Sep 16, 2011

Ulangtahun

Pada suatu tahun, zaman hitam putih. Di kota London.

"Oi! Rahman, saya mahu kamu bikin satu speech bagus-bagus bagi orang-orang Malaya dengar", kata satu orang lelaki Inggeris pekat slanga Britishnya. Orang inggeris bermisai putih lengkap dengan pakaian diraja British.

"Speech pasal apa Sir?", jawab Rahman. Rupanya lelaki itu berpangkat 'Sir' di tanah inggeris. Mungkin balachi kepada Queen.

"Queen mahu kamu pengruh minda masyarakat Malaya supaya bikin gabungan Persekutuan sama jajahan Syarikat Hindia Timur di Borneo, ada boleh Rahman?", lelaki inggeris itu jawab panjang lebar sambil menggentel misainya. Kelihatan lelaki inggeris itu memperbetulkan duduk di atas kerusi kerawang kemasan Inggeris. Dia nampak kurang selesa dengan pakaian diraja itu. Barangkali gatal.

"Oh itu macam, boleh Sir", Rahman pantas jawab. Mengikut sahaja.

Rahman ni dengar ceritanya macam king la juga dekat Tanah Melayu tu. Dia suruh itu ini dekat orang-orang Malaya. Bikin macam-macam la pada zaman tu. Orang-orang Malaya pun ikut saja. Macam tiada otak.

"Bagus Rahman, nanti saya bagi duit", orang inggeris itu berkata lagi sambil dihabisi dengan hilai tawa macam pukimak. Jenis ketawa ada bunyik babi ujung-ujung dia.

Rahman ikut ketawa.

kata orang muke rahman macam ni


p/s: ni cerita mana tah gua amik.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...