Berbalik kepada hal hujan.
Hakim sama Hanip dah mula nyala rokok. Gua makan maruku.
Masing-masing tunggu hujan reda.
Hujan reda. masing-masing bergerak ke haluan masing-masing.
Ok habis cerita tunggu hujan.
* * *
Kau tahu buku ni? |
kau tahu berapa harga dia? |
gua genggam dengan geram, |
Lu boleh bayang ensiklopedia yang harga capai beratus, pada hari sabtu itu cuma jadi 5 ringgit? Ini apa benda la. Macam mana hal penjualan buku baru dengan harga murah boleh terjadi?
Tak adil bagi orang macam gua.
Cis.
p/s: kepada yang true betul support Malaysia semalam. Gua ucap tahniah.
Komen gua yang 'tak pandai main bola' kepada game Malaysia Vs Bahrain selepas tamat perlawanan:
Malaysia memang tak power game semalam dan kebanyakan game sebelum ni. Kebanyakan kemenangan adalah atas kelebihan luck. Pada hemat gua, mereka masih muda. Jadi tak mengapa kalau berharap pada luck sahaja. Lucas Leiva dulu pun penah rasa zaman dicaci.
Berbalik kepada game Malaysia vs Bahrain
Dari awal game tak boleh nak tebuk defen Bahrain. Harapkan Nazmi punya gol jauh pun dah bersuka ria. Yang Thamil buat apa. Main forward apa benda macam tu. Ok tak mengapa, lu masih muda. 1st half, berapa kali striker Bahrain boleh sampai depan pintu gol Malaysia? Kira sendiri.
Ok lepas tu nak dapat gol kedua macam mana? Nak harap luck kiper Bahrain buat silap sampai 10 kali? Cantik boleh pergi makan tahi.
Ok gol pertama Bahrain. Defen buat apa? Tengok show orang main takraw dalam kotak penalti?
Gol-gol seterusnya macam mana? cantik kan Bahrain guna peluang? Comeback yang cantik dengan hanya 10 orang bermain dalam tempoh 6 minit (orang kata).
Ada yang cakap dekat gua sebab Nazmi injured dan keluar. Jadi tengah main macam sial. "Ok", gua cakap. Yang lagi 10 orang buat apa? Lagi-lagi Bahrain siap dapat kad merah.
Tapi tak mengapa, mereka masih muda.
Dan lu orang yang baca jangan pula ambil serius, ini hanya komen dari penyokong Malaysia yang cuma duduk mamak. Sambil berbual hal-hal yang bukan bolasepak. Dan juga diganggu orang gila ketika menonton. Jadi ada anasir luar mengganggu tontonan membuat komen gua lebih tertumpu kepada orang gila. Kepada geng Ultras dan Team Malaysia ke hapa benda semua tu. Teruskan. Gua kalau ada dekat stadium pun sama sahaja macam lu orang. Gua akan sokong selagi pengadil belum tiup wisel penamat.
Tapi lu rasa bagus ka kalau gua menyokong membabi buta tanpa ada kritikan? Dan kalau tak bagus kita kena kata bagus? Pergi mati dan sumbat tahi dalam mulut kalau macam tu. Sekurang-kurangnya 70 peratus dari pendapat gua ni ada betulnya. 30 peratus tu cuma gua lebih-lebih provok. Kah kah kah.
Dan gua ada dapat tahu Kosmo ada tulis "Harimau Muda malukan negara".
Dan gua tak bantah. Itu hak penulis. Itu karya dia. Dan gol dua biji malam semalam adalah karya pemain.
Ada yang tak puas hati, apa sumbangan penulis akhbar dan blog dan apa jenis penulisan yang 'mengkritik kebolehan sukan negara' kepada negara berbanding pemain bolasepak yang dah menang sukan SEA?
Kalau pertandingan penulisan ini macam menonton bolasepak di stadium, sudah pasti penulisan ini duduknya dalam acara sukan SEA, Olimpik dan segala sukan.
Penulis pun ada sumbangan, cuma cara mereka mendekati pembaca berlainan. Ada yang baik ada yang buruk. Dan gua rasa Kosmo adalah power bila berani tulis demikian. Tolak tepi apa kata orang.
Konon kata susah senang bersama Harimau Muda ke Harimau Malaya ke hapa benda. Ada ke orang susah senang bersama P. Ramlee, Usman Awang, A. Samad Said ke hapa benda semua seniman? Go to hell. Kita semua adalah hipokrit.
"Woi Pert!!!", gua pandang belakang. Suara panggil gua dari belakang.
SUUUPPPPP!!
Gua tiba-tiba dah terduduk sambil tangan gua lekap pada perut gua. Boleh tahan juga jurus budak ini.
Gua macam rasa pening. Gua fikir mesti serangan budak ini dilengkapi pisau racun yang tersisip pada pergelangan tangannya.
Penglihatan gua makin kabur. Dari tadi sebenarnya gua tak dapat pastikan macam mana rupa sebenar budak ini. Yang gua nampak macam dia pakai jersi Bahrain.
p/s 2: cantik gol Nazmi tu.gua harap ada la player malaysia baca 'artikel' ni
6 comments:
pilotok paleotak kalau dah sampai ke subuh. masing masing naik syeikh.
ni apahal entri kau bertempias panjang benar jadinya ni? kau nak pilotok lagi ke apa?
Amboi panjang benor.. Gua yg g stadium pun ✖ buat entri lagi.. Keh keh
Kepala Manchiss.. aku tak sengaja terpilotok... ni stail marah benor dengan pemikiran kelas rendah penyokong yang 'true'...
engineer on site.. gua nak dgr dari lu pulak.. lincah...
Konon kata susah senang bersama Harimau Muda ke Harimau Malaya ke hapa benda. Ada ke orang susah senang bersama P. Ramlee, Usman Awang, A. Samad Said ke hapa benda semua seniman? Go to hell. Kita semua adalah hipokrit.
gua salute pada yang menyokong sebab betul nak sokong. yang sebab ikut trend rasa nak besh, pegi mampuih, hang bukan minat bola pun padahal.
Nak tengok bola bukan kena tengok IC dulu bak ang.
hihi
Post a Comment