May 6, 2011

Bikin film

1 Mei 2011

Gua duduk di kompleks. Nak makan lontong paru.

Malas gua nak merokok pagi-pagi. Rasa taik gigi. Gua tengok keliling. Riuh orang berpoco-poco.

"Hilang akal, Mana pergi budaya?", hati gua merusuh.

Seorang lelaki separuh umur datang ke arah tempat gua duduk. Berhenti betul-betul depan gua. Dia hulur salam berjabat. Gua sambut tanpa senyuman. Tak alih-alih duduk.

"Pehal pakcik ni?", gua jadi tak menentu.

Orang kampung masih sibuk berpoco-poco meraikan Hari Buruh rasanya.

"Bagus aktiviti ni, tegok budak-budak muda", tiba-tiba pakcik tersebut bersuara.

"Hmm", gua hmm.

Sambil beliau menghidupkan api rokok. Gua tengokkan je. Surya 12.

Tak lama gua punya lontong paru sama kopi tarik sampai.

"Dulu awak tahu sepinggan lontong macam ni berapa harga? Dalam tahun 50 60 an.", lagi sekali pakcik tu mulakan bicara.

Gua angkat kening tanda tak tahu.

"Dulu macam ni baru 40 sen", dia sambung sambil jari telunjuk menhala ke arah pinggan gua.

Gua sambung makan.

*      *      *

Gua da fikir-fikir, gua nak buat filem tahun 50-an. Murah. Sepinggan lontong 40 sen. Filem pasal makan. makan lontong paru.

p/s: modal kecik. bagus-bagus.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

manggosteen said...

mesti pakcik tu nk minta lu blanja dia lontong paru sepinggan..

AUR said...

hahaha,,,giler ah otak ko boleh korner ke situ....hahaha...meh jumpa aku...aku tau nak bagi kat sapa ko no...hahaha

Dale said...

lari abis la.

engineer on site! said...

Woi woi jgn lupa watak wa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...