Jul 29, 2013

Tandas Piramid (Kajian Semula)

Dalam kita sibuk berpuasa, bertarawikh, mencari lailatulqadar. Apa kata luangkan masa membeli belah. Membeli kuih muih, membeli kerepek, baju-bajuan, tanjak, keris, kebaya jarang, ayam turki, tidak lupa juga membeli tiket wayang.

Pada ketika ini saya sedang menengok resepi. Saya ingat perlu juga saya memasak juadah berbuka yang boleh diberi pada orang. Kau tahu kegembiraan memasak dan pemakan menghabiskan makanan yang kau masak itu? Kau tahu? Nak cerita macam mana gua tak mahir. Tapi gua terima kasih pada tuhan yang mewujudkan perasaan itu. Kadang kala kita perlu buat hati sendiri gembira. Nak harapkan orang keliling kau? Mereka cuma pura-pura sahaja. Jadi aku perlu gembirakan diri sendiri dan ketawa sepuas-puasnya. Kenapa perlu bersedih sedangkan kau boleh gembira?
Tandas Piramid

 p/s: apasal aku tulis macam tandas ni?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 17, 2013

Burung - part 1

"Kau nak hidup di bandar kenalah macam ni", fauzi mengetin kereta yang teragak-agak nak keluar di simpang.

Gua mengamgguk angguk tanda setuju.

Kami terus mengamuk ngamuk dengan perilaku pemandu hadapan. Pada asalnya gua menganggap pakcik hadapan ini hanyalah ujian puasa, namun tiba-tiba gua turut mengamuk-ngamuk.

Tidak lama kemudian kami pun tiba di hadapan Maybank. Kami pun melabuhkan kenderaan seraya gua keluar dari kereta.

Gua jadi kaget bila melihat bumbumg kereta fauzi. ..............




P/s: gua nak 'buka' ni. Gua tak paham apasal orang panggil 'buka puasa'..makan dengan buka mana tah yang berkait. Gila
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...