Showing posts with label persahabatan. Show all posts
Showing posts with label persahabatan. Show all posts

Jun 23, 2013

Arc de Triomphe

Aku, bapa Izan, bapa siapa entah, dan juga seorang lagi gua pun tak tahu. Kami semua dalam kereta. Bapa Izan memandu, disebelahnya bapa siapa entah. Aku bersama orang tak dikenali duduk di tempat duduk belakang. Kereta Toyota lama, aku tak tahu Corona ke Coralla ke. Kami terus menyelusuri jalan yang ada di hadapan. Jalan kosong. Tiada kereta lain. Tiada kereta dari atah beretentangan.

Puas kami melalui jalan kosong itu tiba-tiba kami sudah sampai di tebing. Jalan yang bakal ditempuhi adalah jalan yang dibuat di tebing betul-betul di tebing. Sebelahnya adalah laut. Jalannya bengkang-bengkok juga namun berturap cantik macam di litar. Bapa Izan memandu biasa tidak laju, tidak perlahan. Beliau berjaya menguasai setiap selekoh. Gua yang duduk belakang sebenarnya gayat bukan main. Kau bayangkan kau tengok laut sebelah tu jauhnya dari jarak tebing, macam mana aku nak gambarkan pun tak tahu, yang penting gumpalan ombak tu halus-halus je aku nampak. Setan. Yang bapa Izan ni pun memandu boleh tahan, macam dekat lebuhraya empat lane. Fuck. Apasal aku boleh ikut dia orang ni. Apasal. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah.

Tiba-tiba dari kejauhan kami nampak lori datang dari arah berlawanan. Halaju lori itu mirip dengan halaju kereta kami. Agak bahaya sebenarnya sebab lori itu dah mula makan jalan kami. Dalam keadaan genting demikian, tiba-tiba depan kami macam ada side-table jalan yang boleh membuat kereta kami menghimpit habis ke bibir tebing. Jadi bapa Izan segera mengemudi kereta dan menghimpit sampai separuh tayar luar keluar dari tebing. Gua punya pucat kali itu, jangan cerita lah. Jalan tiada penghadang untuk mengelak kau jatuh dari tebing. Namun atas berkat Tuhan masih mahu kami bernyawa, kami dapat melepasi lori itu, dan juga masuk kembali ke jalan yang benar. Selepas berjaya lepas, kami terus memecut. Sudah tidak peduli sama lori tadi itu. Bapa Izan sedikit pun tak lihat cermin belakang. Gua yang pucat tadi pun sedikit pun tak pandang laut lagi. Yang lagi dua orang dari tadi senyap. Bapa Izan senyap. Gua senyap.

Kami sudah sampai ke penghujung jalan yang menyelusuri tebing batu tadi. Di penghujung, terdapat sambungan jalan tadi dengan suatu jambatan panjang merentas laut. Jambatan itu punya tinggi tak usah cerita. Namun yang gua hairan, apahal jambatan itu hanya ada satu laluan yang boleh memuatkan kereta kami. Gayat kau tahu, gayat. Sekali tengok macam lebuh raya pun ada. Cuma tiada penghadang jalan. Dalam hati gua menyumpah seranah kontraktor yang buat jalan. Bapa Izan terus memecut bila lihat jalan lurus itu. Pemandangan waktu itu cuma ada satu garisan melintang yang membezakan ruang lingkup laut dan juga langit. Hari makin petang. Dalam sepanjang tempoh kami dalam kereta, tiada seorang pun mengeluarkan suara. Gua jadi runsing. Gua jadi runsing takut-takut kalau gua cuba-cuba mengeluarkan suara, mereka akan humban aku ke laut. Mengikut kiraan logik, organ dalaman gua boleh pecah kalau badan gua menghempas ke laut dalam jatuhan bebas kalau berdasarkan ketinggian macam ini.

Ketika kami pantas membelah angin, tiba-tiba gua nampak sebelah kanan jambatan, dalam jarak pengelihatan masih baik, mucul suatu binaan yang agak usang dari bawah laut secara perlahan-lahan. dapat dilihat dari dalam kereta binaan itu melanggar arus laut dan muncul. Rekaan binaan itu macam muka hadapan Parthenon pun ada, macam Arc de Triomphe pun ada, namun saiznya agak besar, makusd gua sangat besar, gua jadi kaget. Gua masih memerhati binaan itu masih menghamburkan saki baki air laut yang masih tersangkut di celah-celah tiang dan juga mana-mana lah.

KRINGGGG!!! KRINGGGG!!!

Gua tersentak.

Telefon gua berbunyi sambil menggeletar di tepi kepala gua.

Gua jadi hairan.

Gua tak ambil peduli.

Gua masih memerhati binaan usang tadi yang masih basah dan disirami pencahayaan petang.

Gua pun tak tahu nak kata cantik atau tidak, namun gua cuma kagum. Dalam hati gua, kalaulah telefon gua ada kamera. Bapa Izan, bapa siapa entah, dan seorang lagi gua tidak kenal masih diam membisu. Mereka sedikit pun tidak terpengaruh oleh binaan itu. Barangkali mereka orang sini, jadi sudah tidak hairan.

KRINGGGG!!! KRIINGGGGG!!!

Gua tersentak lagi sekali.

Kali ini gua segera capai telefon. Gua pantas angkat sambil tarik nafas panjang. Gua pejam mata kejap.

"Woi helo", gua dengar suara.

"Ha woi", gua jawab dalam suara lekat-lekat kurang air. kemudian gua telan air liur sedikit.

Gua buka mata. Laut tadi ghaib, Binaan tadi ghaib, bapa Izan ghaib, bapa siapa entah pun ghaib, yang gua tak kenal tadi pun entah kemana, gua atas tilam bukan dalam kereta, gua belengging.

"Cilake, tidur!!!", suara dari dalam telefon maki gua.

"Eh mana ada", gua pura-pura.


Kemudian perbualan berlanjutan sehingga dia habis kredit.

Gua tiada niat nak menyusahkan dia mengangkat telefon ketika memandu, jadi gua tak telefon semula. Gua cuma bangun dan ambil air sembahyang.

"Mainan syaitan semua ni", bentak hati gua ketika memulas pili.


p/s: Panjang juga perbualan kami. Tiba-tiba nostalgia-nostalgia lama diputarkan semula. Aku senyum kelat. Sempat aku mengadu sedikit sebanyak pada dia. Setakat ni ada seorang sahaja aku tak simpan langsung rahsia. Kalau aku mati dulu, mungkin dia seorang sahaja boleh tulis balik biografi hidup aku dengan baik. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 15, 2013

Sentimental 2013

"Helo, kat mana tu?", makwe dia telefon.

"Kat kedai ni dengan Pert", dia jawab.

Gua hirup air. Kami tonton gusti secara tak serius.


*       *       *

"Helo, kau kat mana tu?", kawan dia telefon.

"Aku kat warung depan mesjid ni, dengan Pert", dia jawab.

Gua makan goreng pisang. Sambil dia melukis atas meja warung.


*      *      *

"Kau nak keluar pergi mana?", mak dia tanya.

"Nak pergi kedai, lepas tu minum kejap dengan Pert", dia jawab.

"Pergilah", maknya membenarkan kerana tahu Pert itu luhur pekertinya.


*      *      *

"Woi, datang sini kejap", seorang kawan telefon.

"Apahal?", dia jawab.

"Ni, Pert ni tadi keluar tak balik-balik, aku risau dia eksiden ke apa ke", kawannya menerangkan.

"Kau tunggu", dia terus keluar ambil kereta dan meluru mencari Pert.


*      *      *


"Weh, pinjam duit doh, gua nak bayar yuran ni", gua meset dia.

"Kau ok tak, aku ada 300, kalau kau nak 400 pun boleh", dia terus telefon.


*      *      *


"Kau tahu tak jalan nak pergi tempat temuduga kau?", dia tanya.

"Tak", gua jawab.

"dah jom", dia dan gua terus masuk dalam kereta meluncur di lebuh raya.



p/s: Hari ini dia ada majlis. saya tidak hadir. Saya harap dia gembira selalu. :) Banyak kalau nak ditulis satu persatu. Tapi pada gua tak perlu untuk kali ini. Dan bila gua baca balik entri ni, macam setan pun ada. Kah kah kah. Mungkin bila kita semakin meningkat usia, kita akan jadi sentimental secara tak fasal-fasal.  

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 13, 2012

Tabung Kebajikan Rahang Rosak (ini adalah real)

Di sini diberitahu bahawa terdapat seorang perempuan yang ada masalah kesihatan serius yang melibatkan proses pembedahan. Hal pembedahan ini bukan hal main-main. Kalau setakat pembedahan apendiks tidak payah lah saya bercerita panjang lebar sebegini. Jikalau setakat pembedahan buah pinggang tidak juga perlu saya membebel. Ini hal pembedahan berdekatan kawasan kepala.

Orang panggil penyakit ni TMJ disorder. Temporomandibular joint disorder.



Dan objektif asal saya cuma nak buka tabung bantuan duit. Disebabkan saya sendiri tidak ada duit banyak untuk bantu.

Jadi kepada sesiapa yang rasa nak bantu  seringgit dua tu boleh la kontek dia.



Kalau nak tahu lebih lanjut pasal masalah perempuan ni. Boleh rujuk kepada link di bawah


dan kalau dah rasa terbuka hati nak bagi bantuan. Boleh roger perempuan ni.

p/s: sebenarnya perempuan ni tak lain tak bukan adalah penulis kedua blog ni, Engineer On Site!. Jadi gua kena tolong. 





Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 18, 2011

Yes!











yes!





p/s: yes!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...