Feb 7, 2012

OK kan

Bangun pagi mata memang kelat. Pulak tadi lepas subuh gua baru dapat tidur itu pun selepas tonton orang main bola ke hapa benda entah diorang main. Baru tidur dalam 2 jam dah kena kejut dek Zabidi pasal Mak Mah datang menanya pasal tangki rumah bocor. Gua sedar kejap terus pass tugas dekat Ijat. Gua sambung tidur. Ni baru bangun balik pun pasal rasa tak sedap hati.

Gua capai henfon nak tengok jam.

Ada meset la pulak.

"Camne nak kol plus?", dalam meset tu.

Gua balas, "Xphm, Lbuh raya?".

Gua tengok jam. Pukul 10.15. Tapi jam gua awal 30 minit. Jadi gua cuba sambung tidur dengan selubung pakai toto.

Tango down! Tango down!

"Meset masuk ni", kata gua dalam hati.

Gua capai lagi sekali henfon.

"Takpe2", dia balas.

*      *      *

Pukul 11 lebih.

"Main Battlefield ni pun bagus ni", tiba-tiba gua terluah cakap macam gitu dekat diri gua.

Last-last gua main FIFA.

Habis dua tiga frame, gua macam rasa nak tengok jam.

Gua cari-cari henfon.

Rupanya ada orang tengah call. Henfon gua ni hari apahal tah silent.

Gua angkat.

"Kau free tak? ke ada kerja?", dia cakap.

"aa?? gua free", gua jawab.

"Woi, amik gua dekat simpang renggam", dia cakap.

"Apahal woi?", gua balas. memang kalau gua bual adat gua letak tepi.

"Kereta gua sangkut dekat bengkel sampai ke megrib", dia cakap.

"Nak aku datang pukul berapa?", gua tanya.

"Ikut kau la pukul berapa yang kau boleh", dia jelaskan.

"Ok.. Ok..", gua 'ok' kan aja.

TUTT! henfon letak.

Gua letak henfon dalam loker.

Gua sambung main game kejap.

*      *      *

Gua gosok gigi.

Nak siap-siap pergi Simpang Renggam.

Siap je gua gosok gigi gua cari seluar.

"Henfon, rokok, beg duit", memang amalan gua kalau nak keluar rumah gua sebut bende tiga ni. Kalau tak sebut tak sah. Memang boleh jadi ada yang tinggal.

Gua cari henfon dalam loker. 4 miskol, 4 meset.

"Babi menatang ni tak menyabor betul nak suruh gua amik.", kata gua sendirian sambil tangan terus dail nombor talifon dia.

Dia angkat, pastu cakap mende apa tah. Gua tak dapat tangkap butir bual dia. Gua 'ok'kan je.

Gua capai dua biji helmet. Terus setat moto.

*       *      *

Sampai 7-Eleven dekat Simpang Renggam.

Gua talifon dia. "Woi mana?".

"Gua dekat Air Hitam", dia cakap.

"Babi, gua dah sampai Simpang Renggam.", gua balas.

"La, kan tadi aku dah cakap aku pinjam kereta bengkel kejap balik Parit Raja.", dia cakap.

"Ok, ok", gua 'ok' kan je lagi.

Celake. Membazir waktu tidur gua.


p/s: okbai
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

cikpia said...

padan muka. dasar pemalas!

Wadi AR said...

dia suro kau menjadi rajin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...