Oct 5, 2015

Labeling

Pada suatu hari itu, saya pun dengan senang hati berjalan sambil terapung sekejap sekejap. Pada hari tersebut saya siap siap memakai pakaian perang yang saya dapat pada suatu ketika dahulu. Kemudian saya pun ternampak suatu haiwan seakan-akan unta sedang berehat barangkali. Saya ragu ragu tentang hal berehat itu kerana tiada kawasan teduhan namun haiwan yang seakan akan unta itu sedang duduk besimpuh. Dalam hati saya, "entah entah dia ini ingin merompak saya". Saya pun menghentikan langkah dan berpura pura jadi alam sekitar.

Tatkala saya sudah siap siap menjadi alam sekitar dan haiwan yang seakan akan unta itu tidak peka akan kehadiran saya, tiba tiba muncul seorang makwe yang bukan main lawa lagi. Saya terus menguatkan iman. Namun makwe tersebut masih mundar mandir di hadapan saya. Akhirnya dia menegur saya, "Hai". Dalam hati gua, tak mungkin dia dapat mengecam penyamaran alam sekitar gua. Jadi gua mendiamkan diri. Takut takut ini hanyalah iblis yang menyamar sebagai manusia cantik.

Berkisar kepada hal cantik ini, saya pernah bincangkan dengan dua orang kenalan. Saya mengusulkan perkara 'labeling' yang wujud dekat bumi adalah sebagai apa? Adakah 'labeling' ini hanya perkara yang diada-adakan manusia supaya wujud kasta dan diskriminasi atau apa? Seorang berkata yang dia tiada rasa perlabelan mengenai cantik atau buruk kerana hal ini adalah subjektif. Itu pendapatnya. Dan satu lagi pun hampir kepada jawapan tersebut namun ada tambahan idea yang naluri manusia diciptakan dengan rasa 'labeling' tersebut. Dan gua pula punya rasa yang 'labeling' pada manusia itu memangnya wujud sejak dari azali kerana memang itulah cara Tuhan menciptakan manusia. Untuk apa? Untuk kau tahu mana baik mana buruk. Mana yang disgusting mana yang pleasing. Sebab itu ada balasan baik ada balasan buruk. Tapi baru sekejap tadi kawan gua memberitahu hal bunga paling hodoh. Gua pun sambung minum air sehingga tamat. Namun satu lagi kawan masih merokok. Jadi gua pun sambung duduk secara beradab.

Tatkala kami sedang sedap sedap melengah lengahkan masa untuk membayar sarapan, lalu pula sekumpulan anak muda Alam Suria yang saya jangka ponteng kelas, namun setelah mengkaji IPU, saya memberi kesimpulan sekolah mereka tidak membenarkan mereka ke sekolah. Sambil mereka melintasi kawasan minum kami, seorang daripada mereka memekik yang tak patut, "Canggih betul perangai". Gua dengan tidak semena mena berjalan pantas menuju anak muda itu dan jek kepalanya. Seluruh pekan menjadi sunyi bukan main.


p/s: babi la bontot cirit.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...