Walaubagaimanapun, isu-isu yang dibangkitkan ketika minum kopi ini adalah isu-isu yang tidak pernah ada penghujungnya. Kebanyakan isu yang wujud hanya untuk menajamkan akal. Contohnya berbincang isu konsumerisme di kedai kopi sehingga cawan kopi yang ke tiga, sedangkan konsumerisme terus berjalan walaupun engkau perjuangkan DIY. Tindakan-tindakan yang diuar-uarkan di kedai kopi hanya larut dengan kepulan asap rokok yang terus sebati dengan atmosfera.
Kalau difikirkan semula, banyak masa hidup sudah dihabiskan dengan berbual kosong tanpa tindakan. Kononnya dengan menulis boleh menyampaikan apa yang engkau rasa dan meracuni pemikiran khalayak tapi semua itu tak menjadi apa-apa bila budaya membaca sudah tidak menjadi tuntutan. Kehadiran adat baharu membaca visual lebih mempengaruhi anak muda masa kini. Buku-buku bergambar lebih digemari berbanding buku-buku tulisan. Mungkin kerana gambar lebih cepat stimulannya berbanding tulisan. Kita bayangkan, penakrifan yang yang wujud apabila melihat gambar epal berbanding pembacaan perkataan epal. Jika gambar sudah menunjukkan epal, maka epallah yang wujud di kepala, bermakna pengertiannya sampai terus. Namun pembacaan boleh membawa engkau kepada pengertian lain, contohnya ejaan epal itu ialah Epal. Epal itu sudah jadi kata nama khas yang membolehkan Epal itu dimaksudkan sebagai nama suatu berhala di suatu tempat. Mungkin.
Isu membaca ini sudah lapuk.
Orang-orang 'bijak' masa kini akan meminggirkan pembacaan teliti dan sampai suatu ketika nanti kita kembali kepada tulisan hieroglif. Mungkin.
p/s: sebenarnya matematik itu penting. Kalau kau orang sufi sekalipun, matematik itu penting. Semalam gua mimpi perempuan rupanya.
No comments:
Post a Comment