Jun 11, 2011

Kxamall Yushov

Kxamall Yushov, antara lelaki yang paling kuat pengaruhnya untuk pejuang-pejuang bawah tanah ketika pemerintahan Stalin. Kxamall juga lebih dikenali dengan nama "Zheleznyĭ chelovek" (dibunyikan Zuliznicloviak) atau dalam bahasa melayunya "Lelaki Besi" ketika itu. Kxamall mendapat gelaran sedemikian adalah disebabkan seluruh bahagian dalaman badannya diliputi besi. Ini adalah disebabkan Kxamall rela hati untuk menjadi bahan kajian saintis-saintis Soviet.

Ketika pemerintahan Stalin, memang banyak kajian-kajian sains yang dianggap merepek oleh sesetengah manusia telah dilakukan dengan berjaya, namun kebanyakan kajian-kajian tersebut hilang setelah Jajahan Soviet telah berpecah. Ada saintis-saintis yang melarikan diri ke negara-negara bekas jajahan, ada juga yang membunuh diri, tidak kurang juga yang berhenti menjadi saintis tetapi buat MLM sepenuh masa.

Kxamall pernah menyertai perang dunia kedua tanpa ada kecedraan berat atas sebab besi yang telah ditanam di badannya menjadikan organ dalamannya tidak lut dek peluru. Lebih mudah difahami Kxamall adalah cyborg, juga antara cyborg khas untuk perang yang terawal telah dibina. Boleh juga dikatakan sebagai ancaman.

Kxamall dikatakan menghembuskan nafas terakhir di Azerbaijan. Di kawasan pergunungan. Ramai yang memberitahu Kxamall meninggal dunia atas sebab pengaratan besi di dalam tubuhnya. Namun itu semua tidak dapat dipastikan kerana tiada siapa pernah menjumpai pusara Kxamall. Ada sumber mengatakan yang Kxamall merupakan seorang Muslim. Namun semua itu ibarat cerita dongeng Aladin. Nama Kxamall tidak pernah tercatat dalam mana-mana buku sejarah di dunia. Namun bila bertanya pada orang-orang lama yang masih tinggal di kawasan bekas jajahan Soviet, hampir semua mengenali "Zheleznyĭ chelovek".

Ada yang mengatakan beginilah rupa Kxamall.


*      *      *

"Woi Sop, pass la bola tu kat aku. Apa benda bawak sorang?!!!", jerit Salamian kepada Kxamall. Suara masih belum pecah. Kalau tak salah baru masuk darjah empat.
Di Malaysia, Kxamall Yushov juga ada tetapi bukanlah "Zheleznyĭ chelovek" seperti Kxamall di Azerbaijan. Di Malaysia, Kxamall-nya lebih kepada permainan kanak-kanak. Langsung tidak gentar mendengar nama Kxamall. Sangat lain. Tiada langsung lagenda.



Gua ronda-ronda kelmarin, ternampak nama ni dekat notis bod.

Lekas gua snap.

p/s: Gua rasa yang pasal Kxamall Yushov di Azerbaijan tu gua tak tipu.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...