Oct 5, 2012

Peluru

Bercerita hal kerja pada kerja kahwin satu kawan ni.

Kawan-kawan gua tanya, "Lu menganggur lagi ke?"

"aah", gua laju jawap.

"Kau agak-agak nak kerja apa?", kawan gua tanya gua.

"Aku nak jual peluru dekat PDRM, suruh kerajaan adakan latihan menembak untuk semua polis pada setiap hujung minggu.Sekurang-kurangnya setiap polis akan menghabiskan 20 biji peluru. dan bilangan polis sedia ada, ada lebih kurang 120 ribu orang. 120 ribu kali 20 biji sama dengan 2.4 juta peluru akan dihabiskan setiap minggu. Dan dengan menganggap sebutir peluru bernilai RM1. secara kasarnya setiap minggu aku ada income RM2.4 juta. Dan pembekalan peluru aku akan berterusan dalam kontrak 5 tahun. 2.4juta kali dengan 260 minggu secara kasar. Aku akan ada 624 juta ringgit. Itu baru cerita pembekalan peluru dekat PDRM. Belum pembekalan peluru kepada kongsi gelap dan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Sultan-sultan serta RELA.", gua terangkan sangat panjang.

Kawan-kawan gua tiba-tiba semuanya berhenti kerja itu jam juga dengan cara yang sangat ajaib. Semuanya mahu menolong gua memulakan perniagaan peluru. Inilah perniagaan paling sensasi abad ini.



p/s: hari ini panggil gua Bryan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...