Sambungan dari Anak Malik
"Kau bukan tak tahu anak Malik tu, itu belum mak cerita pasal bapak dia muda-muda dulu", Mak Cik Lillian meyambung lagi. Dah mula la tu nak membebel. Tapi tuam tetap tuam. Cuma mulut la.
Johar diam saja. Sakit memang sakit. Tapi kalau nak dilayan sakit ni satu kerja pun tak terbuat.
Johar bingkas terus ke bilik.
Mak Cik Lillian terpana kejap, terkebil-kebil merhati anaknya menonong terus.
Johar dengan tak mandi lagi terus cabut seluar tadi main petang. Tinggal seluar katok. Lepas itu diam sekejap dekat kerusi. Bilik Johar bukan la hip sangat, setakat ada meja kerusi. Tilam. Katil tiada. Pada Johar tidur atas katil tak sedap.
Atas meja berselerak dengan kertas kajang yang penuh tulisan-tulisan. Johar minat betul menulis karangan jenis autobiografi kerana baru-baru ini Cikgu Zanariah ada beri tugasan. Tugasan dah siap, tapi Johar jadi macam ketagih. Dari tajuk 'Aku Sebatang Joran' sampai la 'Gua adalah sebuah kereta Kebal'. Semua nak ditulis dek Johar.
Johar tengok Atlas Dunia yang ditampal memenuhi ruang dinding biliknya. Ada dua bulatan warna hitam dekat atlas. Satu bulatan di kawasan Jajahan Soviet dan satu lagi dekat Colombia. Johar perhati lama juga. Kemudian senyum sendiri. Ternampak sedikit gingsul bila Johar sengih.
* * *
DUBBBB!!!
Tertunduk Stiv. Memegang kawasan antara dada dan perut. Memang menyentak ke dalam.
Ini bukan hal main-main.
"Slalu abang kau ada boleh la kau buat pe'el, keh keh keh.. Sekarang buat la!", budak berambut pruntul yang memakai baju jenis singlet jarang itu bercakap. Di belakangnya ada lagi dua orang yang agak besar sedikit. Boleh jadi beza umur setahun dua dari yang bercakap tadi. Seorang dengan baju hawaii dan berseluar pendek dan yang seorang lagi.............
p/s: malas
3 comments:
Woi, jenis setan boleh tetiba malas.. Puiii
yang pakai singlet tu muka dia de jerawat x? hihi
ni dua2 komplot ni
Post a Comment