Dec 23, 2013

Kasih Sayang dan Kapitalisme

1996

"Apa awak nak jadi bila besar?", Cikgu Zainab tanya gua pada suatu kelas sivik.

"Saya nak jadi kapitalis supaya cikgu dan seluruh keluarga cikgu dan seluruh warga bumi hari hari bagi duit pada saya", saya menjawap tenang dan bersuara sungguh bijak.

Cikgu Zainab mengerut dahinya, mengerut bukan main, macam mendapat surat pengisytiharan muflis, ataupun surat ugutan dari Isak Rizkov. Kemudian anak matanya membara merenung saya.

Saya senyum saja sambil melukis gambar Goku di buku kotak kotak. Sambil seorang kawan datang merapati saya mengajak bermain Tic Tac Toe, saya secara tidak langsung bersetuju seperti dipukau.

Cikgu Zainab terus menerus merenung.

"Kapitalis adalah perkara yang perlu ditentang!! Kenapa awak pilih hendak menjadi kapitalis?", Cikgu Zainab sedikit menengking tidak bersetuju.

"Cikgu kira dah habis punk ke apabende ni?", saya membalas soalannya dengan mengajukan soalan juga tidak lupa masih mengguna suara tidak kasar agar tidak menyinggung perasaan seorang guru.

"Menentang kapitalis tidak bererti saya punk, tapi kapitalsme adalah suatu perkara yang menyakitkan hati. Merampas harta benda secara paksa, namun mangsa rela dalam undang undang.", jelas Cikgu Zainab. Saya pula masih terkial kial mengisi bulatan pada permainan Tic Tac Toe.

"Macam nilah cikgu, jika cikgu tidak bersetuju dengan kapitalisme, kenapa cikgu masih mendukung kapitalisme secara tidak langsung? Dari pembelian pakaian cikgu, penggunaan minyak petrol cikgu, pembelian alatan menulis cikgu, ini adalah tersasar daripada idea asal cikgu iaitu menentang kapitalisme, apa yang cikgu cuba buktikan?", saya mebidas dengan bahasa yang sungguh bersopan. Saya betul betul tidak mahu menyinggung perasaan seorang cikgu.

"Awak tak logik, masakan saya sendirian boleh menentang kapitalisme secara langsung, dan apa yang saya buat itu hanyalah keperluan harian saya", Cikgu Zainab membantah pandangan saya terus.

"Jadi permasalahan cikgu telah saya jawap, dengan 'if you can't beat them, join them', jadi sekarang cita-cita saya adalah menjadi kapitalis. Masa hadapan itu terpulanglah pada cikgu sama ada hendak berurusan dengan kapitalis seperti saya atau tidak. Ini hanyalah impian, jika saya dapat capainya, maka raikanlah.", sedar tidak sedar saya sudah tewas bermain tic-tac-toe akibat kawan saya bermain bohong.

"Tapi itu lah realitinya cikgu, jauh di sudut hati cikgu, cikgu mahu jadi orang yang paling banyak harta di muka bumi, yang boleh beli segalanya, yang boleh melancong ke mana-mana, yang boleh buat apa sahaja, yang ada imuniti untuk segala undang-undang, dan siapa kata dunia tak boleh dibeli? selagi ada yang meletak tanda harga selagi itu ada ijab dan qabulnya. Dan cikgu beruntung tidak mendapat peluang menjadi kapitalis, menjadi kaya, banyak harta kerana di akhirat kelak yang paling lama diazab adalah golongan seperti 'saya di masa depan', yang banyak hartanya, dan saya pilih jalan ini adalah untuk menyelamatkan ramai lagi pihak. Kah kah kah kah.", saya sambung lagi bukan main panjang saya terangkan pada Cikgu Zainab sambil masih berdekah dekah ketawa bukan kepalang. Sikap tidak menghormati guru semakin terpapar apabila saya habis menerangkan isu cita-cita sebagai kapitalis.

Iskk.. isskk.. iskk..

Cikgu Zainab menangis. Menangis betul-betul, bukan pura-pura macam orang munafik. "Kau sungguh mulia Rocky, kau sungguh mulia".

"Janganlah cikgu bilang demikian, saya ini cuma makhluk ciptaan tuhan.", habis sahaja saya berbicara saya terus mengimbang diri mengguna silat tarian udara dan terus saya terbang ke Menara Karin. Semenjak itu saya tidak hadir ke sekolah. Namun saya terus menjadi bijak secara semulajadi tanpa saya ketahui puncanya.





p/s: lama betul tidak berlaku adil terhadap blog ini.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...