Sep 19, 2011

Elijah, duit raya dan duit raya lagi

Musim hari raya puasa memang sangat diminati kanak-kanak seperti Elijah. Masa ini la nak kumpul duit raya. Masa ni la nak mencuba pelbagai jenis air berkarbonat. Masa ni la nak mencuba pelbagai jenis kuih raya. Masa ni la nak mencuba masuk rumah orang-orang kaya yang tak dikenali.

Elijah suka jalan sorang. Elijah tiada kawan.

Hari raya puasa ke-18, Elijah pergi beraya. Elijah masih tekun beraya. Elijah pakai baju sukan, seluar sukan.

Elijah pergi ke suatu rumah. Depan rumah ni banyak betul motor. Nampak macam rumah orang-orang bujang. Macam jenis rumah brader-brader yang makan daging manusia.

Elijah buat kental. Elijah beri salam.


"Assalamualaikum!!!", Elijah suara lantang tapi biasa la suara belum baligh.


"Waalaikum salam", sorang brader buka pintu keluarkan kepala sikit dari rumah. Brader tu angkat kening sikit gaya orang macam nak tanya 'nak apa?'.


"Nak raya", Elijah buat buat muka suci.


"Takde kuih raya", brader tu cakap.


"Takpe takde kuih raya pun takpe, bagi duit raya", Elijah mula macam nak merompak.


"Duit raya pun takde", brader tu balas malas-malas.


"Abang tipu, abis hari-hari abang beli makanan pakai duit apa", Elijah berkeras.


"Hmm", brader tu malas layan. Biar je Elijah depan pintu rumahnya.


Elijah tunggu 5 minit.


Elijah bosan.


Elijah balik.

*      *      *


Hari raya ke-21.


Elijah dah siap sedia hari ini. Tinggal satu rumah je dekat taman tu belum dia gegar. 3 hari lepas Elijah tak dapat satu hapa pun dari rumah tu. Kali ni Elijah nekad.


Elijah jalan sorang. Elijah tiada kawan.


Elijah jalan sampai rumah yang banyak motor. Nampak macam rumah brader-brader. Pintu terdedah. Dari luar, Elijah dapat lihat seorang brader rambut mohawk, sorang brader boyot, sorang brader kerimping sedang main gitar, sorang brader dahi luas. Elijah ushar lama. Persis gaya kucing hutan nak menerkan burung wak-wak.




"Assalamualaikum", Elijah beri salam jugak. Mungkin Elijah dah dapat taktik bagus.


"Waalaikum salam", semua brader-brader tadi jawab salam.


"Kau nak raya ke dik", brader dahi luas tegur Elijah.


Elijah angguk kepala perlahan.


"Masuk la", pintas brader yang boyot sedikit, sambil membetulkan duduknya. Memang boyot betul brader tu.


Elijah geleng-geleng cebik bibir.


"Woi kau ni budak aritu kan?", tanya brader yang kerimping main gitar tu.


Elijah angguk.


"Woi masuk le, makan ni", tegking brader mohawk sambil menunjuk ke arah satu telap almond london. Terkebil-kebil Elijah, hati mahu tapi Elijah tak cukup kental nak masuk dalam rumah brader-brader tu.


Brader mohawk tu ambil telap tu hulur dekat Elijah yang masih duduk kat pintu.


Elijah rakus makan.


Elijah lahap.


"Abiskan je", kata sala sorang dari brader-brader tu.


Elijah makan lagi.


Tinggal dua je.


Elijah tunggu.


Elijah tunggu duit raya.


Brader-brader tadi buat tak tahu.


Brader-brader tadi dah bual benda lain.

Elijah keseorangan. Elijah tiada kawan.

Elijah tunggu lagi.

Tiba-tiba seorang brader turun dari tangga, brader tu pakai cermin mata. Dari situ Elijah dapat tahu yang brader tu rabun.

"Kau ni pehal?!", tiba-tiba brader pakai cermin mata tu tengking Elijah dan terus tutup pintu dengan cara hempasan.

Elijah terkebil-kebil keseorangan.

Elijah balik.

ELijah hentak-hentak kaki dekat laman rumah brader-brader tu tanda protes.

Brader-brader tu kedengaran terus berbual-bual tanpa mengendahkan duit raya ELijah.

p/s: Elijah ni kental betul henjut dtg umah gua smpi dua kali
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

10 comments:

Whoelses said...

pun sampai sut duit raya tak bagi..

Pert Doherty said...

bende kau?

cikpia said...

lu orang memang kejam.....

engineer on site! said...

Bagi jelah singget! Eleh kedekot!

Pert Doherty said...

cikpia. keh keh keh.. Elijah bukan makwe

Pert Doherty said...

engineer on site.. kalau yg dtg tu makwe mcm lu takpe jugek le...

engineer on site! said...

So lu nk halalkan uang lu yg ada kat gua la kan? Kah kah kah

Pert Doherty said...

tirah..... behave

engineer on site! said...

Lu bg elijah singget baru gua g bankin! :p

Pert Doherty said...

Tirah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...