Pages

Nov 2, 2012

Akal itu Subjektif

Tadi gua tanda kertas sivik.

Tandakan betul (√) dan salah (x) pada pernyataan berikut.

Berkelah bersama keluarga akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga

dan jawapan yang gua terima ialah

x

Dan budak ini pada gua seorang yang jujur pada diri sendiri.

Boleh jadi budak ini memberitahu keadaan sebenar yang berlaku pada hidupnya. Kita boleh salahkan dalam peperiksaan. Tapi realitinya kita tak boleh sangkal, barangkali mereka sekeluarga pernah berkelah dan end up jadi bangsat keluarga mereka. Kita tak pernah tahu. Dan gua rasa jawapan dia power dan sangat punk. Alangkan punk pun banyak pura-pura mengamalkan ketulenan punk mereka. Tapi budak ini dengan beraninya mengambil langkah spreading word dalam peperiksaan. Itulah true. Gua tak pernah menganggap mereka bengap kerana jawapan tidak mengikut skema atau pun markah mereka teruk. kerana setiap punk ada intelijen sendirik.




p/s: god speed you kid!

itu belum gua cerita yang jawab 'Apakah nilai-nilai pelajar cemerlang?' dengan listkan rukun-rukun negara. Klassik!! dan Lovely.. Dan gua bagi juga markah. Kerana subjektif adalah sangat jahat.

1 comment:

Saya percaya pada kebebasan berbicara, tapi saya percaya kita juga harus memiliki hak untuk mengomentari kebebasan berbicara.