"Tunggu jap, nak kena setel benda ni dulu (kerja A), karang mana ada orang lain buat pun kerja ni. Jap lagi sampai"
Gua dah kalut kalut gerak set. Sampai set, cancel, client (yang juga talent) tak dapat hadir atas kekangan kerja dia.
Gampang.
So tertunda la rakaman sampai 5 hari. Deadline masih sama. Tak berubah. Tapi dah kena buang 5 hari tak boleh progress.
Sampai la hari kejadian setelah tunda. Gua ni masih ada kerja lain nak kena siap ni. Kena datang set jugak. Apa ke gila la. Ok gua datang gak. Semua delay. Delay bukan sikit sikit. So aku kena tunda 3 jam lagi untuk siapkan kerja (kerja A).
So habis kat set gua kena kejar ke pejabat. Siapkan kerja A.
Gua ok je.
Lepas tu gua tanya kat grup Whatsapp, "Boleh ke tunda tarikh deadline (kerja B)?".
Gua memang boleh agak takkan sempat pun. Sebab lu dah buang 5 hari macam tu je. Kalau siap pun takkan ada masa nak review. Kualiti drop.
Dalam whatsapp grup, "Tak boleh, client mintak time sama jugak submit."
"Bapak dia la!", gua jerit kat depan komputer.
"Bangang ke apa"
Yang paling gua menyirap, takda sorang pun defend gua punya statement. Walhal semua orang tahu 15 minit green keying memang akan ambil masa. Unless, diorang prefer Capcut keying. Gua ok je. Tapi tak, nak kualiti tapi tau nak cepat. 15 minit ada 85 shot green screen nak kena key. Punai. Pastu nak cepat, nak barang baik. Apa siak.
Lagi satu dalam team takda sorang pun provide apa apa untuk mempercepatkan proses. Nak bubuh info, tapi harap aku nak dengar satu per satu. Gua ok nak dengar. Tapi buang masa la. Aku la nak dengar, aku la nak buat grafik, aku la nak roto, kepala bapa dia la.
Last sekali gua tanya kat grup, baru ada respon. Baru nak bagi maklumat. Itu pun surface gila babi.
Tapi gua ok, gua buat apa yang diprovide je.
Tapi tukarannya adalah masa. Gua sorang buat. So, lambat la siap.
Semoga bila gua blah, takkan ada orang boleh dan pandai buat kerja gua.
Masa tu, freelance pun taknak buat sebab tak berbaloi. So buat la kau sendiri.
Satu shot alter itu ini, nak kena tambah hologram la apa la, habis paling cikai 15 minit sampai ke render. Sekarang ada 85 shot, kau try darab 15 minit. Tak ke sehari suntuk, itu kalau kau tak tidur. Yang lagi cegampang, member gua dah submit design. Apa la salahnya review waktu hari tunda tu. Bagi komen apa kejadah. Tak. nak tunggu jugak hari shoot yang kali ke-2. Baru nak review. Lepas tu aku dah buat, ikut komen, rupanya ada benda itu ini nak kena buat balik.
Otak dia, barang nak siap ambik masa 24 jam. Kena kacau lagi buang 6 jam macam tu je, nak tunggu review design. Time hujung hujung la baru nak check. Abis seminggu kau buat apa celaka. Adoi.
So starting point dah delay 6 jam. Kau harap nak kena hantar awal lagi ke.
Ni kalau aku pulun dan mati pun diorang apa kisah. Segalanya sebab kau dah pow client. Bila kau dah pow, team kau mati sekalipun kau kena siapkan. Unless kau nak return duit tu dan cakap tak boleh deliver.
Aku faham semua tu. Tapi yang babi kat sini client yang tak hadir hari pertama shooting. So dia yang delaykan semua benda.
Yang gampang lagi bertimpa timpa, bos gua takda sikit pun rasa nak menekan client balik. Mengarut semua ni. Salah sendiri.
Aku dah bagitau tu hari lagi tak sempat. Takda plan B ke.
No comments:
Post a Comment