Makan sarapan hari Ahad ni memang tak sah kalau takda cerita politik. Bermula dari cerita telur separuh masak, membawa kepada roti, rokok, ugama-ugama, minyak, elektrik, bos tapi penyudahnya membawak kepada politik Malaysia juga. Jadi macam biasa, Apek dia memang jenis suka hal-hal politik ni. Gua dengar je sambil minum air. Abe sama Badat biasa-biasa saja. Rebel memang rebel, tapi tak berapa cerita sangat. Jadi Apek saja lah yang cerita.
Gua minum air saja dekat tepi.
Apek terus bercerita hal kilang Carlsberg Shah Alam.
Gua dengar samar-samar.
Gua buang sedikit span puntung rokok gua. Kasi asap lepas lebih. Layur api sikit. Gua cari api nak nyala rokok.
Butir-butir perbualan Apek dah sampai mana gua tak tahu sangat, gua ada dengar pasal Muhidin la siapa entah lagi.
Mata gua tertumpu pada suatu wanita bertudung yang jenis warna ada gradient. Dia punya gradient hijau pucuk pisang membawa kepada kelabu kemudian hitam cair-cair sedikit. Pakai cermin mata pesen horn rimmed. Mata sepet-sepet melayu. Bibir ngam tak nipis tak tebal.
Terpegun. Dalam hati gua, "Entah-entah bidadari dia ni."
Gua nyaris tak nyala rokok.
POKKK!!!
Tiba-tiba dahi gua pedih lain macam.
Gua pandang Apek, tangannya berasap dan duduk sebaris dengan dahi gua.
"Jurus apa ni?", getus gua.
Gua masih memegang dahi gua yang gua jangka sudah kemik.
Dalam keadaan yang masih tidak tentu arah, Apek menyerang gua bertalu-talu. Barangkali akibat gua tidak menumpu perhatian terhadap cerita politiknya.
Gua terus menangkis setiap jurus menggunakan tangan kosong. Manakala Abe dan Badat entah buat apa gua tak tahu, tidak langsung ada inisiatif nak membantu gua. Atau gua dan Apek bergerak terlalu pantas sehingga mereka tidak perasan pun gua sedang dikarate Apek berulang kali.
Tangan Apek makin berasap atas kehandalan jurusnya. Gua sudah mati akal.
Sedang gua mencari akal untuk bertahan, tiba-tiba Apek melambung ke belakang.
Asap ais kering memenuhi kedai.
Gua dapat merasakan kesejukan hikmat sehingga ke tulang sum-sum.
"Ini ilmu terlarang, siapa yang lancarkan?", gua bertanya sambil mencari pemilik hikmat kesejukan melampau itu.
Suasana kedai menjadi kelam kabut., setiap pekerja yang mengambil order terus berlari ke dapur dan juga ke tandas. Masing-masing mahu menyorok di dapur dan tandas. Dalam keadaan yang tidak terkawal, banyak pekerja yang cedera akibat tertumus di kuali yang sedang menggoreng ayam. Ada cedera di tangan, bahu, muka, dan tak kurang juga ada bola mata yang tertanggal tertinggal di dalam kuali yang panas.
Di tandas pula, sunggung bersimpang siur. Tandas dipenuhi mamak yang tidak berapa pandai bertutur cakap melayu, bercampur aduk dengan pelanggan melayu tidak kira jantina. Ada suatu mamak itu bercakap apa benda entah. Masing-masing tidak ambil pusing kerana ketakutan dan juga tidak faham. Masing-masing senyum saja, dan angguk-angguk. Maka mamak itu tadi membuka zip seluar dan kencing.
Makcik-makcik yang ada juga dalam tandas itu jadi histeria tidak fasal-fasal. Sedang mamak yang sedang kencing itu sendang kencing, makcik-makcik itu memukul alat kelaminnya menggunakan sudip, pisau potong daging serta tapis menggoreng kentang goreng. Mamak itu meninggal.
Gua masih tercari-cari siapa yang melancarkan jurus misteri itu.
Suasana sunyi pula bila pelanggan serta pelayan serta pemilik kedai ke dapur dan ke tandas. Asap bersansur hilang.
Kelibat yang tidak berapa tinggi.
Gua nampak raut wajah penyerang memakai kaca mata. Bermata sepet melayu, memakai tudung gradient hijau pucuk pisang ke hitam.
"Ini makwe yang lawa tadi ni"
Gadis itu berlari menuju Apek dan menyerang lagi sekali mengguna hikmat memijak di buku lali serta telinga. Gadis itu memijak lima enam kali sahaja sudah membuatkan sendi-sendi tubuh Apek meletup. Apek sudah nyawa-nyawa ikan.
Gua pura-pura mati.
Gadis tadi menuju ke arah gua. Gua buka mata sikit nak tengok.
Kemudian, bercangkung depan muka gua.
"Woi tak payah buat buat mati.", gadis itu bersuara sambil melempang manja muka gua.
"Awak tak apa-apa?", gadis itu menyambung lagi.
"Emmm... awak jadi isteri saya boleh?", gua tanya.
"Boleh", kata gadis itu sambil menghulur tangan untuk memapah gua.
Kami pun berjalan keluar dari premis.
Dan kami pun hidup bahagia selama-lamanya.
p/s: Kata budak-budak ni mukanya mirip raut wajah Mary. Ni hari hari jadi co-writer: Engineer On Site. Mari nyanyi sama-sama.
1 comment:
Cite kau.ak tau sgt.last2 ko jd hero.kahkahkah
Post a Comment