Manusia akan terus berbalah mengenai hal ini kerana ada sesetengah kerja memerlukan manusia untuk bekerja malam, sebagai contoh pengawal keselamatan, dan juga cashier di kedai 24 jam. Tapi adakah benar bekerja waktu malam ini produktif? Atau hanya keterpaksaan dalam mencari wang?
Secara alaminya, manusia sememangnya dicipta untuk menjalankan aktiviti harian sama ada bekerja atau apa pun aktiviti fizikal lain pada waktu siang, dan berehat pada waktu malam. Ini disebabkan pada suatu ketika dahulu, elektrik belum ditemukan untuk membantu menjalankan aktiviti pada waktu malam. Setelah, perkakasan elektrik digunakan secara meluas terutamanya lampu, manusia berani untuk mewujudkan kerjaya pada waktu malam. Semakin ramai yang sanggup bekerja malam. Lebih tidak patu, ada yang sanggup bekerja dari siang hingga ke malam. Ini tak lain tak bukan berpunca dari tekanan masalah kewangan dan juga pengurusan masa yang tidak baik.
Pengurusan masa sangat penting bagi semua kerjaya di dunia. Setiap kerja ada tugasan, pencapaian dikira bagi setiap tugasan yang diselesaikan dalam tempoh yang diberikan. Pusinglah dunia macam mana pun, kerjaya memang dicipta demikian. Menyiapkan tugasan. Jadi apa kaitan waktu berkerja 9 pagi hingga 6 petang apa kaitan dengan menyiapkan tugasan? Itu hanyalah waktu normal bagi manusia menjadi produktif untuk kebanyakan kerja kerana seperti awal tadi, manusia memang dicipta begitu. Bagi yang boleh menyiapkan tugasan pada waktu malam, silakan.
Saya pula ada idea tersendiri mengenai waktu bekerja di mana-mana tempat kerja. Salah satunya, tidak overtime. Saya tidak menyokong bekerja dari siang hingga ke malam, kerana beban kerja tidak berkurangan secara mendadak pun jika kita pulun overtime kerana manusia ada had dalam menjalankan apa-apa aktiviti.
Jika mendapat tugasan, selalunya saya akan susun langkah menyiapkan tugasan sebaiknya sebelum memulakan apa-apa tugasan. Walaupun kadang-kadang dari pihak client agak merepek dari segi deadline. Tapi jika kita sudah ada plan dalam menyiapkan kerja, masalah akan selesai lebih awal dari jangkaan selalunya.
Dari segi performance, saya sangat yakin saya kerap siap lebih awal dari waktunya. Oleh sebab itu, saya ada banyak masa berehat. Cara kerja saya adalah pulun siang puas puas buat kerja, ada masa lebih rehat, lepas tu balik on time. Jangan banyak rest (tengok phone atau bersembang) waktu kerja yang normal tu, jalan ke kerja sampai siap. Kemudian, ada lebihan masa tu baru check telefon atau apa pun aktiviti. Jadi dekat sini berani saya katakan saya produktif pada waktu siang.
Namun walaupun performance saya baik dalam menyiapkan tugasan on time, saya kerap dipersalah akibat lewat dalam kedatangan ke pejabat namun balik hampir kepada waktu on time. Itu bezanya saya, kerana saya tahu tugasan saya sudah siap dan saya ada keluarga. Berapa ramai lagi orang lain yang datang lewat. Tapi bezanya mereka sanggup bermalam di pejabat. Saya pun tak berapa faham kenapa mereka ada idea demikian, mungkin alasannya adalah waktu yang produktif bagi mereka adalah malam. Entah. Bagi saya pula malam adalah waktu yang sangat tidak produktif bagi menyiapkan tugasan di pejabat.
Yang menjadi isu ialah jam bekerja saya tidak cukup berbanding yang lain, hal ini disebabkan saya siap lebih awal dari waktunya dan saya tak suka stay tak buat apa sampai malam. Akhirnya kalau tunggu pun membazir elektrik. Berapa banyak komputer dihidupkan lebih masa tanpa ada menyiapkan apa apa tugasan?
Sebenarnya sedih juga bila kita terlalu pantas dalam menyiapkan kerja, sampai orang rasa kita ni banyak masa free agaknya. Atau saya perlu beralih kepada kerja yang tidak memandang rendah kalau balik on time walaupun semua tugasan dah siap?