Showing posts with label vector. Show all posts
Showing posts with label vector. Show all posts

Jan 11, 2011

7 Step Berhenti Rokok: Russian Roulette

PERHATIAN: Tips berhenti rokok ini dibawakan oleh gua la, siapa lagi.

Mula-mula lu perlu paham konsep Russian Roulette ni macam mana. Baru la tips berhenti rokok ini menjadi sepenuhnya.

"Abang, Russian Roulette tu apa?", tak semena-mena sorang kanak-kanak melintas di hadapan gua bertanya.

"Macam ni", gua sambil menarik picu pistol Colt 45 yang telah diacukan pada kepala gua sendiri.

Klik!

Gua masih panjang umur. Tiada peluru untuk kali ini.

"Wah hebat!, saya nak cuba", beria-ia benar kanak-kanak ini.

Gua tak fikir banyak, sambil menghulur pistol Colt 45 itu kepadanya.

Gua pejam mata perlahan-lahan.

"Bang!!!!(bunyi pistol, bukan abang)", gua dah agak. Damn.

*      *      *




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 14, 2010

Adobe Illustrator: Idaman

Lu orang jangan cakap banyak. Dan gua malas juga.

Hasil seni di bulan puasa. 

Rasa-rasa ni gambar siapa?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 14, 2010

Ada orang kisah ke header blog berubah?

Kalau anda pernah masuk ke Otak Dan Jantung sejak dari awal penubuhannya mesti perasan yang header telah berubah. Rasanya 4 kali kot. Haha.. Tapi takde orang amik kisah pon kot.. Sebab aku ni sape siot.. Bukannye Otak dan Jantung ni laman web government pon. Haha.. Lagipun blog ni bukan best. Haha. Blog perasan bagus.

Ok la, kat sini nak cerita la sejarah header Otak dan Jantung dari dulu sampai sekarang.

Percubaan pertama:

header ni diguna selama beberapa bulan penubuhan. mungkin 2-3 bulan kot.
time tu tak pandai sangat guna grafik-grafik ni. Susun-susun gambar je.
Siap ada motto "Imaginasi+nadi, minda+darah".
ntah pape je.. haha..


Percubaan Ke-2:

Haaa.. ni header yang kedua. Time ni, aku baru belajar guna Adobe Illustrator.
Semua yang aku nak cuba. Blajar la guna 3D extrude la hape la dalam software tu.
Nth ek. Aku tak rasa header ni bagus sangat. Tapi ok la berbanding yang awal tadi.
Aku pakai header ni dari bulan Julai 2009 hingga Februari 2010.


Percubaan ke-3:

Yang ni pulak header yang paling sempoi dan malas aku pernah buat.
Simple dan kemas tiada idea. Aku buat header ni semata-mata nak buat perubahan.
Time ni aku baru tukar template (aku seting sendiri beb.. 1st time. slalu rembat template free je. haha)
sebab template baru nak guna cuma 500px width lebih kurang. Tu yang jadi mcm ni.
Manakala header lama 960px la lebih kurang. Header ni sempat menghiasi blog ni selama 2 minggu kot. 
baru-baru ni jugak la pakai. 

Percubaan ke-4:

Yang ini aku sempat pakai 24jam++ je kot. Ni header sementara je.
Aku buat pon sebab ada peminat di Facebook komen. 
"pert..bikin otak & jantung label lagi cantik ..x bapa nk kaw la.."
Akuu pun berusaha untuk merealisasikan impian dia. Tapi ni bukan hasil yang aku nak.
Aku pun berusaha lagi dan akhirnya



Percubaan ke-5
(terakhir buat masa ni)
Ni la hasil terakhir. Tidak mengancam sangat. Tapi boleh la.
haha. dah takde idea. Aku pon letak gambar otak+jantung. setel.
Mungkin akan digunakan sampai bila-bila........... mung... kin..

Tapi.. kalau korang perasan. Aku suka betol guna warna merah dan kuning. Apesal ek?? haha, felik- felik je.. Bukan aku orang selangor pon. haha. Tapi nak buat macam mana. Dah la.. korang layan je la. Pastu bagi la komen. Mana tau boleh bagi idea yang enak-enak. hehe.


  p/s: to Lyarissa Hana, permintaan anda telah ditunaikan (hohoho.. gaya Santa Klaus)
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 9, 2009

Adobe Illustrator: Heinz Ketchup Bottle

Hari ni sempat aku wat sikit karya mengarut guna Adobe Illustrator lagi.. Seronok sangat la software ni. haha.. Aku jadi ketagih.. Hahahaha..

Hari ni guna gambar botol sos Heinz.


Sos Heinz


Aku sememangnya dah takde modal lain, suke sangat buat gambar betul jadi vector. Hahaha.. sedap beb.. ketagih.. lagi ketagih dari ape-ape yang boleh wat orang ketagih.. hahaha..



Lukis semua line (outline, isi dalam botol sos, stiker Heinz)guna 'Pen Tool'






Isikan kaler guna tool 'Live Paint'

Ala, aku lagi skali lupe nak wat btol-btol step by step. Tapi ini aku wat bape layer nth. mcm banyak je, sebab nak wat kaler sos tu la. Kan botol sos tu kaler jernih, nampak belakang botol tu. Aku wat Opacity di 60%-75%.. Ape lagi ntah. Aku tak ingat..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 7, 2009

Adobe Illustrator : Cigarette in box

Hari ni aku bereksperimen dengan Adobe Illustrator lagi. Dengan menggunakan kotak rokok sebagai subjek. Imej di bawah telah diambil dengan sengaja tanpa meminta kebenaran melalui Google Image search.

PERINGATAN!! : Merokok membahayakan kesihatan


Aku tak sempat la nak tunjuk step by step benda ni. Cuma yang utama, aku hanya menggunakan "Pen tool" dan "Live paint" saja dalam Adobe Illustrator ni. Ala, yang aku buat ni, dalam Paint pon boleh buat gak. Poyo je lebih aku ni nak tunjuk-tunjuk lak. Budak umur 5 tahun pon reti.


Kotak rokok sebelum diwarnakan



Selepas diwarnakan


Ok la.. Kepada sesiapa yang minat bereksperimen dengan Adobe Illustrator ni jugak, boleh la komen-komen kat bawah.. Boleh kongsi-kongsi pendapat ke pae je la. haha..

mmmmm.. xtau nak cakap ape lagi.. haha.. Sekian..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 3, 2009

Adobe Illustrator : Gambar awek

dah takde.. kbai.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 5, 2009

Adobe Illustrator : Stevie G Vector Art

Semalam aku baru download Adobe Illustrator CS2. Agak kolot aku ni. Haha. Orang lain dah pakai CS3, CS hape2 lagi. Aku baru terkedek-kedek. Haha.

Dapat je install software tu. Aku terus nak wat eksperimen. Ni eksperimen pertama aku. Dengan menggunakan gambar Steven Gerrard (seperti di bawah). Dan mengubahnya kepada seni vektor seperti kat Vector Tuts+.


▼


▼


2nd Last


▼


Hasil Terakhir

Tapi kalau korang nak tau, leceh buat menda ni. Cam gampang. Aku x wat tutorial. Cume saje nak tunjuk2 hasil pertama. Hahaha..


Steven George Gerrard, MBE (pronounced /ˈdʒɛrɑrd/; born 30 May 1980), is an English footballer who plays for English Premier League club Liverpool and the England national team. He is usually employed in the central midfield role, although he has also played as a right or left-sided midfielder and a second striker.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...