Nov 25, 2018

Kepercayaan

Semua orang punya pegangan atau kepercayaan masing-masing terhadap sesuatu perkara. Hampir segalanya dalam dunia ini memerlukan kepercayaan untuk kelangsungan sistem dan kefahaman.

Pembukaan suatu karangan dengan kepercayaan misalnya. Percaya yang karangan ini boleh dibuat dengan cara begini. Jika tidak percaya, jadi penulisan itu pun tidak dapat dihasilkan mengikut hukum yang dipercaya itu. Hal mengenai percaya ini tidak semestinya betul atau normal di mata masyarakat. Namun jika tersalah laluan, kepercayaan yang dipegang itu mungkin akan dituduh sesat oleh masyarakat sekiranya tidak sehaluan dengan semua orang. Tapi boleh jadi akan jadi ikutan. Itu semua bergantung kepada Yang Maha Mengetahui. Jika fahaman itu Dia sudah luluskan dalam ‘novel dunia’, jadi tidak mustahil. Hal mengenai percaya bahawa tida satu perkara pun yang mustahil terjadi pun melibatkan kepercayaan, betapa besarnya percaya dalam jiwa itu sendiri untuk meyakini kekuasanNya.

Dari hal sebegini pula membawa kepada kepercayaan yang direka khas oleh sesuatu bangsa untuk didoktrinkan kepada penyambung riwayat bangsa itu sendiri. Kadangkala, keperluan itu wujud pada awalnya untuk mencipta satu sistem kepercayaan itu disebabkan ruang lingkup masyarakat itu sendiri. Atau akhirnya bila dicuba untuk buat semula oleh keturunannya menjadi suatu perkara yang tidak munasabah pada zamannya. Banyak juga ritual ritual masyarakat yang akhirnya jadi ikut ikutan saja tanpa tahu keperluan dan kesannya. 

Habis bercakap mengenai bangsa atau kumpulan masyarakat yang besar, kita akan ke ruang yang lebih kecil. Kepercayaan yang dicipta dalam skop keluarga. Setiap keluarga pun ada nilai sistem masing masing. Sistem itu biasanya dicipta oleh yang lebih tua secara tidak langsung bukan dengan niat mencipta sistem. Secara tidak sengaja kebiasaan itu telah ditanam ke dalam jiwa yang ada dalam keluarga tersebut. Sebagai contoh, seorang bapa bisa akan meletakkan kunci kereta di dalam mangkuk yang diletak di atas tv atas sebab tv itulah laluannya ke arah ruang makan dan juga bilik mandi. Perbuatan asalnya adalah hanya kerana keselesaan dan tiada kaitan dengan kepercayaan. Namun generasi berganti, maka timbullah suatu mazhab “Jangan galihkan kunci dekat mangkuk atas tv tu, nanti atuk marah” didoktrinkan kepada generasi cucunya. Kemudian setelah dia meninggal, timbul pula mazhab, “Nanti kunci letak dalam mangkuk atas tv”. Terus menjadi suatu sistem tanpa bantahan kerana jalurannya masih rapat dengan bapa yang meninggal itu. Sampai suatu ketika, berlakulah pertembungan antara masyarakat yang lebih besar, keturunannya membawa mazhab itu kepada orang selain keluarga. Akhirnya dipertikai, “kenapa pula aku kena letak kunci dalam mangkuk atas tv?”. Pertikaian ini muncul akibat, nilai yang berbeza diterap oleh setiap keluarga. Ada keluarga mengatakan meletak kunci dalam mangkuk atas tv itu suatu yang menggembirakan. Ada keluarga tidak rasa demikian mungkin kerana pernah trauma akibat mangkuk jatuh ke mukanya atau apa saja. Jadi tidak berkesan jika mahu memaksa orang ikut kepercayaan kita jika kepercayaab itu hanya dibuat oleh minoriti.

Contoh lain, ini berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin orang yang membaca cerita ini akan kata perjalanan hidup saya adalah loser. Namun, anggap sahaja ini suatu perkongsian.

Keluarga saya tidak bermain mercun ketika perayaan. Dan acara bermain mercun adalah forbidden dalam ruang keluraga saya dan rumah saya. Jadi atas sebab kebisaan dan kepercayaan ini, saya secara tidak langsung menjadi seorang yang kurang gemar dengan mercun dan rasa sangat sakit telinga jika orang bermain mercun. Waktu muda dulu, siap menyumpah lagi. Tapi apakan daya, berdasarkan kisah awal tadi, secara automatik saya boleh dilabel minoriti. Jadi suara saya tidak perlu didengari masyrakat. Mungkin bagi ramai pihak saya seorang golongan yang rugi hidup di dunia tidak suka pada mercun, tapi kesan baik pada saya pula saya fikir adalah setiap kali perayaan tak perlu saya fikir nak berhabis duit hanya untuk beli mercun yang akhirnya membawa kegembiraan palsu yang dibuat buat. Dan simpanan itu adalah baik kalau saya buat beli buku. Lagi sedap. Saya bukanlah seorang ulat buku. Tapi saya lebih suka membaca berbanding melihat mercun dan bunga api. Sangat berbeza mungkin dengan semua orang.

Kadang orang pernah juga menyuarakan pendapat mengenai kelainan fahaman dan kepercayaan saya atas sesuatu hal. Mereka berkata saya punya pemikiran tidak normal. Namun di pihak saya pula saya rasa saya normal. Entahlah sebab itu hal ini dibincang dalam konteks kepercayaab. Jika kau pergi bersembang dengan orang kristian tanya mengenai Nabi isa, mereka akan becakap perihal lain mengenai Nabi isa. Sama juga dengan fahamn saya tentang mercun. Tidak semestinya sekumpulan majoriti boleh mengubah pendapat minoriti dengan senang. 

Berbalik kepada kepercayaan itu, jika kau pula seorang yang mengaku dirinya islam dibawakan berita bahawa lahirnya nabi pada tahun 2018. Kau juga akan mengamuk sebab fahaman dan kepercayaan kau adalah tiada nabi selepas Nabi Muhammad. Namun dibahagian kpercayaan mereka rupanya ada. Nak dibetulkan itu pula masalah. Paling tidakpun kau cuma boleh perangi dan kata mereka sesat.

Entahlah. Pada asalnya aku nak menulis pasal benda lain. 

Maaf.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...