Apr 7, 2013

Manifesto i

Emmm..

Tok! Tok! Tok!

Cubaan suara.

Emmm..

Macam ni jelah.

Jikalah kami memerintah, ada banyak benda kami nak ubah.

Yang pertamanya, kami akan runtuhkan bangunan-bangunan pencakar langit.

Dan mana-mana batu yang masih elok tu kami akan kumpulkan untuk buat rumah untuk golongan belia yang masih tidak mampu membeli rumah. dan rumah-rumah tu semua percuma. Percuma kau tahu.

Yang kedua, kami akan hapuskan penguasaan bank terhadap negara.

Jadi tiada pinjaman-pinjaman akan dikeluarkan lagi lepas ni. Siapa ada duit cukup baru boleh beli kereta atau rumah. Tapi pasal rumah anjing apa nak beli lagi, tadi saya dah kata nak bagi percuma.

Yang ketiga pasal kereta. Kita tak akan ada import kereta luar lagi. Kali ini dasar tertutup. Malaysia untuk orang malaysia.

Yang keempat, rokok. Rokok kami akan tutup kilang buat rokok. Jadi siapa nak hisap juga boleh pergi ladang, beli kilo. Buat sendiri.

Yang keempat, pasal PTPTN. Yang tiap-tiap bulan bayar ada caj perkhidmatan tu, kami akan buatkan satu akaun untuk setiap yang bayar. Jadi habis sahaja bayar hutang PTPTN, boleh tuntut duit caj tu semula. Secara tak langsung ada juga simpanan dua tiga ribu. Rasanya la.

Yang kelima, kami akan memberi dana untuk band-band rock yang baru nak naik. Mana-mana lagu yang sedap akan dijadikan lagu rasmi untuk seminar-seminar kerajaan. Jika tidak sedap akan diusulkan untuk jadi lagu sekolah atau maktab. Dan jangan risau, royalti akan dikira bulan-bulan.

Yang keempat, mana-mana yang baik dari kerajaan dahulu akan diteruskan.

Yang kelima, saya lupa. Tapi banyak benda hal berkaitan duit la.

Bukan apa, kita ni negara pra membangun sebenarnya. Jadi saya tak galakkan orang malaysia pakai barang import. Jika asik membeli barang import, duit banyak keluar. Jadi kedudukan kewangan kita ni macam telur di hujung tanduk.

Kamu akan kata mana pergi duit minyak, duit cukai, duit apa entah lagi.

Tapi duit itu kalau saya memerintah nanti saya dah ketepikan dahulu untuk buat tugu lembu emas yang sangat hikmat dan gergasi dekat Pekan Nanas. Peduli apa saya duit rakyat ke apa.

lagi satu, saya kalau memerintah, saya akan pastikan jabatan pertanian akan memberikan benih tanaman yang penting untuk semua rakyat. Kemdian, untuk mendapatkan benih ganja dan popi dan juga koka, kamu perlu mendaftar. Kita akan jadi negara pertanian yang sentiasa mengeksport bahan mentah pertanian. Lebih-lebih lagi kita akan jadi negara yang menguasai dunia menggunakan bahan mentah untuk perubatan. Pertanian kita akan merevolusikan dunia.

Dengan teknologi pertanian yang bertambah pesat, kita akan mengumpul dana untuk meningkatkan teknologi perang. Apa guna graduan universiti yang belajar kejuruteraan tapi tidak mahu mengkaji teknologi peperangan. Kita perlu menjajah. Kita perlu menjajah negara sekeliling kita. Kalau boleh menjajah dunia. Kita kena menjadi negara yang digeruni.

Bila kita menjajah, kita akan merampas hasil bumi orang lain, jadi kita akan jadi kaya. Jika dah kaya, kamu semua tak akan memberontak. Tapi yang kau orang kejar sebenarnya duit kan? Jadi saya akan bagi duit banyak-banyak dekat kamu semua sehingga kita inflasi. Orait?

Nak minum teh, kita perlu membayar RM250.

Ok apa. Duit banyak kan?

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan manifesto. Nanti-nantilah.

Wabilahitaufik walhidayah.

Wasallamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

(applause)



p/s: kalau gua tulis p/s yang betul, orang geli pulak nak baca, jadi adalah lebih baik gua jadi hipokrit. Hidup sebagai hipokrit adalah lebih senang. Poser tak poser, gua kena hipokrit kali ni. Suka hati gua. Ini badan yang tuhan tangungjawabkan ke gua untuk jaga. Jadi macam ni cara gua jaga, peduli apa kalau lu orang nak bising.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...