"Adakah bila kita sayang seseorang, kita tak dapat bayangkan rupa mereka secara komplit?", tanya seorang kelana.
"Apa maksudmu wahai orang muda?", gua bertanya semula.
"Emmm, macam saya sayang pada ibu saya. Sebenar-benar sayang. Tapi saya tidak dapat gambarkan rupa, wajah, fizikal ibu saya dalam imaginasi ketika mendoakannya. Tetapi saya tahu saya sedang bernostalgia bersama ibu saya dalam doa itu", si kelana itu menerangkan panjang lebar. Sepanjang riwayat gua, tidak pernah gua berjumpa orang sebegini. Ideologinya seakan-akan bukan hasil pemikiran dirinya sendiri. Ini barangkali cuma penyerupaan malaikat pada fikiran gua. Atau tidak lain hanya budak nakal yang kuat berimaginasi.
"Sebenarnya saya tidak berapa arif tentang sayang. tetapi boleh jadi juga proses sayang yang total ianya menjadi demikian. Jadi mengapa tiba-tiba anak ini bertanya sedemikian rupa punya soalan?", gua bertanya di penghujung jawapan yang gua sendiri tidak kira sebagai jawapan.
"Saya bukan apa, saya cuma ragu-ragu.", si kelana bersuara menjawab persoalan gua. Sambil menyisir rambutnya yang agak panjang bagi seorang lelaki menggunakan sepasang tangannya.
"Macam ini lah anak muda, kamu ada kemana-mana tidak lepas ni?", gua bertanya demikian atas sebab melihatkan waktu sekarang sudah dekat ke maghrib.
"Sekejap lagi saya nak ke Afrika", jawab pemuda kelana itu dengan tenang.
"Kalau macam itu, baiklah", gua pun terikut-ikut jadi tenang.
Selesai gua berkata-kata, pemuda kelana itu ghaib serta merta.
"'Orang alim' ni", getus gua.
Pada waktu sekarang, kalendar masihi tahun 15879, 'orang alim' ni ada merata-rata. Tidak kira tempat. Kadang-kadang boleh berjumpa 'orang-orang alim' ini di pejabat pos, di kelab memancing, di gelanggang sepak takraw, di pos kawalan, di rumah urut, di Las Vegas, di mana-mana lah yang tiba-tiba dia nak muncul. Yang penting modus operandinya sama. Mereka akan berbual dengan seorang orang awam yang tidak dikenali kemudian ghaib.
Hal tentang ghaib pada zaman itu tidak menjadi mustahil, kerana terlalu ramai 'orang alim' yang doa-doa mereka jenis termakbul tanpa menunggu ketika. Ibaratnya apa yang terlintas di kepala mereka terus termakbul. Jadi jika mereka mahu ke matahari sekalipun, Tuhan benarkan.
Mesti ada yang terfikir, kalaukah 'orang alim' ini mengintai aku mandi. Kan doa mereka dimakbulkan? Mereka, 'orang alim' ini tidak akan melakukan demikian. Sebab itulah mereka 'orang alim'.
Eh pergi mampuslah, ini cerita aku. Suka hati aku la.
Dan gua, gua bukan 'orang alim'.
FIN
p/s: sebenanrnya ada sambungan. tapi nantilah. Cerita dekat Afrika tu nanti lah.
No comments:
Post a Comment