May 9, 2015

Utarid

"Kau ok tak?", ada dua kawan tanya pada gua.

"Tak", gua steady jawab tanpa berselindung. Barai beb. Lu tak tidur sebab mengukir berhala.

"Penat an, lepak dulu rehat", kawan tadi balas sambil cucuh rokok.

Gua sambung memerhati bulan penuh pada malam tu. Bulan ni sikit punya lain macam. Dia punya cerah tu lain macam sampai gua boleh termenung solid.

Gua angkat kening sambil mata terpejam sedikit bagi merehat mata kemudian pandang muka dua kawan tadi.

"Buat apa je budak-budak ni?", gua tanya.

"Tidur dah"

"Hmm, aku tak faham betul, di manakah keadilan bagi lelaki yang memakai but", gua berseloroh.

Kawan kawan tadi tidak layan pun. Jadi gua pun menyalakan rokok juga.

Kami duduk duduk saja memandang bulan.

Tiba-tiba salah seorang dari kami bertiga meraung-raung.

PUOKKKK!! PUOKKKK!!! PUOKKKKK!!!

Gua dan lagi satu kawan menjadi kaget dan kami terus berjalan mengundur secara perlahan-lahan. Namun tidak lama, kawan yang bersekutu dengan gua tadi jadi lari setempat.

Gua masih mengundur dapat melihat kawan yang memekik-mekik tadi menjadi berbulu bukan main. Bulu seluruh badan tumbuh dengan pantas sampai gua tak sempat berkelip mata.

Tubuhnya mekar terus mengembang hingga pakaian yang dipakai meletus. Habis telanjang kawan itu, namun disebabkan bulu memenuhi ruang tubuhnya, perasaan hendak ketawakan kawan telanjang terbantut begitu sahaja selain disebabkan badannya membesar melebihi saiz rumah.

Saya yang lemah semangat tadi tiba-tiba sahaja macam dirasuk. Lalu saya mencapai tukul yang ada di perdu tiang rumah. Saya terus meluru ke arah kawan yang sudah menjadi raksasa tadi dan saya melompat melepasi aras atap rumah. Kekuatan yang entah dari mana entah masuk ke dalam badan saya. Saya punya yakin itu mengalahkan orang yang baru balik dari kem motivasi. Saya termotivasi mungkin dari ukiran berhala yang dibuat awal tadi atau mungkin bulan yang sangat terang. Saya sudah melompat terlalu tinggi hingga melepasi atmosfera. Sedikit sesak nafas saya. Pada awalnya saya berasa curiga juga untuk menembusi langit. Namun rupanya tiada masalah pun untuk bernafas di sini. Ada saintis-saintis berkata kalau kita dah melepasi atmosfera kita akan mati sebab tiada udara, namun rupanya di sini tiada masalah berkenaan udara. Bila difikirkan semula jika sudah ada kebolehan mengawal putaran medan magnetik, kita boleh membentuk partikel oksigen yang diperlukan daripada zarah-zarah yang terdapat di sekeliling. Saya sungguh beruntung dapat berguru dengan Thien Wu pada suatu zaman dahulu. Kebolehan Putaran Medan Magnetik yang dipelajari boleh dipraktikkan di kawasan vakum.

Saya terus berterbangan menghala ke arah planet Utarid.

Saya ingin terbang ke tempat yang rilek-rilek.


p/s: Saya rasa saya perlu bejalan-jalan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...