Oct 10, 2018

Sabar

Sabar. Tuhan ada dengan aku. Sabar.

Ada tempatnya orang sabar di dunia hanya untuk terima ujian kerana dirinya semakin kebal dan kebal setiap hari untuk mengharungi perlbagai jenis ujian. Adakalanya orang sabar itu hilang sabarnya dan mengadu pada yang bukan tempatnya. Walhal selama ini aduannya pada Yang Maha Tahu. Silapnya pilihan itu membuatkan hidupnya lagi teruk. Sepatutnya dari awal, dia tak perlu hilang sabar pun kerana Tuhan sudah memberikan padanya sabar itu. Jika mula hilang sabar itu, hanya perlu minta lagi sabar itu dari Tuhan. Semunya sangat senang sampai suatu ketika, dia terlupa meletak pengharapan pada makhluk. Jadi, tuhan pun tarik semula segalanya. Walhal, kalau dari awal dia terus berzikir mengingat Tuhan kan segalanya senang. Sekarang dia hilang arah. Jika tidak diperbetul apa silapnya dia pada makhluk, bagaimana makhluk tahu dia silap. Jika tidak pula diperbetul apa silapnyanpada Tuhan, bagaimana mahukan redha. Asalnya dunia ini tempatnya senang untuk dihadapai, tadi hati itu mudah terjatuh ke tempat yang bukan tempatnya. Jadi dia pun ambil jalan Tuhan kerana dia tahu makhluk tadi itu pun milik Tuhan. Di hanya perlu minta sabar itu semula diletakkan semula dalam jantungnya. Dia hanya perlu minta semula pada Tuhan supaya makhluk itu faham nilai aduannya tadi itu. Tidak semua makhluk diberi telinga untuk mendengar. Jadi apa yang boleh, mintalah pada Penguasa makhluk untuk memberi kebolehan mendengar itu. 

Tuhan, kembalikan sabar itu dalam jantungku.
Tuhan, kembalikan iman itu dalam jantungku.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...