumandang.

"Apasal lagu-lagu dalam kereta ni tak skinhead langsung?!!", Hamit bersuara.

"Ah, diam, aku nak dengar lagu ni", gua bangkang.

Bila bercerita mengenai ideologi skinhead, Hamit memang banyak tahu walaupun tidak total. Tapi yang betul mengkagumkan ialah perwatakan, bagi Hamit knowledge itu tidak sepenting amali. Kenapa perlu ada teori kalau tidak perlu dipraktikkan, itulah ujaran Hamit. Bagi Hamit, skinhead bukanlah seorang kaki amuk, menterbalikan meja makan di warung Ain Farahin, menerajang pintu tandas awam, merompak gerai buah buahan, mencuri kaset Cock Sparrer, melakukan seks bebas di bawah tangga kompleks universiti, bukan, bukan itu semua. Apa yang penting adalah menjadi manusia berguna di bawah tatacara skinhead, berkawan, bergembira walaupun hal yang kecil, tidak mengambil dadah. Dan Hamit bukanlah seorang yang meminum arak setakat pengetahuan gua. Dan dia tidak melakukan seks bebas. dan dia tak pernah melakukan seks. Fucking brilliant! Dan jika seorang skinhead itu tidak pandai main muzik, maka berpuisilah ia. Dan jika dia tidak pandai berpuisi, mendengar subjek-subjek yang baiklah ia, itulah kefahaman Hamit. Hamit sudah besar, dia tidak perlu fuck segala benda yang dia tak suka. Dia sudah boleh berfikir. Berapa ramai kawan Hamit mengambil dadah, dia tidak peduli, jika dia hanya boleh menegur, dia hanya menegur, jika tidak dia hanya gelak melihat gelagat kawan-kawannya.

Lagu 'No matter what' pula bermain kalau mengikut tafsiran gua.

"Cekecak hah hah!, Cekecak Hah Hah!", Hamit tiba-tiba mengalunkan intro lagu No Matter What. Berdesir-desir sambil meliang lentok kepalanya sambil mata terpejam-pejam manja.

"Fuck, skinhead apa benda ni?", gua bangkang perbuatannya. Mendengar lagu Boyzone tiada masalah pada gua, namun menggayakan aksi cara menyanyi Stephen Gately memang gua tak boleh terima. Lain kalau Ronan Keating.

"Lu baru tengok gua layan boyzone, belum lagu IamNeeta lagi", Hamit menyengih.

"Fuck!!! skinafik!!!"

"Skinafik apa?"

"Skinhead munafik!!!"


p/s: bab IamNeeta sedikit sebanyak gua dengar la kalau radio ada pasang. Kalau tak memang gua dengar playlist zikir.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Anonymous said...

"Gua" dan "hamit" org yg sama kn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...