"Dik, sini kejap", pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Rahim Rifle itu panggil gua.
"Ye cik", gua dalam cuba lari-lari dari mendekati Rahim Rifle.
"Saya tengok awak ni semart, baju kemeja seluar yankee, kasut kulit berstokin bulu.", Rahim Rifle terus berkata-kata tatkala gua mendekatinya. Kemudian Rahim Rifle menghela nafas panjang. Gua semakin tidak sedap hati.
"Tapi satu je...", Rahim Rifle nampaknya sengaja tidak menghabiskan ayatnya.
"Buka helmet awak", beliau melanjutkan perbualan.
Gua masih diam tidak berkata apa-apa. Cuma rasa seperti dicabul kehormatan secara paksa pun ada juga. Gua buka juga. Perasaannya bagai membuka seluar dalam di khalayak ramai sambil diperhatikan dengan tekun oleh semua.
"Rambut awak ni bermasalah", Rahim Rifle menyambung lagi.
Gua agak berdengung sikit bila orang kata rambut gua ada masalah. Kalau dulu ya, memang gua tak melawan. Pasal gua punya kelemumur sewaktu tingkatan empat memang satu macam. Ada sikit macam bertih. Tapi sekarang jangan main-main. Gua kalau ada kelemumur, itu bukan gua.
"Masalah apa?!" gua sedikit menengking. Rahim Rifle sedikit berundur. Tampak beliau gugup. Itulah sebab gua tak mahu banyak cakap. Orang-orang keliling gugup.
"Eh takde apa-apa, rambut awak panjang sedikit daripada kadar yang ditetapkan, itu aje, maaf ye ganggu anak", Rahim Rifle kelam kelibut menutur ayat. Gua pandang belakang dan senyum. Gua ada etika dalam hal jaga martabat manusia.
"Lain kali jangan buat lagi.", gua perlahan mengeluarkan kata-kata. Biasanya seorang mafia berpangkat tinggi tidak sekali-kali menjerit tidak tentu hala.
Rahim Rifle tunduk malu sambil berkali-kali mengangkat tangan. Gua geleng kepala.
Gua masih musykil, yang hal rambut dia bising, yang hal tatu takde bising apa pun. |
p/s: Protokol itu apa? Protokol sial. Rambut panjang apa tak boleh buat kerja? Company boleh bankrupt? Kalau rambut pendek perfomance kerja mantap? Madefaker..
8 comments:
sabau le..
pesal aku rambut pjg takde orang nak tego pun?
kah kah kah.tipu je :p
I love you lah Rahim Rifle. Lu beri la peluang sikit untuk Rahim Rifle menunjukkan kegarangan beliau.
hebat la lu pert..
macam ni la anak buah wa..
bagus2.. kekalkan pretasi.. wa taw lu mmg berbakat..
wa tak kisah lu rambut panjang macam Rapunzel.. janji lu setia bawah wa..
hahaha
hahaha macam haram rahim riffle!
aku tak payah jadi kau pun, aku sudah mengerti...
dia dengki tak sempat berambut panjang. sejak jadi guard ni, agak susah laa..sesungguhnya, aku amat bersimpati dgn rahim rifle
waaa..gua suka ini post pert..mantap yang tulisan kaler merah bawah skli tuh..gua memeng menyirap kalau pakgad2 bodoh tahan tgok rambut,,cam kimak..xd kacau sape2 pon aku rambut panjang..bangsat
aku pun suka berambut panjang,cuma boss aku lak kerek tak kasik mngkin sbb dia tak bley simpan rambut pnjg sbb dah beruban, umo satu baya tapi dia dah nampak gaya org tuo..hik,hik,hik..apo pun Bro kasi Vitamin itu rambut baru ler dia sihat dan kuat.
Post a Comment