"kau tengok ni, kau tengok ni", kata Naim.
Gua toleh.
"tengok ni aku ada 'body'", sambung Naim sambil menyinsing lengan dan buat gaya Popeye. Sambile menyeringai menampakkan baris-baris gigi muda yang ada juga yang 'totot'.
Berkerut dahi gua seketika.
Gua tak campur sangat hal-hal bina badan masa dulu. Gua lebih kepada kajian teradap material, metafizik, ketamadunan dan juga psikologi.
Tapi kebanyakan budak-budak lebih into kepada hal-hal 'body'.
Gua pun tengok gusti, tapi tidak pula gua memuja-muja penggusti macam gua puja penyanyi perempuan yang cantik-cantik. Dalam hidup kena jaga etika. Kalau tak, tak ke mana.
Lebih-lebih lagi bab 'body' ni. Boleh membawak ke isim. Silap-silap hari bulan jalan mengundur. Itu gua malas nak serius. Gua setakat menengok.
Penyudahnya gua angkat isyarat 'jempol' dan senyum kepada Naim.
p/s: apa tandanya kalau gua dah mula mimpi kawin-kawin?
3 comments:
tandanya lu semakin ortodoks
mungkinkah lu dah sampai tahap wajib kawin atau tahap masih mandi wajib sorang2?
gua pun pikir mcm tu.. bende kau ni cilake
Post a Comment