Oct 26, 2011

Lelaki romantis

Balik dari menjamah makanan ala barat, gua menonong ke satu stesen minyak.

Gua test lampu signal kiri.

"Amboi, menyala", gua macam kagum. Selama ni kalau nak ke kiri gua kena lambai-lambai tangan. Macam barua.

Gua lekas ke kaunter lepas berhenti motor.

"Adik, dah makan ke belum?", gua terdengar seorang lelaki yang agak berusia menanya kepada penjaga kaunter tu. Wanita. Dari gaya, macam masih bujang. Gua terus pasang telinga.

"Dah kenyang", perempuan itu jawab. Barangkali memang sudah kenyang memandangkan tubuh badan yang agak berisi.

"Ingatkan belum makan, kalau belum ingat nak belanja tadi", lelaki yang berusia yang berusia itu terus lagi dengan konversasi yang agak bergaya. Suara menjadi semakin gedik berisi. Pada hemat gua, lelaki itu agak power.

Perempuan penjaga kaunter itu senyum simpul.

Lelaki berusia itu sengih-sengih sambil berbunyi 'hehe.. hehe'.

Gua tunggu dengan tekun. Kerana gua tiada hal yang perlu dikejar. Melihat drama cinta secara langsung adalah lebih seronok berbanding isi minyak dengan cepat.

Lelaki itu terus ke kereta sambil toleh-toleh sedikit dan sengih-sengih.

Gua di kaunter, letak RM2 dan tuding jari pada motor gua.

Gua sengih sendiri masa isi minyak. "Lelaki berusia memang handal memikat".

p/s: Gua ingat nak jadi lebih berusia lah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

engineer on site! said...

Amboi... Lu dah sunat blom?

Kepala Mancis said...

kahkah..ini kalu buat filpen pun cara bak ang.

Pert Doherty said...

amboi engineer on site ni.. mencabar nampak?

Pert Doherty said...

kepala manchiss.. ni tak kukuh sangat nak buat pilem.. keh keh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...