Apr 4, 2012

PDMS

Firdaus bising-bising.

"PDMS aku tak jadi la.. Sial la koyak", marah Firdaus.

"Dah la nanti nak kene test pulak masukkan air", sambungnya lagi.

Gua biarkan.

Orang marah ni tak usah disampuk. Karang ada yang tersampuk dek jin,

"Bila sial nak jumpa SV, nak siap satu PDMS kurang-kurang kena tiga hari."
"Adui, sabtu SV bukan ada, dah cuti. Bila sial nak buat ni?", Firdaus tak sudah lagi bising bising. Memang macam bertanya ayatnya, tapi tak payah la dilayan. Bukan dia mahu jawapan.

Firdaus ke dapur. Buat air.

Gua perhati je sambil gua membaca.

Baca Al-Fatihah.

Fidaus kembali dari dapur dengan secawan kopi dan terus duduk di hadapan komputer.

Firdaus letak cawan sebelah kibod.

Firdaus buka Travian. Menelaah kampung maya.

"PDMS entah ke mana..." sindir gua dalam hati.

Gua sambung membaca.

Baca PUNK ROCK: Di Sebalik Fesyen dan Muzik Bising.



p/s: PDMS tu apa benda tah. Gua perhati ada macam getah sintetik pun ada.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...