Jul 20, 2012

FASTING 5

Gua setat puasa sejak dari bangku sekolah lagi. Amalan puasa ini memang jadi keutamaan dalam keluarga gua. Pantang ada hari yang halal berpuasa, kami pasti berpuasa. Sehinggakan bila dikira-kira balik hari yang tidak puasa dalam setahun, ada la kira-kira sebulan setengah.

Betapa takwanya gua pada zaman itu.

Pada tahun-tahun berikutnya, gua dan keluarga terus melakukan tradisi biasa. Berpuasa secara tidak tentu hala.

Dan lu orang jangan ketawa pula.

Aku tampar kang.

*      *       *

Bruce Wayne terus memecut di tengah-tengah kepungan berpasukan-pasukan polis entah dari mukim mana entah masing-masing. Tiba-tiba sahaja dekat 20 pasukan polis boleh muncul memenuhi ruang sehingga nak bernafas pun tak boleh. Bruce Wayne masih lagi memecut.

Polis-polis tadi semua masing-masing mengacu senjata. Ada yang berat, ada yang ringan. Semua diacu menggila ke arah Bruce Wayne. Ada juga yang duduk sahaja merokok di tepi kereta peronda.

Gua terus ke tandas.

p/s: puasa puasa juga. bernafas jangan lupa
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Wadi AR said...

selamat berpose pert.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...