Sep 6, 2012

Saya seorang ustaz

Saya seorang ustaz. Saya tampan. Saya menjaga tutur kata saya ketika bertemu dengan segala makhluk. Saya menjaga amalan saya. Saya baik. Saya juga harum semerbak.

Saya pun pergi berkelana.

Dalam sedang berkelana, saya terjumpa sebuah gua.

Gua itu gua ais. Hairan juga saya. Saya berkelana di kawasan Brickfields tadi. Tiba-tiba sahaja ada gua ais. Jadi saya pun masuk.

Wap keluar dari mulut. Saya terketawa sendiri.

"Macam filem mat salleh pula cakap siap keluar asap", getus hati saya.

Saya senyum sambil meneruskan perjalanan jauh lebih dalam. Gua itu sangat sejuk. Saya yang hanya memakai jubah dan serban rasa sejuk pula.

Dihadapan saya ada jalan gua yang lebih dalam. Tiba-tiba muncul seekor penguin raja.

Saya kaget.

Saya menelan air liur.

"Slide....", kata penguin raja itu.

Dan penguin raja itu terus menggelongsor melalui jalan gua yang rekabentuknya seperti gelongsor.

Penguin raja itu hilang dari pandangan.

Saya pula tiba-tiba berada di Mesir. Berpeluh peluh saya.


p/s: dah nak abis woi. besok abis woi. ahaks.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Anonymous said...

layankan aja!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...