Nov 11, 2015

Setan

Pada suatu malam, saya pun mengisi masa dengan mengisi air dalam satu bekas yang direka dari potongan botol minuman Spritzer. Malam itu hujan sungguh lebat. Saya cuba abaikan cuaca sebentar dengan mengawal pili air. Sebaik sahaja air cukup cukup makan, saya pun terus bawa bekas yang direka dari potongan botol minuman Spritzer tadi ke bengkel kerja. Saya letakkan bekas yang direka dari potongan botol minuman Spritzer tadi baik baik supaya tidak ada siapa yang lalu lalang di bengkel akan melanggar. Namun kalau ada juga yang hendak langgar, saya pun tidak tahulah bagaimana sistem kestabilan tubuh beliau, dan saya pun mahu tidak mahu hanya boleh menerajang skrotum beliau. Walaubagaimanapun saya cukup bersyukur di kalangan yang akan lalu lalang ini hanya orang orang yang beriman dan tahu mengimbang badan.

Saya kemudiannya mencapai peralatan mewarna. Paling tidak lupa ialah warna air jenama Alpha. Pasal warna Alpha ini ada ceritannya, kalau berkesempatan saya akan kisahkan pada masa masa yang lanjut. Kemudian saya ambil pula kertas lukisan.

Saya pun mula melukis yang bukan melukis saja saja, saya menyalin hasil kerja Thomas gritin, 'A Temple of Vesta'. Kau tahu saja la, menyalin lukisan ni lagi payah dari kau lukis sendiri. Satu, pasal kau kena kaji teknik dia dari gambar yang kau ambil dari entah mana-mana entah. Mana kau nak tahu dia start dengan apa dekat satu lukisan tu. Dua, kau kena tiru warna dia, yang entah entah dia pakai serbuk kopi agaknya. Jadi urusan mengkaji ni saya percepat dengan terus saja ambil warna kuning bagi base. Pergi mampus la salah ke betul. Gua terus skip lagi urusan sketch pakai pensel.


*      *      *

"Jadi, Gary kau pernah baca Al Quran?", tanya Johnny.

"Pernah, tapi aku baca terjemahan je la", kata Gary sambil terus menyudu cendol.

"Apa je yang kau dapat dalam baca Quran tu?", tanya Johnny lagi sambil juga menyudu cendol.

"Aku dapat tahu yang syaitan penghasut ni ada dari golongan jin dan manusia", jawab Gary lagi.

"Ye ke?", Johnny angkat kening boleh tahan tinggi jugek.



p/s: penyudahnya apa bende tah aku tulis. macam setan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...