"Kita kena cari sungai. Dari situ tahulah kita mahu menuju ke mana.", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu menyatakan buah akal. Sambil Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu terus berjalan lebih hadapan dari Effendi. Menerobos ke dalam semak-semak. Hutan pokok tinggi semakin ditinggalkan ke belakang.
"Mana pak cik tahu kedudukan sungai?", Effendi bertanya sambil tangan masih di dalam seluar menggaru punggung.
"Pak cik tahu la", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus jawab ringkas.
"Dah kenapa tiba-tiba tahu, dari tadi saya perhati pak cik ni macam sesat."
"Mana mungkin aku sesat wahai anak muda kerana aku pernah masuk kumpulan pengakap suatu ketika dahulu"
Effendi terus terdiam.
Effendi menjadi musykil juga, bukan kerana hal pengakap. Ini kerana hal rupa. Rupa Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu adalah bukan rupa orang kebanyakan di kawasan kampungnya. Malah rupa Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu ada kesan pendarahan orang putih. Yang menjadi aneh adalah, bagaimana Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus ini boleh fasih berbahasa melayu.
Maka diteruskan juga perjalanan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus bersama Effendi Mahmud. Ini merupakan suatu pengembaraan yang baik pada fikiran Effendi.
"Pak cik, saya rasa saya ada dengar bunyi sungai"
"Mana mungkin ada bunyi sungai di sini, lihatlah belantara sekeliling kamu"
"Tapi ini serius. Kita kena selamatkan anak dolfin"
Tidak semena-semena tangan kanan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu terhayun tinggi kemudian tepat menempeleng kepala Effendi.
Effendi tercampak 15 kaki ke arah pokok gerutu.
Effendi terus tidak sedarkan diri.
Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu terus angkat Effendi dan memikulnya.
"Ini akibatnya kalau kau terlalu lucu di dalam hutan. Aku ini pengakap", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus mengomel sambil meneruskan pengembaraan.
p/s: aku mahu minta duit kerajaan supaya bayarkan hutang aku pada institusi pelajaran aku.
1 comment:
Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus. (Baca lagi, lagi, lagi... lagi...)
Post a Comment