May 23, 2025

Green Screen Anjing

"Cepat sikit datang set (kerja B)"

"Tunggu jap, nak kena setel benda ni dulu (kerja A), karang mana ada orang lain buat pun kerja ni. Jap lagi sampai"

Gua dah kalut kalut gerak set. Sampai set, cancel, client (yang juga talent) tak dapat hadir atas kekangan kerja dia.

Gampang.



So tertunda la rakaman sampai 5 hari. Deadline masih sama. Tak berubah. Tapi dah kena buang 5 hari tak boleh progress.


Sampai la hari kejadian setelah tunda. Gua ni masih ada kerja lain nak kena siap ni. Kena datang set jugak. Apa ke gila la. Ok gua datang gak. Semua delay. Delay bukan sikit sikit. So aku kena tunda 3 jam lagi untuk siapkan kerja (kerja A).

So habis kat set gua kena kejar ke pejabat. Siapkan kerja A.

Gua ok je.

Lepas tu gua tanya kat grup Whatsapp, "Boleh ke tunda tarikh deadline (kerja B)?".

Gua memang boleh agak takkan sempat pun. Sebab lu dah buang 5 hari macam tu je. Kalau siap pun takkan ada masa nak review. Kualiti drop.

Dalam whatsapp grup, "Tak boleh, client mintak time sama jugak submit."

"Bapak dia la!", gua jerit kat depan komputer.

"Bangang ke apa"

Yang paling gua menyirap, takda sorang pun defend gua punya statement. Walhal semua orang tahu 15 minit green keying memang akan ambil masa. Unless, diorang prefer Capcut keying. Gua ok je. Tapi tak, nak kualiti tapi tau nak cepat. 15 minit ada 85 shot green screen nak kena key. Punai. Pastu nak cepat, nak barang baik. Apa siak. 

Lagi satu dalam team takda sorang pun provide apa apa untuk mempercepatkan proses. Nak bubuh info, tapi harap aku nak dengar satu per satu. Gua ok nak dengar. Tapi buang masa la. Aku la nak dengar, aku la nak buat grafik, aku la nak roto, kepala bapa dia la.

Last sekali gua tanya kat grup, baru ada respon. Baru nak bagi maklumat. Itu pun surface gila babi.


Tapi gua ok, gua buat apa yang diprovide je.


Tapi tukarannya adalah masa. Gua sorang buat. So, lambat la siap.


Semoga bila gua blah, takkan ada orang boleh dan pandai buat kerja gua.


Masa tu, freelance pun taknak buat sebab tak berbaloi. So buat la kau sendiri.

Satu shot alter itu ini, nak kena tambah hologram la apa la, habis paling cikai 15 minit sampai ke render.  Sekarang ada 85 shot, kau try darab 15 minit. Tak ke sehari suntuk, itu kalau kau tak tidur. Yang lagi cegampang, member gua dah submit design. Apa la salahnya review waktu hari tunda tu. Bagi komen apa kejadah. Tak. nak tunggu jugak hari shoot yang kali ke-2. Baru nak review. Lepas tu aku dah buat, ikut komen, rupanya ada benda itu ini nak kena buat balik.

Otak dia, barang nak siap ambik masa 24 jam. Kena kacau lagi buang 6 jam macam tu je, nak tunggu review design. Time hujung hujung la baru nak check. Abis seminggu kau buat apa celaka. Adoi.

So starting point dah delay 6 jam. Kau harap nak kena hantar awal lagi ke.

Ni kalau aku pulun dan mati pun diorang apa kisah. Segalanya sebab kau dah pow client. Bila kau dah pow, team kau mati sekalipun kau kena siapkan. Unless kau nak return duit tu dan cakap tak boleh deliver.

Aku faham semua tu. Tapi yang babi kat sini client yang tak hadir hari pertama shooting. So dia yang delaykan semua benda.

Yang gampang lagi bertimpa timpa, bos gua takda sikit pun rasa nak menekan client balik. Mengarut semua ni. Salah sendiri.

Aku dah bagitau tu hari lagi tak sempat. Takda plan B ke.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 11, 2020

Kerja siang sampai malam

Bila bertanya pasal produktiviti sesuatu kerja, kita sebagai manusia akan memberi pendapat masing -masing tentang waktu terbaik untuk menyiapkan kerja. Ada yang kata waktu pagi adalah yang terbaik, ada yang kata waktu tengahari, ada yang kata petang, malah ada yang sanggup bersengkang mata pada waktu malam untuk mencari masa yang paling produktif. Namun begitu, waktu normal sesebuah pejabat adalah pada waktu siang sehingga penghujung siang. Begitulah adatnya bekerja di bumi. Bagilah tahu bila pun masa paling produktif, masa normal masih tetap pada siang hari.

Manusia akan terus berbalah mengenai hal ini kerana ada sesetengah kerja memerlukan manusia untuk bekerja malam, sebagai contoh pengawal keselamatan, dan juga cashier di kedai 24 jam. Tapi adakah benar bekerja waktu malam ini produktif? Atau hanya keterpaksaan dalam mencari wang?

Secara alaminya, manusia sememangnya dicipta untuk menjalankan aktiviti harian sama ada bekerja atau apa pun aktiviti fizikal lain pada waktu siang, dan berehat pada waktu malam. Ini disebabkan pada suatu ketika dahulu, elektrik belum ditemukan untuk membantu menjalankan aktiviti pada waktu malam. Setelah, perkakasan elektrik digunakan secara meluas terutamanya lampu, manusia berani untuk mewujudkan kerjaya pada waktu malam. Semakin ramai yang sanggup bekerja malam. Lebih tidak patu, ada yang sanggup bekerja dari siang hingga ke malam. Ini tak lain tak bukan berpunca dari tekanan masalah kewangan dan juga pengurusan masa yang tidak baik.

Pengurusan masa sangat penting bagi semua kerjaya di dunia. Setiap kerja ada tugasan, pencapaian dikira bagi setiap tugasan yang diselesaikan dalam tempoh yang diberikan. Pusinglah dunia macam mana pun, kerjaya memang dicipta demikian. Menyiapkan tugasan. Jadi apa kaitan waktu berkerja 9 pagi hingga 6 petang apa kaitan dengan menyiapkan tugasan? Itu hanyalah waktu normal bagi manusia menjadi produktif untuk kebanyakan kerja kerana seperti awal tadi, manusia memang dicipta begitu. Bagi yang boleh menyiapkan tugasan pada waktu malam, silakan.

Saya pula ada idea tersendiri mengenai waktu bekerja di mana-mana tempat kerja. Salah satunya, tidak overtime. Saya tidak menyokong bekerja dari siang hingga ke malam, kerana beban kerja tidak berkurangan secara mendadak pun jika kita pulun overtime kerana manusia ada had dalam menjalankan apa-apa aktiviti.

Jika mendapat tugasan, selalunya saya akan susun langkah menyiapkan tugasan sebaiknya sebelum memulakan apa-apa tugasan. Walaupun kadang-kadang dari pihak client agak merepek dari segi deadline. Tapi jika kita sudah ada plan dalam menyiapkan kerja, masalah akan selesai lebih awal dari jangkaan selalunya.
Dari segi performance, saya sangat yakin saya kerap siap lebih awal dari waktunya. Oleh sebab itu, saya ada banyak masa berehat. Cara kerja saya adalah pulun siang puas puas buat kerja, ada masa lebih rehat, lepas tu balik on time. Jangan banyak rest (tengok phone atau bersembang) waktu kerja yang normal tu, jalan ke kerja sampai siap. Kemudian, ada lebihan masa tu baru check telefon atau apa pun aktiviti. Jadi dekat sini berani saya katakan saya produktif pada waktu siang.

Namun walaupun performance saya baik dalam menyiapkan tugasan on time, saya kerap dipersalah akibat lewat dalam kedatangan ke pejabat namun balik hampir kepada waktu on time. Itu bezanya saya, kerana saya tahu tugasan saya sudah siap dan saya ada keluarga. Berapa ramai lagi orang lain yang datang lewat. Tapi bezanya mereka sanggup bermalam di pejabat. Saya pun tak berapa faham kenapa mereka ada idea demikian, mungkin alasannya adalah waktu yang produktif bagi mereka adalah malam. Entah. Bagi saya pula malam adalah waktu yang sangat tidak produktif bagi menyiapkan tugasan di pejabat.

Yang menjadi isu ialah jam bekerja saya tidak cukup berbanding yang lain, hal ini disebabkan saya siap lebih awal dari waktunya dan saya tak suka stay tak buat apa sampai malam. Akhirnya kalau tunggu pun membazir elektrik. Berapa banyak komputer dihidupkan lebih masa tanpa ada menyiapkan apa apa tugasan?

Sebenarnya sedih juga bila kita terlalu pantas dalam menyiapkan kerja, sampai orang rasa kita ni banyak masa free agaknya. Atau saya perlu beralih kepada kerja yang tidak memandang rendah kalau balik on time walaupun semua tugasan dah siap?




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 21, 2019

Syaitan

“Hidup ini singkat, buat apa sibuk pening kepala pikir pasal orang punya attitude”, terang Jalil panjang lebar.

“Tu la, betul jugak”, gua terangguk angguk.

“Kau fikir siapa punya kerja yang buat jiwa kau sakit fikir orang punya hal?”, Jalil sambung menyoal pula.

Hal menyoal ni seling kali disalah erti dengan hal menanya. Kedua-dua perilaku tersebut mempunyai struktur ayat yang hampir serupa, iaitu berakhir dengan tanda soal, namun dibezakan dengan intonasi. Sebab itu kajian bahasa ini suatu yang perkara yang luas, tidak hanya bergantung kepada penulisan sahaja atau lisan sahaja. Kedua-dua hal saing berkait rapat yang akhirnya mencipta tamadun. Apa akan jadi kalau suatu tamadun itu tiada bahasa atau pengantara komunikasi? Mungkin zaman sekarang penggunaan penulisan lebih meluas dalam komunikasi harian. Ini adalah berpunca dari penggunaan peralatan canggih yang cuba meminimakan penggunaan tenaga. Jadi penulisan lebih menjimatkan tenaga berbanding lisan. Namun, ada akibat lain pula jika berterusan hidup tanpa lisan. Kekurangan intonasi yang membawa kepada penaakulan niat. Dan akhirnya membawa kepada fitnah.

“Entah la, aku rasa sebab dia memang macam tu la, sebab tu semua orang tak puas hati”, gua pula menerangkan sambil mata gua masih tertumpu ke arah tv yang menayangkan filem polis hong kong.

“Macam ni, dunia ni takkan lengkap tanpa tipu daya syaitan”, Jalil terus menghirup kopi sebaik habis bercakap.

Salah seorang polis hong kong tersebut meluru ke arah salah seorang gangster dan memberi lutut ke arah dahi. Tumbang seorang.

“Maksud kau, yang tadi tu kerja syaitan?”, gua pandang Jalil. Lupa sebentar dengan siaran tv tadi.

“Betul tapi bukan seratus peratus kerja syaitan”, jawab Jalil sambil matanya pula tertumpu pada adegan gasak di tv.

“Jadi betul la sikit yang aku jawab tadi?” gua tersengih sengih.

“Otak anda, salah!”, bentak Jalil pendek.

“Macam ni. Selalunya kerja syaitan ni tak sampai 10 peratus pun, selebihnya adalah engko sendirik”, sambungnya lagi.

“Aik, aku pulak kena”, gua tiba tiba macam panas sikit. Tapi gua jenis orang yang tahu jurus ketenangan dan ketenteraman abadi. Terus gua lancarkan.

“Betul, jiwa kau tu sebenarnya puncanya. Syaitan hanya bagi sedikit jarum. Jiwa kau sebenarnya yang meronta dengan penyakit iri hati, sombong dan segalanya yang tidak baik tu”, Jalil pandang gua.

“Abis bukan aku sorang je”, gua  mencebik

“Memang tidak engkau seorang juang hingga titisan rempuh tak berharapan”, Jalil tenang bercakap mengguna lirik Semangat Yang Hilang.

Gua terus bangun. Gua buat balik adegan gasak macam siaran polis hong kong tadi. Tepat kena pada halkum Jalil.

Terguling-guling Jalil menyambut serangan gua yang jenis tiba-tiba.

Bingkas Jalil berdiri memperkuat kuda kudanya, namun gua lebih pantas mengaktifkan IRIS ketika Jalil masih terguling tadi. 

Dengan adanya IRIS, gua tahu gua lebih cepat membaca tindakan Jalil.

Jalil menerpa macam orang gila, gua mengelak dengan cara lompatan melepasi ubun ubunya sambil gua bagi satu serangan menginjak ke tengkuk. Tersungkur jalil.

Dalam ketika gua berpaling, Jalil yang tadinya normal telah terkopek kulitnya separuh dari kawasan kepala hingga ke bahu. Rupa jalil sekrang tidak langsung menunjukkan dia manusia.

Gua terus menjerit “KAME!!!!”

jalil masih mencari kestabilan untuk berdiri.

“HAME!!””
 
Jalil berpaling ke arah gua.

“Ha!!!!!!” Sambil tangan gua membentuk gaya bukaan mulut naga.

Alam terasa sangat terang.

*        *         *

Hari ini, gua ada misi di Cyberaya.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...