Tatkala saya sedang berlatih silat tarian udara, tiba-tiba satu sosok sasa muncul secara yang sangat ajaib. Tidak dapat dipastikan lagi sosok apa kerana keadaan sangat berkabus yang kalau setakat mata biasa-biasa ni tak boleh pergi.
"Barangkali manusia", getus hati saya.
Saya berhenti mengimbangi chi. Kemudian perlahan-lahan mendarat.
Sosok tersebut semakin jelas.
"Tuan, manusia semuanya sudah makan riba", sosok tersebut mengeluarkan suara. Namun mulut pun tidak nampak. Bingung saya dibuatnya. Bagaimana kalau tiada mulut boleh berkata-kata. Bagaimana sistem pancainderanya berfungsi. Barangkali mata saya sudah menjadi ajaib juga secara tiba-tiba kerana dari tadi kabur sahaja.
Hal berkenaan riba. Saya pernah mengarahkan beberapa jenis makhluk untuk menjalankan projek ini. Tidak tahu menahu pula tiba-tiba siap.
"Disebabkan kamu siap kerja, saya ada hadiah", saya bercakap.
Saya pun kencing di dalam gelas panjang.
Saya berikan kepada sosok itu.
Sosok itu minum.
Dan sosok itu jadi menari dan tak tentu hala terkinja-kinja sambil berbuih mulut. Saya senyum sambil membelai gundik-gundik sekeliling yang seksi. Dekat dua belas ribu juga bilangan gundik saya. Saya bangga betul. Tubuh saya juga sasa. Kah kah kah.
Manakan tidak, kalau air kencing setan orang sudah mabuk, apatah lagi air kencing Iblis. Kah kah kah kah.
p/s: peh, lu tahu apa rasa batuk bulan puasa? Macam iblis.
1 comment:
siap pa saya tu? konpi us ni..hahaha
Post a Comment