Dari Johor Bahru, Si Macho exit highway kat Kulai. Saje. Nak rasa highway+jalan dalam katanya. Haha.
Baru je lepas tol, Si Macho nampak polis-polis berkeliaran.
"Eh, baru pukul berapa ni? Awal betol kerja tahan-tahan orang ni. Gaji tak cukup lagi ke?", detik hati Si Macho.
Si Macho buat saje macam biasa sebab sepanjang hidup Si Macho, 99% roadblock Si Macho lalu, mesti Si Macho kena tahan. Wajah memainkan peranan. Sewaktu melalui pos pemeriksaan itu, memang betol Si Macho disuruh ke tepi. Dengan pantas, Si Macho keluarkan lesen seta i/c. Si Macho mahukan semua pantas. Tapi polis sorang ni suruh Si Macho sorong motosiakalnya jauh dari jalan. Kenapa pulak ni? Si Macho pakai moto cuirik ke? Ke bapak Si Macho curik moto? Setahu Si Macho moto ni 1st hand.
"Bukak helmet kau", ujar sang polis kepada si macho dalam nada yang agak samar-samar.
"AH?", si macho agak bingung. Terfikir bahawa polis ni pak guard Universiti Tun Hussein Onn ke? Nak check rambut panjang ke tidak.
"Bukak la helmet kau tu", ujarnya sekali lagi kepada si macho.
Si Macho membuka helmet dan menyerahkan kepada polis tersebut.
"Buat apa kasi aku, letak atas tu." sambil menudingkan jarinya ke arah seat motosikal.
"AH?", bertambah hairan Si Macho.
"Kau pergi sana, chek air kencing" kali ni tangannya menunjukkan ke seberang jalan. Ramai polis di situ. Ada trak polis, ada jip polis, ada kereta polis.
"Apa semua ni?", soalan bermain dalam fikiran Si Macho. Si Macho semakin pening. Tak paham. Dia hanya berlalu melintas jalan. Menuju ke arah yang dimaklumkan. Berkerut juga dahi Si Macho. Selalu kalau kena tahan pada waktu roadblock, lepas tunjuk i/c, lesen, serta roadtax, sume setel. Blah je. Ni tidak.
Sampai dia kawasan polis ramai-ramai tu, Si Macho mebuka kaca mata hitamnya dam meletakkan di atas bonet jip polis.
"Amik la riben ko tu!", salah seorang polis penjaga air kencing bersuara dengan nada agak tinggi kepada Si Macho. Biasa la. Kalau aku polis, aku pun buat macam tu.
"Nah, amik ni, kencing dalam ni." sambung anggota polis tersebut.
"AH?", Si Macho masih lagi bingung.
"Weh, kau temankan budak ni kencing kat belakang", anggota polis itu bersuara memanggil anggota polis yang berpangkat rendah berbandingnya. Tetapi polis muda itu bersenjatakan MP5. Nak jaga orang kencing pun pakai senjata? Haha.. Si Macho takkan lari la, pasal dia memang nak terkencing pun dari tadi. Hahaha.
"Currrrrrrrrrrrrr", air kencing memenuhi ruang bekas yang diberikan.
Selepas beristinjak, Si Macho pergi ke kawasan polis tadi. Si Macho memberikan sampel air kencing yang agak banyak berbanding sampel-sampel yang sudah tersedia.
Datang pula seorang anggota polis yang berpakaian reman (mungkin juga pembantu perubatan). Dia seorang wanita.
"Kau isap apa?" tanyanya kepada Si Macho. Nadanya agak garang, garau dan takde pakwe.
"Isap rokok", jawab Si Macho. Mahu sahaja Si Macho jawab "Aku hisap tetek mak aku masa kecik". Tapi atas sebab tak mahu timbulkan rusuhan di situ. Si Macho hanya melihat apa yang bakal dilakukan terhadap air kencingnya.
"Tak hisap ganja?", tanyanya lagi kepada Si Macho. Masih garau, garang dan takde pakwe.
"Tak", ringkas Si Macho jawab kerana dia tak ambil ganja.
"Ala, kalau test ada, kita angkut je" kata seorang lagi anggota polis yang agak berpangkat bila Si Macho lihat dari penampilannya. Banyak paku di baju.
Suasana hening seketika. Perempuan tadi teruskan kerjanya. Ada 4 batang alat seprti kertas litmus. Tapi keempat-empat memberikan kesan yang menghampakan pihak polis.
"Buang air kencing kau ni", perempuan itu menyuruh Si Macho. Masih garang, garau dan tiada pakwe.
Si Macho buang air kencing tersebut, ambil semula lesen serta i/c. Dan meneruskan perjalanan.
...........Bersambung
p/s: Si Macho kena tahan sebab wajahnya ke? Kalau la Si Macho memiliki wajah yang putih berseri serta tiada jerawat. Mesti polis kasi lepas. Betol tak?
4 comments:
aku mase 1st time kena pown cam ko jgk pert.. xtaw nk bt per.. mase nak kencing tue.. aku nak ttop pintu, tpi kena marah plak..haha.. len kali tanya lah dulu kita nie pnah kena ke blom.. sengal..
sabar le pert..
mungkin dia jeles tengok kau terlalu macho
tu yg dia tahan tu ekekekek.....
sabar keh... diorang dengki ngan ko kot. hahaha
hahaha..
Post a Comment