Apr 22, 2010

Selesa sangatkah hidup kau sekarang?


"Rumah saya seluas padang bola", Gordon berkata. 

"Seronok ke rumah besar macam tu?", aku bertanya.

"Seronok la.. tapi itu pun kalau aku boleh berada di semua tempat pada masa yang sama", jawab Gordon.

Manusia mahukan rumah. Rumah yang besar diminta dalam doa. Tuhan bagi apa yang diminta, akhirnya... manusia tetap tak rasa puas. Nafsu manusia takkan ada penghujung selagi tuan punya badan melayan kerenah nafsu. Apa yang manusia mahu? Keperluan atau kehendak? 

Berbalik pada tajuk, "Selesa sangatkah hidup kau sekarang?". Apa yang manusia anggap kehidupan yang selesa tu? DUIT? MAKANAN? FESYEN? atau KERETA?

Aku bukan anti-duit. bukan jugak anti-moden. bukan juga anti-fesyen. Tapi Gordon suka rumah dia seluas padang bola. Untuk apa tu?

Aku suka timbulkan persoalan. Kerana ramai orang tak suka baca artikel panjang. Masyarakat sekarang (termasuk aku) gemarkan kehidupan material. 

"Aku teringin nak BELI .........................(sila isi tempat kosong dengan benda yang kau inginkan)", kata pembaca (termasuk penulis) blog Otak dan Jantung.

Kenapa nak beli? Benda yang kau beli tu bermanafaat ke? Atau hanya fesyen? Atau KEHENDAK DUNIA MASA KINI? 

Adakah hidup jadi selesa bila ada DUIT banyak macam lautan? Atau ada kereta Ferrari lebih 1000 buah? Atau ada tangki minyak petrol yang takkan kering? Atau ada seluar jeans ..................(isi tempat kosong dengan jenama jeans kegemaran anda)? Atau rumah yang kau yakin takkan runtuh?

Aku cuma senyum pada waktu sekarang. Kerana aku belum menjadi orang yang sangat dewasa untuk itu-itu semua. Kerana aku belum punya tanggungjawab demikian. Tapi aku tau ramai akan kecam aku pasal artikel ni. Kerana MATERIAL itu PENTING. Kata-kata pujangga dari seorang yang kehidupan hariannya mencari kemewahan. 
Ada juga yang cakap kat aku, "Macam mana kau nak hidup kalau takde duit?".

Aku cuma boleh gelak kecil. Kerana aku tau duit tu kertas. Dan aku makan sayur. Nasi.
Orang tu membalas, "Habis kau nak tanam padi kat rumah kau?"

Kalau perlu, aku tanam. Tapi kau ni tak belajar ke? Tak semestinya kena makan nasi. Apa salah makan ubi. Bebal.

Nak hidup selesa mesti ada DUIT ke? Mesti ada rumah macam Gordon ke?

Kata orang, duit tu mesti ada. "Kemiskinan membawa kepada kekufuran", ada la yang pernah cakap kat aku. Aku tak bantah. Kerana itu betol. Tapi miskin tu dari segi duit je ke? Banyak persoalan yang timbul sekarang ni. 

Tulisan-tulisan aku pada kali ni bukan nak bagitau aku ni teringin jadi miskin. Tapi kalau betol aku nak kejar material di bumi, aku rasa takkan sempat habis dikejar sampai aku mati nanti bila aku mati? 1 saat lepas aku publish entri ni ke?). Nabi Muhammad wafat di mana? Negara mana yang paling jauh dia pernah sampai sepanjang hidup dia? Apakah fesyen yang paling mahal dia pernah pakai? Apakah kenderaan yang paling mahal pernah dia ada? Berapa luas rumah dia? Berapa banyak harta yang dia sibuk carikan untuk kaum kerabat dia? Selesa tak dia hidup macam tu? Jawapan untuk semua tu ada dalam otak kau semua.

"Eleh ko ni Pert, nak jadi ustaz pulak", sindir seorang peniaga di pasar lambak.

"Aku bukan nak jadi ustaz, aku nak jadi wakil rakyat", jawab aku selamba.

Diam peniaga tersebut. Aku berikan senyuman pria idaman wanita kepadanya sambil berlalu pergi.



“The media's the most powerful entity on earth. They have the pmwer to make the innocent guilty and to make the guilty innocent, and that's power. Because they control the minds of the masses.”
-Malcolm X


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

r.k said...

ade orang suruh lu kejar kakayaan ke ? keh keh ? ke kes ade suh lu join MLM ?

cukup la pert , sekadar yang ada . hehe .

Pert Doherty said...

haha.. pndi pon.. MLM.. haha.. xla sgt.. just aku tgk benda ni bukan stakat MLM je.. memang mentaliti manusia yg hidup zman ni.,. 99.99% macam tu.. MATERIALISTIK... Pandang luaran..

Aku said...

DUIT bukanlah segala-gala nya
namun
segala-gala nya memerlukan DUIT

(nyampah betul~)

Pert Doherty said...

kerana kamu hidup dalam komuniti yang mempunyai minda yang terhad.. Komuniti McDonald, komuniti ESPN, komuniti Discovery Channel, Komuniti fast food, komuniti skinny jeans.. Sebab tu "segala-gala perlukan duit".. Aku bukan anti-kemodenan. tapi ambil modenisasi untuk yang perlu.. Adakah kemodenan mesti mengeluarkan wang yang banyak? Adakah belajar sains perlukan Duit yang banyak? FIkirkan.. Minda kita telah lama dijajah untuk mengatakan "Segala-gala perlukan duit".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...