Feb 16, 2012

Kompleks

Manusia sangat kompleks. Sampai sekarang aku pun tak tahu kehendak utama diri aku. Sama ada kehendak atau keperluan atau kemahuan atau ke-apa-benda-entah-an.

"Jangan meniru", biasa kita dengar. Dari mulut cikgu, pengajar, pensyarah, pemberi ilmu dan juga ibu bapa. Ini hal mengenai menjawab soalan. Orang majoriti akan tidak suka pada orang meniru. Sampai satu tahap dikecam. Ini semua disebabkan adanya peperiksaan. Semua orang tahu peperiksaan apa. Medium pengukuran kebolehan orak menghafal. Ada yang mengatakan peperiksaan/pengujian ini adalah prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan dan tingkah laku subjek. Dan sekarang subjek adalah manusia. Lebih tepat otak manusia.

Betul bila dicakap kepada kita "jangan meniru", supaya tiada dua idea yang sama dipertontonkan kepada khalayak. Satu akan dianggap original, dan satu lagi adalah bogus. Ini kerana penilaian orang ramai memang macam itu. Aku juga macam itu. Kalau ada lagu baru muncul, dan lagu itu mirip dengan satu lagu lagi yang lebih awal dicipta, aku akan kata "Yang lebih awal dicipta itu original". Walaupun pencipta kedua tiada niat meniru.

Tapi ada kala perlu "Pergilah Meniru". Kerana ada juga sesuatu yang ada di dunia ini pergerakannya malar. Jadi tiada masalah untuk ditiru. Contohnya belajar mengenai angka dan huruf. Permulaan pembelajaran adalah dengan sistem 'peniruan'. Manusia akan mengikut apa yang ditunjukkan tanpa banyak soal. Contoh klise, satu tambah satu sama dengan dua. Disebabkan pertama kali kita diajarkan oleh orang lain tanpa mengkaji sendiri mebuahkan jawapan satu tambah satu sama dengan dua. Tapi jika kita pergi mencari sendiri ilmu tambah itu, barangkali satu tambah satu memberi jawapan lain. Boleh jadi satu juga atau lima atau kosong. Dalam kes-kes sebegini peniruan perlu untuk mengelakkan terjadinya pergeseran pendapat atas perkara-perkara yang kekal sebegitu sejak dari awal lagi. Tapi bagaimanapun pembelajaran menggunakan teknik peniruan ini hanya melibatkan kepercayaan. Contoh lain seperti ilmu sains lain, mengenai atom atau zarah-zarah yang lebih halus, kita cuma memercayai tanpa perlu buat kajian semula, kerana orang yang pertama mengkaji benda-benda ini sudah ditabal rakyat bumi sebagai ahli dalam bidang itu. Hal ini lebih kurang juga dengan cara kita mempercayai kewujudan pahala dan dosa. Kedua-dua perkara itu ghaib. Tapi kita tahu ada.

Berbalik kepada peperiksaan tadi. Dalam peperiksaan manusia dilarang meniru, hanya atas sebab mahu menilai tahap otak. Jadi siapa yang tahap otaknya tidak baik biarpun dia sudah membaca tentang hal yang mahu diperiksa itu berulang kali. Dia tidak mungkin paham. Ini berlaku disebakan bermacam-macam hal. Dari segi logik, anggap manusia ini seperti komputer yang boleh menyimpan data yang sangat banyak. Tapi yang menghadkan kelajuan komputer itu memproses adalah prosessor. Dan prosessor itu yang beri kelebihan pada komputer yang prosessornya lebih power. Jadi tak semua manusia prosessornya power.

Ada yang mengatakan tiada genius dalam dunia, kerana manusia ini sama sahaja. Pada pendapat aku, ada. Genius itu ada. Tapi nilai genius itu adalah subjektif. Yang menyamakan nilai manusia itu adalah ruh (ini pada pendapat aku, tiada kuote dari mana-mana). Yang membezakan manusia itu adalah bekas tempat mengisi ruh itu. Jasad. Jadi jika ruh itu terletak pada jasad yang bersesuaian (di sini aku tidak nyatakan mengenai jasad yang perfect atau macam mana), maka muncullah manusia genius. Berbeza dengan genius yang dicipta, mereka akan berusaha untuk mencapai tahap genius yang sering diperkatakan orang.

Dan sekarang gua buat apa benda ni?

Karangan pukimak apa.

Dah berambus! berambus!

p/s: ini tindakan luar kawal. maaf. Manusia memang kompleks. Gua nak tulis benda apa tah tadi, membawak ke cerita yang tak berguna macam ni. maaf lagi.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

engineer on site! said...

kau apa? ketagih kokain?

Kepala Mancis said...

babi kau tirusamy.

dalam Alchemist karya Paolo Coelho ada kasi tau pasal hal tentang roh atau suara dari dalam. manusiawi adalah apa yang tuhan telah tentukan. manusiawi adalah lagenda apabila berjaya mengikut kata hati.

diam ah, babi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...