Suatu hari ketika gua sedang bekerja dengan tekun.
"Eh, pert, ada customer nak jumpa", kata Farah. Ok dekat situ dapat dilihat, Farah mencampuradukkan bahasa inggeris ke dalam pertuturan melayu. Sampai suatu ketika nanti gua agak, perkataan customer ini akan dipindah ke dalam kosa kata melayu dalam ejaan kastemer.
Gua terus menuju ke arah customer yang dimaklumkan awal tadi.
"Assalamualaikum, encik Hijjas kan?", gua pula sejenis manusia yang suka mencampuradukkan bahasa arab ke dalam pertuturan melayu. Contohnya, gua menyebut 'Allahuakbar' ketika berasa kaget. Dan macam-macam situasi lagilah yang membuatkan gua menggunakan bahasa arab secara tidak langsung. Contoh lainnya, gua menjerit 'La ila ha illallah' dengan kuat ketika Skrtel tidak menjaringkan gol, walhal dia depan gol.
"Ya saya", encik Hijjas menyahut.
Dan kami mula bersuai kenal.
Paling tak tahan bila dia cuba 'being friendly' dengan menukar kata ganti nama 'saya-awak' kepada 'saya-bro'. Gua nyaris terketawa dengan kuat. Namun hasrat yang buat gua jadi orang tak beradab, gua padamkan sahaja. Hal adab ni lain kali gua masuk.
TINUTINUTINTIT!!!TINUTINUTINTIT!!!TINUTINUTINTIT!!!
Telefon bimbit gua berdering dengan lantang.
Gua tanpa ada adap untuk menjawab panggilan, lantas angkat telefon.
Awi Rui.
"Ha, helo", gua mulakan bicara UHF.
"Ada mana?", Awi tanya gua.
"Kat Puchong"
"La, yeke.. keje ke.. lu balik pukul berapa?"
"Pukul 7 lebih kurang, woi, gua ada pelanggan ni", gua cuba jawab dengan nada berbisik-bisik sedikit agar Encik Hijjas tak dapat tangkap perbualan gua.
"Apa?", Awi bertanya, barangkali tidak dengar sangat.
"Gua dengan pelanggan ni!", gua kuatkan sedikit nada.
"Ha?? kau dengan client ke?!", jerit Awi lagi.
"Ha.. lebih kurang la", gua makin halus suara nak jawab, mengikut perkiraan gua suara Awi dapat didengari jelas dek Encik Hijjas. Jadi gua sedikit berbisik, "woi nanti ah woi".
"Buto lah lu", Awi maki gua lantas memutuskan talian.
* * *
"Kau dah la pakai kot masa konvo, gua dulu konvo pun tak pakai kot", Awi timbulkan isu sambil belek gambar dalam kamera.
"Fuck la pakai kot", sambungnya lagi dengan nada provokasi.
Gua senyap je.
"Kau ni dah la cakap ' aku dengan pelanggan' itu hari", Awi tak fasal-fasal tukar topik.
"Bila masa sial?", gua bantah.
"Hari tu la aku telefon kau dekat kedai lagi, babi apa la 'pelanggan'", bebelnya lagi.
Kah kah kah! gua terus ketawa dengan teruk sekali.
"Yeke gua cakap pelanggan, buto lu reka cerita", kata gua sambil menyelesaikan saki baki ketawa awal tadi. Mulut masih tersengih-sengih sedikit. Kau tahu je la kan macam mana rasanya bercakap ketika masih nak ketawa-ketawa.
"Ye la babi", jawab Awi sambil membetulkan kaca matanya. Muka lagak serius tak sudah-sudahnya itu dibawa-bawa sampai ke rumah gua.
"Tapi betul ke gua cakap macam tu?", gua bertanya lagi sambil tersengih-sengih mendapatkan kepastian.
"Ye la celake"
"Tapi betul ke.."
PANGGG!!!
p/s: tapi cilake jugak kosa kata penlanggan ni kalau didengar. Kah kah kah
1 comment:
epic sial pelanggan.perkataan kastemer tu aku dah penah jumpa.rasa nak rebel je bile baca
Post a Comment